Wednesday, April 14, 2010

SULTAN IDRIS SHAH

DIALOG SULTAN PERAK

DENGAN

DIALOG SAYA


Oleh: Mokhtar Petah

Sultan Idris Shah

Perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu akibat dari fahaman politik yang tidak sehaluan menjadikan Sultan Idris Shah menyalahkan orang – orang politik yang memegtang kauasa di negara ini.
” ...aku tak salahkan PAS, tak salahkan UMNO ..., tapi aku tengok pemimpin – pemimpin poltik yang berikuasa macam sukakan perpecahan tu ...,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.
Sebelum saya menyamnbut titahnya, bagineda menyambungkan titahnya, ” ...deme tu tukakan oghang Melayu bercakor macam anjing dengan kucing ..., deme senang ..., tak usah labonle ..., deme macam oighang poutih jugak ...”
”Mengapa Tuanku?” Saya bertanya sebelum baginda bertitah.
” ...iale ..., deme tu macam oghang putih jugak ..., pecah – pecah, peghintah ..., dah jadi amalan pemimpin – pemimpin Melayu yang tak ikut ajagan Islam,” jawab Sultan Idris shah.
”Jadi deme tu menangguk di air keruhlah, Tuanku?” Saua bertanya seperti orang bodoh politik.
” ...benor ...,kalau semua oghang Melayu bersatu, semua parti politik oghang Melayu berdamai,m caghi jalang yang baik, bekerghja sama ..., ngamai ogang politik yang yes man tak dapat peluang,” jawab Sultan Idris Shah lagi.
Percakapan Sultan Idris Shah dengan saya berlaku dalam bilik Rumah Rehat, Keroh (Pengkalan Hulu), Hulu Perak pada satu petaqng pada tahun 1970- an. Hari itu adalah hari pertama baginda melawat rasami di sekirat kawasan Hulu Perak.
Percakapan kami itu agak panjang lebar, setelah kami menonton tv mengenai perpecahan UMNO dengan PAS.

ORANG MELAYU KUCAR KACIR
”PAS parti Islam, UMNO parti orang Melayu yang tak tolak Islam ..., tapi ngape deme tiak boleh bersatu?” Tamua Sultamn Idris sambil bangun dan menapai segelas air oreng atas meja dan menuangkan air limu itu ke dalam mulutnya.
Menurut Sultan Idris, baginda tidak bertujuan mencampuri urusan poltik, tetapai kalaua orang Melayu kucar kacir, berpecah – belah, Raja – Raja Melayu boleh membelakangi parti – parti politik untuk menyelamatkan orang Melayu dan umat Islam.
Sultan Idris Shah telah bertitah mengenai umat – umat xzaman silam. Menurutnya, kerana mereka berpcah belah sesama sendiri dan tidak mengikut seruan para rasul Allah, maka Allah telah menghapuskan mereka dari muka bumi ini.

OGHANG - OGHANG POLITIK
”Oghang Melayu, satu bangsa yang kecil dibandingkan dengan bangsa – bangsa yang lain,kalau deme tu teghus berpecah belah, bercakaghan sama sendighi, apa, Allah tak boleh hapuskan deme tu?” Baginda bertanya.
Saya mengangguk.
”Dalam masa oghang Melayu berpecah belah, bangsa – bangsa lain ghebut peluang, buat kemajuan ..., guna oghang – ogang berkuasa ..., akhirnya oghang Melayu jadi kuli ..., hamba oghang ...,” titah Sultan Idris Shah sambil melabuhkan ponggongnya atas sifa.
”bagaimana, Tuanku, kalau alim ulama ambil bahagian mentasi masalah tu?” Saya bertanya.
”Boleh, kalau deme tu nak, tapi dem tu pandang bea tak bena aje ..., lagipun mana ada oghang – oghang politik yang berkuasa nak dengor cakap atau nasihat alim ulama,” titak Sultan sambil merenung wajah saya.
Baginda senyum.
Dari wajah saya, dua biji mata berdaulat itu tercampak ke arah pintu, kerana Orang Besar Hulu Perak, Dato’ Seri Adika Raja masuk menghadap.
Perbualan kami putus di situ.
(bersambung pada Rabu depan)

No comments: