Wednesday, April 28, 2010

CEGAH RASUAH


RASUAH RACUN NEGARA

Oleh: Mokhtar Petah


Semenjak negara ini mencapai kemerdekaan hingga pada masa Perdana Menteri yang ke lima ini, kerajaan dan rakyat sentiasa berhadapan dengan masalah rasuah dari peringkat atasan (ikan jerung) hingga ke peringkat bawahan (ikan bilis).Ada di antara mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah itu telah di tangkap, di bicara dan dihukum penjara.
Di antara mereka itu selain dari pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah ditangkap, dibicara atau dihukum penjara, ialah: Dua orang bekas menteri besar. Seorang daripada mereka telah ditangkap pada masa belum wujud Badan Pencegah Rasuah, tetapi kerana Tunku Abdul Rahman Putra telah campur tangan,maka kesus itu tidak dikemukan ke mahkamah.
Bekas Menteri besar yang seorang lagi telah ditangkap pada zaman Perdana Menteri, Tun Abdul razak bin Dato’ Hussein telah dihukum penjara. Seorang bekas timbalan perdana menteri telah dihukum penjara pada masa Perdana Menteri,Dr Mahathir Mohamad.
ANGGOTA EXCO
Dalam tempoh setahun Dr Abndullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri, seorang menteri dan empat orang bekas anggota exco kerajaan kerajaan negeri atas tuuduhan melakukan rasuah.
‘Sekiranya mereka yang berkuasa – raja, menteri, pegawai kerajaan dan sebgainya lupa diri, suka berfoya-foya, tidak dapat tidak mereka melakukanm perbuatan rasuah – brbagai-bagai cara memberi dan menerimanya sehingg tidak dapat dihidu oleh para petugas pencegas rtasuah tetapi Allah Yang Maha Kuasa melihat, maka orang-orang itu termasuk dalam golongan yang dilaknat oleh Allah.
Pemberi dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah.
Laknat oleh Allah lebih besar atau dahsyat dari dosa. Kalau dosa mungkin Allah membalas dengan azab atau derita di dunia atau akhirat, tetapi laaknat, selain dari azab atau derita di dunia atau akhirat, akan berlaku ke atas orang-orang itu, di antaranya:
* Ditangkap oleh penguasa dan dihukum
penjara dan mungkin disebat beberapa kali.
* Mendapat malu.
* Kemalangan atau kecelakaan.
* Rumah terbakar dan sebagainya.
* Anak-anak menajdi penagih dadah atau
gemar kepada perbuatan maksiat,
seperti zina,judi dan seumpamanya.
* Isteri berlaku curang atau melcurkan diri
secara terhormat. setelah bersara
dihinggapi oleh berbgai penyakit, di
antaranya: Kecing
manis, darah tinggi, jantung dan kenser.’
Jika merenung pada ajaran agama Islam, maka akan jelas,bahawa orang-orang yang memakan makanan hasil dari sumber haram akan mengakibatkan dia akan dicampakkan oleh Allah ke dalkam neraka atau tubuhnya – sama ada jantung dan segala dalaman tubuhnya,daging,darah dan otak- akan diziarahji penyakit. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang dua akibat tersebut seperti maksud di bawah ini:
Semua daging tubuh yang digemukkan dari makanan haram, maka api neraka amat berpatutan dengannya.
- Hadis
Bahawa makanan halal itu tidaklah menjadikan kamu (mudarat) melainkan sekadar mengenyangkan dan (makanan) haram itu menajdikan kamui kenyang berlebihan (membawa medarat –penyakit).
- Hadis
GELISAH
Orang-orang yang mengamalkan rasuah menjalani kehidupan sentiasa gelisah, serba tidak cukup, tidak pernah bersyukur kepada Allah, gemar melakukan maksiat, tidak senang melihat orang lain,iaitu hasad dan memikirkan diri sendiri sahaja yang lebih pandai dan bijak dari orang -orang lain.
Pendeknya orang yang melakukan amalan rasuah, adalah musuh kepada dirinhya, isteri dan anak-anaknya (isteri dan anak-anak sentiasa berdoa atau memohon razeki yang halal kepada Tuhan , tetapi dia membawa balik rezeki yang haram), masyarakat, rakayat dan negara.
Kod Etika Ahli Parlimen Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,Dr Abdullah Ahmad Badawi pada bulan Mei 2003. Di bawah ini cabutan dari kandungan Kod Etika itu:
Tatalaku Atas Sifat Rasmi
(4) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar daripada menggunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen bagi faedah peribadinya.
Tatalaku Secara Am
(5)Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada kegtiataan yang boleh mendedahkan mereka kepda rasuah.
(6)Ahli Parlimen hendakalah sentiasa mengamalaakan
gaaya hidu mengakut kemampuan masing-masing.
Pengisytiharan Harta
Ahli Parlimen hendaklah mengisytiharkan harta mereka,
suami/isteri, anak-anak dan pemegang amanah setiap
dua tahun sekali kepda Perdana Menteri dengan menggunakan Borang
Harta APK 1/04.
Semenjak zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra hingga pada masa ini, sebilangan dari ahli-ahli Parlimen (termasuk Dewan Sanate dan Dewan Negeri) yang menyertai syarikat-syarikat besar,seperti kontrek,saham,insuran dan seumpamanya. Mereka itu ada yang menjadi pengerusi (tidak eksekutif), pengarah(cara proxy) dan jawatan-jawatan lain.
MENDAPAT HABUAN
Syarikat-syrikat mengguanakan mereka – sama ada peribadi,pengaruh atau kuasa – untuk mendapatkan sesuatu dari kerajaan, seperti tender sesuatu projek dan sebagainya. Apabila pegawai-pegawai kerajaan yang berkuasa atas sesuatu tender, AP dan sebagainya, mendapati syarikat yang memohon itu dipegerusikan oleh Yang Berhormat, maka mereka mengutamakan syarikat itu dan syarikat lain yang tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat’ tidak mendapat habuan.
Penglibatan ahli Parlimen, Dewan Sanate, Dewan Negeri dalam syarikat-syarikiat swasta patut disekat atau tidak dibenarkan, kerana mengikut ‘tafsiran rasuah’ dalam Akta Mencegah Rasuah’,iaitu (f) ‘…persetujuan atau pengaruh…persetujuan atau pengaruh yang berpura-pura’, dapat difahami penglibatan wakil-wakil rakyat dalam syarikat-syarikat ada unsur-unsur rasuah.
KETIDAK JUJURAN
Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra telah menolak pemintaan seorang ahli perniangaan China, seorang datuk, yang meminta supaya anak lelaki Tunku, Tunku Ahmad Nerang, akan dimasukkan namanya dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh datuk itu. Tunku Ahmad Nerang akan menjandi pengarah dalam syarikat tersebut.
Tegas Tunku, “…Datuk nak meniaga tak apa, tapi jangan masukkan nama anak saya,...saya perdana menteri, tak baik,…kalau masuk anak saya, syarikat tu tak akan dapat apa-apa dari kerajaan.”
Demikian seorang negarawan menolak ketidak jujuran atau amalan menjuruskan kepada rasuah.
Berikut ini adalah pandangan bekas Ketua Hakim Negbara dan Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - SPRM - , adalah
a creature of statute. Ia ditubuhkan oleh undang-undang. Ia diberi kuasa oleh undang-undang. Jenis dan had kuasanya ditetapkan oleh undang-undang.
Adalah penting bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM- , menjalankan tugasnya dalam batasan undang-undang dan mengikut undang-undang. Orang ramai juga tidak sepatutnya mengharapkan SPRM melakukan apa sahaja siasatan yang mereka ingin SPRM lakukan dan mendakwa sesiapa sahaja yang mereka mahu didakwa.
Kuasa siasatan SPRM adalah terhad kepada kesalahan-kesalahan yang ditetapkan oleh undang-undang yang dibuat oleh Parlimen yang ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang politik. Jika tidak sukakan sesuatu undang-undang, mintalah Parlimen memindanya,
MENYALAH GUNAKAN KUASA
Kuasa pendakwaan terletak kepada Pendakwa Raya. Itu ditetapkan oleh Perlembagaan. Setakat yang saya tahu, demikianlah pembahagian kuasa di negara-negara common law mana juga pun. Ini adalah untuk mengelak penyalahgunaan kuasa jika kuasa penyiasatan dan pendakwaan diberi kepada satu orang atau satu jabatan sahaja. Jika tidak sukakan pembahagian kuasa seperti ini, mintalah Parlimen meminda Perlembagaan.
Jangan harapkan SPRM mengetepikan Perlembagaan dan undang-undang semata-mata kerana kita mahu ia melakukan sesuatu yang terletak di luar bidang kuasanya. Jika pihak berkuasa lain yang melakukan sesuatu di luar bidang kuasanya ia dikatakan ‘menyalahgunakan kuasa’ dan SPRM di diminta menyiasatnya. Apa bezanya jika SPRM sendiri yang berbuat demikian?
Apa yang saya katakan mengenai SPRM ini terpakai juga kepada LPPR dan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang ditubuhkan bersamanya. Masing-masing mempunyai bidang kuasa masing-masing. Sebagai misalan, kuasa LPPR diperuntukkan oleh seksyen 13 Akta SPRM. Peranan LPPR adalah menasihati SPRM dalam perkara-perkara yang disebut dalam peruntukan itu. LPPR adalah penasihat kepada SPRM, bukan kepada Pendakwa Raya. LPPR juga bukan satu tribunal rayuan terhadap sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya mengenai kes rasuah atau mempunyai bidang kuasa judicial review. Maka LPPR dan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan juga perlu bertindak di dalam bidang kuasa masing-masing.
PATUT MEMAINKAN PERANAN
Kita mesti ingat bahawa SuruhanjayaPencegahan Rasuahb Malysia ditubuhkan untuk memerangi rasuah. LPPR dan jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan ditubuhkan untuk membantunya memerangi rasuah.
Setiap organisasi dan setiap individu juga bertanggungjawab membantu SPRM memerangi rasuah. Dalam memerangi rasuah sepatutnya tidak ada politik kepartian, tidak ada kerajaan dan pembangkang, tidak bangsa dan keturunan, tidak ada pegawai kerajaan dan peniaga. Semuanya mempunyai tanggungjawab yang sama. Semuanya patut memainkan peranan yang serupa: menghindar diri dari rasuah dan membantu memerangi rasuah.
Maka, kepada pegawai-pegawai SPRM, nasihat saya ialah supaya jangan sekali-kali kecewa dengan tuduhan dan kritikan yang tidak munasabah dan tidak berasas. Tumpukan masa dan tenaga dalam menjalankan tugas tuan-tuan dan puan-puan dengan betul, ikhlas dan mengikut undang-undang. Sambil itu, tuan-tuan dan puan-puan mestilah peka kepada pandangan, rungutan, aduan malah kritikan yang munasabah dan berasas.
Kepada semua ahli-ahli LPPR dan Jawatankuasa-Jawatankuasa saya menyeru supaya kita sama-sama membantu SPRM memerangi rasuah. Cara yang paling berkesan ialah melalui Lembaga atau Jawatankuasa masing-masing. Jika ada idea-idea yang bernas untuk memperbaiki prestasi SPRM, sediakan kertas kerja untuk dibincangkan dalam Lembaga atau jawatankuasa masing-masing dan melaksanakannya.
CEKAP DAN BERKASAN
Kepada Kerajaan Persekutuan, saya pohon komitmen yang bersungguh-sungguh dan berterusan untuk memerangi rasuah dengan memperbaiki sistem pentadbiran dan urusan kewangan yang akan mengurangkan peluang dan keperluan berlakunya rasuah dan dengan memberi kemudahan, kelengkapan dan peruntukan yang mencukupi kepada SPRM untuk membolehkannya melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan.
Kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri, jika tidak dapat membantu secara terus pun, sekurang-kurangnya, janganlah menghalang SPRM dalam menjalankan tugasnya.
Kepada badan-badan bukan kerajaan saya berseru, berilah sumbangan yang positif dan substantif yang boleh memperbaiki prestasi SPRM. Membuat kenyataan dalam akhbar sahaja apatah lagi jika tanpa mengetahui fakta yang lengkap dan sebenar tidak akan membantu SPRM dalam memerangi rasuah.
Jika ada apa-apa idea yang hendak diketengahkan, kemukakanlah kepada Sekretariat Lembaga Penasihat atau jawatankuasa yang berkenaan. Dewan-dewan perniagaan juga patut membantu “to educate” ahli-ahlinya supaya tidak memberi rasuah: tiada pemberi tiada penerima.
Kepada media massa dan penulis-penulis blog, pertama sekali saya harap bahawa mereka pastikan bahawa faktanya betul dan lengkap sebelum membuat laporan dan memberi pandangan. Pandangan yang diberi hendaklah berasaskan fakta yang betul dan lengkap bukan hanya menggunakan fakta-fakta yang sengaja dipilih, apatah lagi memanipulasinya, untuk menyokong pendapat yang hendak diberi.
Kepada setiap rakyat Malaysia, tidak kira pemimpin atau yang dipimpin, dari pihak kerajaan atau pembangkang, ahli-ahli politik atau penyokong mereka, pegawai atau peniaga, penulis atau pembaca dan seterusnya, saya berseru, jika kita betul-betul hendak memerangi rasuah, perkara pertama sekali yang masing-masing mesti lakukan ialah menghindar diri daripada perbuatan rasuah.
Caranya mudah dan semua orang tahu: jangan beri dan jangan terima rasuah. Dalam hal ini tidak ada sesiapa yang terkecuali dan tidak ada sesiapa yang istimewa.
Selagi ada orang-orang atau pihak-pihak yang menganggap diri atau kumpulannya terkecuali daripada menghindar amalan rasuah, selama itulah usaha untuk memerangi rasuah tidak akan berjaya. Sikap ‘saya atau kami boleh melakukannya tetapi SPRM hendaklah memerangi rasuah’, adalah satu sikap yang tidak sepatutnya wujud.
Para ulama dan mereka yang kuat iman sedang dalaqm keadaan gelisah melihat dan mendenga amalan rasuah dilakukan di mana – mana, terutama dalam jabatan – jabatan kerajaan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM telah dan sedang memandang serius akan amalan rasuah. Dalam khutbah Jumaat untuk Masjid Putra dan Masjid Besi Putrajaya, JAKIM telah menekankan akan keburukan amalan rasuah, seperti berikut:
Umat Islam secara fitrahnya adalah terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat terhadapnya adalah dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezaliman kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah serta menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak tertentu.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 188:
Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Apa yang menakutkan lagi, orang yang melakukan perbuatan rasuah, menzalimi orang lain, mendatangkan kerosakan dan kemusnahan pihak lain mendapat laknat Allah SWT dengan azab yang sangat keras. Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.
– Riwayat: Bukhari
Penjenayah rasuah yang pelbagai latarbelakang ini membawa imej negatif terhadap kebersihan dan ketelusan perkhidmatan negara. Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009, sebanyak 500 tangkapan telah dibuat atas kesalahan jenayah rasuah. Daripada jumlah ini di dapati seramai 191 orang atau 38.2 peratus adalah penjawat awam dan seramai 180 orang atau 38 peratus adalah orang awam. Manakala selebihnya ahli-ahli politik, anggota pentadbiran, kakitangan swasta dan lain-lain.
Bagaimana pun apa yang membimbangkan kita kini ialah bilangan orang awam yang terlibat rasuah semakin meningkat. Sekiranya penjawat awam dan masyarakat bersikap tidak peduli, maka dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara. Malah para pelabur asing akan lari kerana bimbang diburu oleh pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa ini. Apatahlagi pada masa ini tersebar dakwaan jahat media asing tentang amalan rasuah di negara ini yang semakin membimbangkan pelabur.
Justeru, Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan secara halal dengan kudrat dan kemampuan yang ada. Hasil titik peluh yang halal menjadikan jiwa kita sihat dan mempengaruhi personaliti diri. Jangan sesekali kita cemarinya dengan sesuatu yang haram, kotor dan makruh kerana ia menjadikan jiwa tidak tenteram, gelisah, diburu ketakutan dan menyalahi titah perintah Allah SWT.
Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW ada menceritakan kisah seorang lelaki yang kusut masai berada dalam kesusahan berdoa kepada Allah tetapi Allah tidak memakbulkan doanya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Baginda kemudian menceritakan kisah seorang lelaki yang bermusafir, berambut kusut masai, berdebu, berdoa tidak henti-henti kepada Allah: Wahai tuhan! Wahai tuhan! Wahai tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya juga haram, pakaian yang membaluti badannya juga haram serta perutnya di kenyangkan dengan sumber yang haram, maka bagaimana doanya boleh diterima.
Riwayat: Imam Muslim dan Abu Hurairah.
Berdasarkan hadith ini, jelas pengaruh pemakanan dan sumber pendapatan yang haram merosakkan kesempurnaan ibadah. Oleh itu, setiap muslim wajib membersihkan hartanya dari sebarang dosa agar doa dan ibadah diterima Allah.
Alangkah ruginya kita disebabkan perbuatan rasuah, ibadah menjadi sia-sia. Bahkan lebih malang lagi, menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah SWT. Mimbar bimbang, jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah akan menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah. Renungilah firman Allah:
Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.
– Ali Imran: 112
Berdasarkan petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjadi pegangan asasi kita, maka mimbar ingin mengingatkan bahawa pengamal rasuah, penyalahguna kuasa, pengkhianat amanah dan mereka yang bersyubahat dengan amalan rasuah adalah pengkhianat kepada agama, rakyat dan satu Malaysia. Kita perlu ingat dan insaf, kadar celik huruf dan celik akal di kalangan rakyat negara ini semakin tinggi dan dapat membuat penilaian, pengukuran dengan waras tentang isu-isu rasuah di negara ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mencermini diri dan berusaha untuk memerangi jenayah rasuah, mengheret ikan jerung dan bilis dalam negara kita demi melahirkan urus tadbir yang baik dalam perkhidmatan kerajaan mahu pun swasta. Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat kerajaan hak rakyat didahulukan dan prestasi menghapus rasuah di utamakan.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, maka mimbar sekali lagi mengingatkan bahawa mereka yang menolak amalan rasuah adalah manusia hebat dan cemerlang kerana:
Pertama : Menjamin kesinambungan nasab atau keturunannya kekal dalam keadaan insan yang beriman dan berintegriti;
Kedua : Meningkatkan martabat dan integriti organisasi serta warga pengurusan;
Ketiga : Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pemimpin yang berani memerangi rasuah; dan
Keempat : Membuktikan bahawa amalan ibadah-ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji yang diamalkan telah berjaya mencegah dirinya terlibat dengan najis rasuah.
Oleh itu, marilah sama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu, iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan, serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Mengikuti sepanjang kiempen pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, pertandingan antara calo9n MIC – BN – Kamalanthan dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, telah menyaksi secara terangan, amalan rasuah (mengikut falsafah Islam) yang dilakukan oleh UMNO – Barisan Nasional di sana.
Perbuatan memberi wang kerana membantu individu dan kumpulan serta janji akan mwujudkan berbagai – babgia parojek dalam kawasan tersebut dengan tujuan untuk meraih sokongan orang ramai kepada kerajaan yang dipimpin UMNO – BN adalah perbuatan rasuah. (mp).

No comments: