Wednesday, April 21, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah



---- kita sama - sama fikir ----

Nikah tanpa kebenaran


Bung Moktar dan Zizie Izette hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 April - Pasangan Datuk Bung Moktar Radin dan pelakon Zizie Izette masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkahwin tanpa kebenaran dan bersubahat.

Pengakuan bersalah dibuat oleh Bung Moktar dan Zizie Izette dengan penuh rasa keinsafan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Ahmad ketika kes itu disebut secara berasingan.

Menurut kertas pertuduhan, Bung Moktar atau nama sebenar, Moktar Radin, 51, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan didakwa telah berpoligami dengan Zizie Izette tanpa kebenaran mahkamah.(Utusan Malaysia)

Fakta hukum: Pernikahan mereka sah. Kesalahan mereka kerana tidak mendapat kebenaran mahkamah syariah Selangor.

DUA CALON

Pilihan raya Parlimen Hulu Selangor, pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru - Calon BN: P. Kamalanathan dan calon PKR: Datuk Zaid Ibrahim, kerana dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah menarik diri.

SELAR UMNO
Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.(Harakah).

No comments: