PENDUDUK PULAU SEBATIK
MELAYU DAN BUMIPUTERA DIANAK TIRIKAN
Oleh: Mokhtar Petah
dan Naib Presiden SAPP, YB Chua Soon Bui
18 Jun 2008
1. Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada Perdana Menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin dan juga rayuan-rayuan oleh YB Datuk Eric, pemimpin-pemimpin UMNO, Ahli Parlimen UPKO dan saya sendiri, namun demikian tidak ada tindakan yang konkrit yang telah diambil ini telah menyebabkan kedaulatan negara kita terancam.
2. Akibat dengan kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan telah membebankan rakyat Malaysia khasnya Sabah (Negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16% kumpulan miskin menjadi miskin tegar.
3. Kami merasakan kami gagal dalam tanggungjawab kami selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat, sekiranya ketidakpuasan hati yang telah disuarakan oleh rakyat Sabah keatas sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran tidak ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh rakan-rakan dalam UMNO seperti YB Datuk Ghapur Salleh, YB Datuk Anifah Aman dan YB Datuk Bung Mokhtar.
Sesiapa dari Malaysia Barat yang berkunjung ke Kota Kibalau, Sandakan, Lahad Datuk dan Tawau, tidak akan mengetahui bagaimana deritanya penduduk Melayu dan Bumiputera lebih sebahagian dari 80,000 Pulau Sebatik, akibat dianaktirikan oleh Kereajaan Pusat dan Kerajaan Sabah sendiri.
Walaupun Sabah telah lama menyertaiu Malaysia, tetapi penduduk2 Melayu dan Bumiputera di sana tertinggal ke belakang berbanding dengan penduduk - penduduk Cina yang sentiasa mendapat bantuan dan pembelaan.
-------
Pulau Sebatik - Sebahagian dari lebih 25,000 penduduk Pulau Sebatik, Tawau, Sabah, terdiri dari Melayu dan Bumiputera dalam keadaan di’dera duka’, kerana Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, seolah – olah membiarkan mereka dan mementingkan kaum Cina di sini.
Pulau ini terletak antara Teluk Tawau dengan Teluk Sebuku.Sebahagian buminya milik Malaysia dengan lebih 25,000 penduduk. Sebahagian dari pulau ini milik Republik Indonesia dengan lebih 80,000 penduduk.
Pada masa Sabah dibawa ke dalam Malaysia,pada 1963, sebilangan pendudukMelayu dan bumiputera pulau ini telah menentang penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dan mereka lebih suka berada dibawah Negara baru, Republik Kalimantan Utara, pimpinan Sheikh Azhari atau beraa di bawah Republin Indonesia.
Di pulau ini juga, pada masa konfrantsai Republin Indonesia menentang gagsan Malaysia, tetlah berlaku penentangan antara tentera Rebablik tersebut dengan tentera Malaysia.
Walaupun di kawasan – kawasan lain di Sabah telah menikmati pembangunan persat, tetapi penduduk – penduduk Melayu dan Bumiputera pulai Sebatik ini masih ketinggalan. Mereka tidak mendapat bekalan air melalui paik yang disambung ke rumah mereka.
Seorang pendududuk menamakan dirinya Osman bin Ahmad memberitahu, “Kami tahu nikmat pembangunan dirasa oleh penduduk – penduduk Sabah, tetapi kami seperti penduduk pendalaman yang lain, seperti dianak ritikan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah.”
“Penduduk – penduduk Cina di pulau ini mendapat berbagai kemudahan pembangunan, termasuk bekalan air, tetapi kami tidak ada,”katanya.
“Kami telah banyak kali mengaadu kepda wakil rakyat dan pegawai kerajaan, tetapi tidak dipedulikan, kami berkeadaan terpinggir juga,”katanya lagi.
“Kami memohon tanah – tanah yang kami usaha, tetapi tidak dilayan, yang dapat tanah kami usaha itu orang – orang Cina, sebab kami tidak ada wang untuk mjengikut kehendak dan tujuan mereka,”tambah Osman.
Anak – anak mereka kebanyakannya tercicir dari meneruskan pelajaran, krana ibu bapa tidak sanggup mengadakan berbagai – bagai bayaran oleh pihak sekolah.
“Kebanyakan penduduk tak ada duit, sekolah tak beri tangguh, anak – anak mereka diejek dan dihina, akhirnya anak – anak mereka berhento sekolahy,” kata seorang penduduk yang tidak manu dikenakl namanya.
Dia da beberapa orang penduduk memberitahu, masalah yang menghadapi oleh penduduk Melayu dan Bumiputera di sini, ialah, siblangan pegawai dan kaki tangan kerajaan mengamalkan rasuah.
No comments:
Post a Comment