Saturday, January 3, 2009

WARTAWAN


(Sambungan dari minggu lalu)

WARTAWAN ISI NERAKA

Oleh: Mokhtar Petah

Wartawan dan penulis adalah pensyarah kepada orang ramai melalui hujung jari, mesin tulis, komputer dan alat - alat lain pada zaman moden ini, termasuk untuk menyampaikan suara mereka ke telinga umat manusia.

Setiap wartawan sentiasa berada di tengah orang ramai yang berbagai peringkat; dari istanah Yang Dipertuan Agung, istana Raja, pejabat Perdana Menteri hingga ke bawah kolong tempat penagih dadah, di sawah, ladang, laut dan sungai. Bersama petani dan nelayan. Maka keperibadian diri atau personaliti hendaklah dijaga. Pakaian mestilah sesuai dengan tempat dan keadaan.

Pendeknya wartawan dan penulis hendaklah berpakaian kemas. Pakaian tidak untuk membangkakan diri, tetapi untuk menghormati orang lain.

DI KALANGAN PETANI

Pakailah pakaian yang sederhana dan ringkas (ertinya jangan memakai kot, tali lehir dan berkasut kilat) pada ketika bertugas di kalangan petani,nelayan dan sebagainya, ditempat mereka.

Apabila bertugas di istana, pejabat Perdana Menteri, pejabat - pejabat kenamaan, Parlimen, seminar, sidang umum dalam dewan dan sidang akhbar hendaklah berekaian lengkap, iaitu memakai over - coat dan tali lehir. Di istana pakailah pakaian dalam adat Melayu, iaitu bersamping dan bersongkok.

Sesungguhnya pakaian yang dipakai oleh wartawan itu menjadi keyakinan orang - orang tertentu atau berkedudukan tinggi, pelajaran tinggi dan sebagainya terhadap wartawan dan penulis. Mereka akan bercakap dengan baik mengikut pandangan mereka kepada wartawan dan penulis itu.

ADAT RESAM

Wartawan dan penulis bebas menulis apa sahaja. Tetapi kebebasan mereka ada had dan sempadan. Agama menjadi batasan. Adat resam menjadi sempadan. Undang - undang menjadi penmghalang. Di mana - mana negara tidak ada kebebasan yang penuh kepada warawan dan penulis.

Wartawan dan penulis hendaklah mengelakkan dari menulis sesuatu yang ditegah oleh agama Islam. Ada di antara tegahan itu boleh menjadikan wartawan dan penulis itu berdosa dan ada pula yang boleh gugur iman atau terkeluar dari Islam.

Tulisan wartawan dan penulis yang boleh mendatangkan dosa, di antraranya, mendedahkan keburukan manusia, walaupun manusia itu telah melakukan kesalahan, tetapi mendedahkan kesalahan mereka itu adalah satu dosa.

MENGADU DOMBA

Melakukan gosip antara lelaki dengan perempuan. Membesar - besarkan krisis rumah tangga orang. Mengadu domba. Merendah-rendakkan ulama dan sebagainaya adalah dosa.

Yang boleh gugur iman, merendah dan menghinakan harakah Islam, seperti parti Islam, pertubuhan Islam dan gerakann Islam. Waartawan dan penulis yang menulis bertujuan untuk merosak atau merobohkan harakah Islam, dia boleh menjadi kafir.comntohnya, wartawan atau menulis tentang PAS dengan tujuan untuk membunuh parti politik Islam itu, menjatuhkan orang - orang yang berjihad di dalamnya atau memporak-perandakan perjuangan mereka, maka wartawan itu termasuk dalam golongan orang - orang kafir. Inilah yang perlu dijaga oleh wartawan dan penulis Islam.

Menulis dan menyiarkan ucapan orang mengutuk harakah Islam, mengutuk PAS, mengutuk ulama dan sebagainya adalah salah di sisi Islam. Berdosa. Pendeknya, menulis dengan kehendak sendiri ataua kehendak pihak lain untuk menjatuh atau menghancurkan harakah Islam, maka wartawan dan penulis itu boleh tergelincir dari Islam.

HARAKAH ISLAM

Diharapkan tidak ada wartawan dan penulis yang bekerja kerana periuk nasi, kernana hendak malariskan surat khabar dan sebagainya, dengan menulis tentang harakah Islam seperti orang – orang kafir yang hendak menjatuhkan Islam dan umat Islam.

Jika seseorang wartawan dan penulis itu tidak ada pengetahuan Islam, elakkan dari menulis mengenai Islam, lebih - lebih lagi untuk menjatuhkan harakah Islam dan para mujahid Islam.

Dalam negara - negara kapitalis para pemilik organisasi akhbar atau media mempergunakan wartawan dan penulis untuk memajukan perusahaan dan perniagaan mereka. Kerana tujuan itu, mereka golongan kapitalis menggalakkan wartawan dan penulis mereka menulis perkara - perkara yang buruk termasuk merosakakkan harakah Islam.

Sebagai wartawan Islam, hendaklah bekerja mengikut etika yang ada dalam Islam, iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Mengikut atau mematuhi suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Elakkan diri dipergunakan oleh orang lain sehingga diri sendiri terpaksa masuk neraka kerana dosa.

(bersambung kepada Sabtu hadapan).

QURAN

MANUSIA

Apabila manusia itu ditimpa bahaya, dia menyeru Tuhannya, kembali (tobat) kepada Tuhan. TEtapi, apabila Tuhan mengurniakan (nikmat) kepadanya, dia lupa akan apa yang diserunya sebelumnya, dan diadakan sekutu (seperti batu, api dan makhluk atasumelakukan maksiat) untuk Tuhan, akan menyesatkan (orang lain) dari jalan Tuhan. Katakanlah (Muhammad s.a.w.) : Bersukacitalah agak sejenak (sebentar) dengan kekafiran kamu, sesungguhnya kamu termasuk penduduk neraka. – Az Zumar: 8.

HADIS/ SUNNAH

BUNUT TIDAK SENGAJA

Dari Mahmud bin Labid: Bahawa pada waktu berlaku perang Uhud, pedang - pedang kaum Muslimin telah tersalah (mengenai) seorang lelaki Islam, Al Yaman, iaitu bapa kepada tentera Islam, Huzaifah. Mereka tidak kenal dia atau menyangka dia bukan orang Islam. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaya diyat (denda) kepada Huzaifah. Oleh Huzaifah telah mensedekahkan denda itu kepada orang –m orang Islam yang miskin atau fakir.

Perawi: Ahmad.

PETUA

Jika hendak memilih isteri, pilihlah yang berkenan di hati, walaupun tidak cantik, berpelajaran (termsuk agama Islam), berakhlak mulia, tidak mereng atau sewel, menyayangi dan menghormati ibu bapanya dan ibu bapa kamu.

No comments: