Wednesday, January 28, 2009

UMNO

CABARAN DAN KESETASBILAN POLITIK

Oleh: Mokhtar Petah

(bersambung semalam)

Abullah Badawi meneruskan perjuangannya yang menolak segala cara kekerasan atau menekan mereka yang di bawahnya, telah menegaskan, bahawa ‘kekuatan parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan menyokong parti’. Dan beliau berkata secara terbuka, “mari bekerja bersama saya, bukan untuk saya”.

Pada ketika bercakap kepada para wartawan di Havana, Cuba, beliau telah berkata, bahawa beliau ada cara dan pendekatan sendiri dalam memikul tugas menerajui pentadbiran negara, dan beliau tidak hilang kawalan sebagai pemimpin.

Tegas Abdullah Badawi, bahawa beliau komited, tegas dan serius membawa perubahan ke arah kebaikan negara dan rakyat, tetapi beliau tidak tergesa-gesa dalam tindakannya.

“Saya tidak tergesa-gesa, semua yang saya hendak buat saya sentiasa merujuk kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi UMNO,”tegasnya.

“Ia cara saya melakukan sesuatu (untuk negara dan rakyat), semua orang ada cara sendiri melakukan sesuatu, tetapi matlamat saya sentiasa di depan dan tidak berubah,”tegasnya lagi.

“...Cuma saya ada cara saya, cara sayalah...,”tambah beliau.

Kritik Membina

Sambil menekankan beliau sedia menerima kritik membina dari siapa sahaja, walaupun dari pihak parti pembangkang, beliau berkata “Saya lebih suka lambat sedikit..., lambat sedikit tak apalah asalkan kita halusi (teliti) segala yang berhubung kait dengan sesuatu kerja yang hendak kita jalankan itu.”

“Tapi ramai orang taka faham, mereka kata Pak Lah hilang kawalan, tapi saya tak hilang kawalan, saya ada cara saya sendiri,”kata beliau lagi.

Di samping menolak tohmahan pihak-pihak tertentu yang beliau telah kehilangan sokongan politik untuk melaksanakan pembaharuan, beliau telah menjelaskannya, beliau masih mendapat sokongan yang baik, semua keputusan Kabinet atau Jemaah Menteri menyokong dengan baik seperti yang diharapkan.

Abdullah Badawi memberitahu, bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah, sama ada dalam UMNO mahupun dalam Barisan Nasional. Beliau dengan penuh keyakinan menekankan, beliau mengamalkan pentadbiran terbuka dengan menubuhkan banyak jawatankuasa untuk memberi peluang kepada semua pihak memainkan peranan dan memberi pandangan termasuk membuat kritikan membina kepadanya.

Mengkritik Kerajaan

Beliau memberitahu lagi, langkah yang beliau lakukan itu adalah cara Parlimen sebenar dan itulah perubahan yang beliau lakukan bagi membolehkan mereka mengkritik kerajaan tetapi, menurutnya, keritik itu biarlah dengan cara membina bukannya untuk mewujudkan kontroversi.

Menurut Abdullah Badawi semua perkembangan yang berlaku dalam Kabinet, beliau melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dibincangkan dan diberi pandangan.

“Kerajaan sentiasa berpegang kepada pendapat, iaitu kekuatan parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan menyokong parti. Kedua-duanya amat diperlukan dan mesti dikelolakan,” ujar Abdullah Badawi.

Beliau membuat menjelaskan demikian setelah, seorang ahli politik dan ahli Dewaan Rakyat dari Barisan Nasioanal di Kelantan telah bersuara kepada umum yang Perdana Menteri tidak membawa perubahan yang dijanjikan semenjak memegang jawatan tiga tahun lalu.

Dewan Rakyat

Kalangan UMNO dan mereka yang di luar parti pendukung kerajaan itu, menyifatkan sikap wakil rakyat Barisan Nasaional itu tidak sesuai dengan disiplin UMNO atau mana-mana organisasi politik dan kebajikan. Menurut mereka, sebagai Ahli Dewan Rakyat, boleh menemui Abdullah Badawi dan mengemukakan masalah yang beliau kritik dan bukannya dengan membuat kenyataan terbuka.

Kejadian ‘clash’ antara Tunku Abdul Rahman dengan Dr. Mahathir Mohamad dapat menjadi pengajaran kepada setiap orang yang sayangkan parti politiknya dan setia kepada pemimpinnya. Pergisiran atau clash itu kerana surat Dr. Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman telah menjadi ‘surat layang’. Kononnya beliau sendiri telah menyebarkan surat kritikannya terhadap Tunku Abdul Rahman itu kepada orang ramai

Mengapa jadi begitu? Kesilapan ada pada Dr. Mahathir Mohamad. Beliau tidak mengemukakan surat itu kepada Tunku Abdul Rahman secara ‘dari tangan ke tangan’ atau berbincang secara empat biji mata. Surat itu telah dikirimkan oleh Dr. Mahathir Mohamad ke pejabat Tunku Abdul Rahman melalui pejabat pos.

Di mana-mana pejabat pemimpin negara - raja, presiden dan perdana menteri di seluruh dunia terdapat pegawai yang ‘berperangai kepinding atau pijat-pijat’ atau pun ‘tidak beramanah’ kepada tuan mereka asalkan mereka mendapat faedah, sama ada bersifat wang ringgit mahupun bertujuan memecah belahkan perpaduan bangsa dan membinasakan negara.

Koyak Daun

Sebaik-baik sahaja surat Dr. Mahathir Mohamad itu sampai di pejabat Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman, seorang pegawai bukan Melayu, telah membuka sampul surat itu dan diserahkan kepada orang lain untuk di buat salinan (cyclostyle). Kemudian surat itu diedarkan sebagai ‘surat layang’ ke merata tempat dan dibaca oleh ramai orang.[1]

Sekarang, sama ada percaya atau tidak, tetapi perkara ini telah wujud, iaitu ada orang-orang tertentu, sama orang luar mahu orang dalam parti-parti bersama Barisan Nasional yang berperasaan cemburu, iri hati atau memang berperangai ‘ulat koyak daun’, sedang berusaha memecahkan ikatan atau kerjasama yang jujur antara Najib Tun Razak dengan Abdullah Badawi.

Perpecahan itu nanti akan mengakibatkan perpecahan dalam UMNO. Dari cawangan-cawangan, meningkat ke sejumlah bahagian dan akhirnya kepada UMNO Malaysia. Kemudian dari perpecahan atau keruntuhan UMNO itu akan mengakibatkan seperti ibarat ‘kapal pecah yu kenyang’.

Kerana kita adalah orang Melayu dari dalam rumpun Nusantara, maka dalam apa jua keadaan, sama ada orang Melayu di pihak Najib Tun Razak mahu pun orang Melayu di pihak Abdullah Badawi (tetapi Abdullah Badawi pernah berkata dia tidak ada gang), elok benarlah menghayati puisi undang-undang adat orang Melayu ini:

Berat sama dipikul

Ringan sama dijinjing

Sama sakit sama senang

Ke bukit sama di daki

Ke lurah sama dituruni

Bulat air kerana pembetung

Bulat manusia kerana muafakat

Faham sesuai benar seekor

Bulat bergolek pipis melayang

Rundingan jangan selisih

Muafakat jangan bercanggah

Tuah pada sekata

Berani pada seia.

Jika mendapat sama berlaba

Kehilangan sama berugi

Hati gajah sama dilapah

Hati kuman sama dicecah

Seikat seperti sirih

Serumpun seperti serai

Melompat sama patah

Menyerudup sama bongok

Jalan sedundun

Selengang seayun.

Wujud Kehancuran

Andainya, falsafah orang Melayu di atas ini tidak diamalkan oleh mereka yang bergiat dalam masyarakat dan negara, lambat laun akan tiba kepada keadaan tidak selamat. Berlaku perpecahan dan akhirnya yang wujud kehancuran. Apabila kehancuran telah berlaku, maka pada waktu itu yang hadir kepada kita, hanyalah penyesalan, ‘sesal kemudian tak berguna’ dan ‘nasi telah menjadi bubur’. Bukan salah ibu mengandung, tetapi dik salah ragam sendiri.

