GAMBAR MENTERI BESAR KEDAH
Sungai Petani - Setiap pengunjung ke Emerald Puteri Hotel, di Jalan Permatang Gedong, bandar ini ‘hairan dan terkilan’ melihat pemidang besar yang mengandungi gambar para pembesar negara dan Negeri Kedah dalam hotel itu tidak disertakan gambar Menteri Besar Datuk Sri Dr. Azizan.
Pemidang yang tergantung, di dinding antara dewan legar dengan coffee house, tingkat satu hotel tersebut, terpapar gambar Yang Dipertuan Agong, Zultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada gambar Menteri Besar Kedah.
Pada tempat kosong yang sepatutnya diletakkan gambar Menteri Besar Kedah, Dr. Azizan diletakkan bunga merah menandakan menyambut perayaan tahun baru Cina.
Seorang budayawan Melayu menyifatkan pihak pengurusan hotel itu mempunyai sentiment politik yang tebal dan mengenepikan maruah dan kedaulatan Sultan Kedan, kerana Dr. Azizan dilantik oleh Sultan Kedah dan berkuat kuasa mengikut perlembagaan negeri tersebut.
“Hotel berkenaan atau hotel - hotel lain di Negeri Kedah tidak sayugia berbuat demikian kerana mereka terletak dalam Negeri Kedah dan di bawak kerajaan Kedah,” kata budayawan itu.
“Setiap kumpulan, kalangan peniaga dan persatuan hotel dan individu rakyat Kedah mestiklah menghormati Menteri Besar dan adaat resam orang Melay, kerana kedudukan Menteri Besar tidak berlawanan dengan perlembagaan Negeri Kedah,”katanya lagi
“Saya tak tau hotel itui adakah milik orang Cina atau orang lain, sebenarnya siapapun pemilik hotel itu, dia telah menjatuhkan maruah Raja Melayu dan orang Melayu,”tambahnya.
Seorang penulis Melayu dari Kuala Lumpur yang berada di sini dan tidak mahu dinyatakan mamanya, menyifatkan pihak pengurusan hotel itu sebagai menghina orang Melayu kerana Menteri Besar itu orang Melayu dan dilantik oleh Raja Melayu.
“Perbuatan itu menampakkan tebal faham perkauman pihak pengurusan hoteh tersebut dan menampakkan tidak berhamoni,”katanya.
“Saya harap pihak pengurus hotel itu meletakkan gambar Menteri Besar Kedah pada tempat kosong yang diletakkan bunga merah itu,”tambahnya.
No comments:
Post a Comment