‘Pekikan gegak gempita menyokong si-anu tertentu bukan misi veteran. Itu adalah bidang yang terkandung dalam sistem demokrasi yang mesti ditentukan oleh ahli parti, bukan oleh penasihat walaupun penasihat boleh menzahirkan pandangannya mengenai isu kepimpinan. Veteran mesti menyampaikan sukatan pidatonya yang mengandungi unsur-unsur mengharmonikan parti dan bangsa; mencari formula supaya agenda Melayu tidak dilupai; mencari jalan supaya anggota UMNO kembali kepada perjuangan pokok orang Melayu;atau berusaha membawa kefahaman dan perpaduan di samping mempertahankan diri dan keluarga semasa kegawatan ekonomi yang mencabar ini.

Penting bagi veteran menerima tajuk permasalahan ekonomi yang hendak dihuraikan secara terperinci benda yang hendak dicakapkan kepada kumpulan-kumpulan sasar melalui kaedah yang mudah diamalkan agar agenda parti tidak risak. Tetapi harus pula diakui bahawa tidak semua veteran itu pandai berceramah atau menyampaikan penerangan secara yang menarik. Ini tidak menjadi masalah. Golongan ini boleh menjadi pemangkin dalam lain-lain bidang yang berupaya meredakan keadaan. Bukankah nenek moyang kita dahulu sering beribarat bila menentukan peranan anggota masyarakat?:

Yang cerdik tempat bertanya,

Yang kaya tempat meminjam,

Yang buta menghembus lesung,

Yang patah menghalau ayam,

Yang pekak membakar meriam.

Tentunya orang Melayu belum begitu angkuh atau alpa untuk menerima dahan memakai kebijaksanaan ungkapan lama itu. Tambahan pula para veteran, sebagai orang lama, harus cuba membawa nilai-nilai murni dan budaya bangsa Melayu yang kini sudah banyak tenggelam akibat jelapang hidup moden. ’[2]

TIDAK BERIDEOLOGI

Bagi kebanyakan orang masa ini melihat UMNO sebuah parti politik orang Melayu telah hilang arah perjuangan, iaitu tidak berideologi. Kalau ia benar-benar parti politik memperjuangkan nasib bangsa Melayu, mengapa ia tidak mengambil Islam sebagai ideologi perjuangannya, kerana orang Melayu adalah orang Islam?

Amalan politik wang yang dilakukan oleh sebilangan ahli UMNO yang mengejar kedudukan dan sekali gus untuk mendapatkan kemewahan telah mencemarkan parti politik itu dan kebanyakan orang menganggap semua ahli UMNO mengamalkan pErbuatan tersebut.

Cadangan Pengerusi Lembaga disiplin UMNO,Tan Sri Tengku Ahmada Rethauddin agar cabang gadis parti itu, iaitu Puteri da Biro Putera didi bubarkan untuk mengelakkan UMNO dari sebab-sebab tertentu,patut dikaji dan diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Memang punj, sejak wujud Puterti dan Biro Putera dalam UMNO, parti itu ditilah seperti tidak serius dalam perjuangan. Wujudnya kedua – dua golongan itu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada parti tersebut di segi perjuangan dan politik.

Semenjak wujud Puteri UMNO terdapat banyak cerita (sama ada benar atau tidak) yang tidak boleh didengar, seperti cerita ahli puteri ada sugar dady dari kalangan UMNO dewasa dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Cadangan Tengku Ahmad Rethauddin agak UMNO distruktur semula, memanglah cadangan yang baik, jika UMNO mahu terus diterima oleh orang Melayu.

(Habis)


[1] Diberitahu kepada saya oleh Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman, Haji Sulaiman

Palestin dan Datuk Abdul Aziz bin Ahmad penerbit buku-buku di Kuala Lumpur.

[2] Rais Yatim, Zaman Beredar Pesaka Bergilir, Endowment Publication, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 273.

No comments: