Tuesday, January 27, 2009

CABARAN DAN KESETABILAN POLITIK

Oleh: Mokhtar Petah

Najib Tun Razak yakin kesepakatannya dengan Abdullah Badawi dan para menteri kabinet, wakil rakyat, ahli-ahli UMNO dan para pegawai dan kaki tangan kerajaan Malaysia akan dapat menyahut cabaran dan menjayakan Misi Nasional menerusi wawasan 2020.

Menurut Najib Tun Razak, bahawa negara kita telah mencatat kejayaan dalam empat dimensi penting sejak bebas daripada cengkaman penjajah 49 tahun yang lalu. Kejayaan utama ialah kestabilan politik yang menjadi paksi terhadap kewujudan dan pelaksanaan pelbagai dasar kerajaan.

Kerajaan Malaysia telah berjaya membuktikan keupayaannya membentuk perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyatnya yang terdiri dari berbagai kaum dan menganut pelbagai agama. Perpaduan dan keharmonian ini menjadi kebanggaan negara.

Najib Tun Razak telah menyatakan demikian dalam ucapannya di Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 49, mewakili Abdullah Badawi di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 16 September 2006.

Menerajui Negara

Semenjak Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak menerajui negara ini mulai tahun 2004, mereka telah menghadapi berbagai cabaran dari pelbagai pihak. Di antara cabaran-cabaran itu, ialah:

(1) Cabaran untuk memecahkan ‘setia kawan’ mereka berdua yang dilakukan oleh pihak tertentu Cabaran itu kalau mencapai kejayaan memungkinkan Abdullah Badawi terpaksa mengundurkan diri dari kepimpinan negara.

Jika perkara yang tidak diingini itu berlaku, mungkin Najib Tun Razak akan mengambil alih kepimpinan negara dan rakyat.Mungkin Juga Najib Tun Razak tidak berrpeluang menduduki kerusi Perdana Menrteri selepas Abdullah Badawi.

Mungkin sebilangan orang ramai berpendapat perkara itu baik. Tetapi bagi pandangan penganalisis dan penulis politik, ada kemungkinan akan timbul perpecahan dalam UMNO dan kestabilan negara akan terjejas.

Apabila perpaduan dalam UMNO musnah, maka harapan parti politik Melayu itu untuk melanjutkan perjuangannya mungkin kecundang, kerana gelombang Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang akan melanda UMNO dan Barisan Nasional. Akibatnya Najib Tun Razak dan UMNO akan berkeadaan seperti ‘ayam terlepas tangan berbau tahi’.

Andainya berlaku perkara yang demikian, pihak yang menjadi dalang memecahkan ‘setia kawan’ Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak akan bertepuk tangan. Mereka juga tidak akan mendapat apa-apa selain daripada berkeadaan orang yang marahkan pijat-pijat membakar kelambu. Contoh begini telah berlaku ke atas rakyat Afghanistan dan Iraq.

( 2 ) Cabaran dari golongan korporat yang kehilangan arah; keadaan ini belaku kerana mereka telah mendapat projek-projek beratus juta nilainya pada zaman Dr. Mahathir Mohamad, tetapi pada, masa Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak mereka telah tidak mendapat projek-projek lagi disebabkan pengagihan yang telus atau tidak mahu wujud perbuatan monopoli dalam ekonomi.Mereka menuduh dan menyebarkan kata-kata; kononnya Abdullah Badawi lemah, tidak tahu melaksana kemajuan ekonomi dan sebagainya.

(3) Cabaran yang bertujuan memecah belahkan perpaduan rakyat; Bertujuan menangguk di air keruh atau mencari kesempatan dari perpecahan rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia atau membiarkan negara dijajah semula oleh penjajah yang lebih mementingkan ekonomi

(4) Cabaran dari kalangan orang-orang bukan Islam dan Islam Liberal untuk memusnahkan Islam dan umat Islam; Mempunyai agenda untuk menghapuskan agama Islam yang berdasarkan Quran dan Sunah dan mengubah hala tuju umat Islam di negara ini kepada keadaan ‘mudah dalam Islam’. Di antara menghalalkan segala macam yang ditegah oleh Islam, termasuk Arak, riba, zina (yang menghampiri zina) dan murtad.

‘Reaksi orang-orang Kristian berbentuk penentangan terhadap Islam bukanlah perkara baru. Dari segi politik, kehadiran Islam di Sepanyol, peperangan Salib di Eropah memberi kesan yang mendalam di dalam pembentukan sikap mereka terhadap Islam. Abad ke- 18, 19 dan ke-20 merupakan abad-abad yang memperlihatkan peningkatan moral orang-orang Kristian: Keruntuhan Kerajaan Thani pada abad ke – 18, Kemaraan revolusi industri, Kemaraan Kuasa-kuasa Barat di bidang penjajahan politik, pendidikan dan kebudayaan menyebabkan mereka lebih ‘superior’ dan bersikap memandang rendah terhadap Islam’[1]

Tidak Diingini

Sama ada cabaran dalam negara, mahu pun luar negara, tentunya menuntut kerjasama antara Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak menanganinya bersama semua ahli UMNO dan umat Islam dan rakyat Malaysia. Keadaan yang ‘tidak diingini’ timbul dari langkah menghina umat Islam dan agama Islam oleh orang-orang beragama lain, tidak umat Islam sahaja merasai kesukarannya, bahkan dirasai oleh semua rakyat Malaysia dan umat manusia di seluruh dunia.

Maka, pemimpin kita, Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak yang ‘tidak rela’ umat Islam dan agama Islam dihina, dapat kita meminta kepada mereka agar membimbing kita menjadi rakyat atau manusia yang baik bagi umat manusia, melaksanakan kebaikan dan menentang keburukan atau kemungkaran.

Kamu semua (umat Islam) adalah umat yang baik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh berbuat baik dan mencegah dari melakukan keburukan.[2]

Kita dapat memahami dari wahyu Allah di atas ini, bahawa umat Islam satu umat yang baik yang memberi guna kepada umat manusia. Baik yang dimaksudkan itu tidak baik seperti ‘lurus bendul’ yang kucing boleh meniti. Baik seperti keldai boleh disuruh membawa bebanan (buku) yang ia sendiri tidak tahu membacanya.

Baik seperti hamba yang boleh disuruh sarah. Baik manusia lemah yang boleh dipijak kepala. Tetapi baik yang dimaksudkan, ialah, yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam semua bidang kehidupan atau dalam satu-satu bidang yang tertentu yang dapat memberi manfaat kepada dirinya, keluarga, masyarakat, rakyat dan semua umat manusia, menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang lelaki dan perempuan (beragama) Islam.[3]

Memiliki Ilmu

Untuk menjadi manusia yang memberi manfaat kepada umat manusia, maka seseorang itu mestilah memiliki ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang. Ilmu pengetahuan itu digunakan untuk mengubah keadaan, membangun dan memajukan dirinya, bangsanya, umat Islam dan seterusnya membantu umat manusia seluruhnya.

Walau sebanyak mana kita memiliki ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang, tetapi kalau kita tidak sanggup menggunakannya secara membangun, menggerakkan ilmu pengetahuan itu menjadi faedah yang lebih besar dan luas, maka pemilik ilmu pengetahuan itu tidaklah bebas, tetapi dia menjadi alat atau hamba orang lain sepanjang hayatnya.

Sebagai contoh, orang Melayu dan umat Islam yang berpelajaran dalam sesuatu bidang, misalnya bidang komunikasi dan informasi atau dunia media(berbagai jenis rangkaian penerangan) yang menjengkau alam maya ini, tetapi kerana si oramg Melayu dan umat Islam itu tidak kenal akan dirinya dan tidak dapat bangun untuk berusaha sendiri, maka dia jadi orang ketinggalan dalam bidang informasi dan komunikasi yang diketahuinya.

Malang! Apabila umat manusia menentang umat Islam dan memburuk- burukkan Nabi Muhamad s.a.w. dan agama Islam menerusi berbagai alat informasi dan komunikasi, maka ‘kita’ hanya sanggup menentang atau menyanggahnya dengan kadar demonstrasi, berucapan dalam seminar, khutbah dalam masjid dan sebagainya sahaja.

Bukan Pengganas

Ucapan Abdullah Badawi mengenai kebaikan Islam dan umat Islam bukan pengganas atau menggalakkan kepada tindakan ‘terorisme’, hanya didengar oleh mereka yang ada dalam gedung PBB itu sahaja. Tidak disiarkan melalui media-media milik umat mnusia yang menentang Islam.

Kita, umat Islam dan orang Melayu memiliki berbagai-bagai ilmu pengetahuan, tetapi kelemahan yang ada laksana orang yang tinggal di tepi sungai, pandai membuat bubu dan nadai, tetapi tidak mahu membuatnya.

Abdullah Badawi ketika berucap melancarkan Islam Hadhari, di Shah Alam pada 30 Januari 2004 antara lain beliau telah menjelaskan tentang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh umat Islam pada zaman silam. Di antara kandungan ucapan beliau seperti berikut:

‘Orang-orang Arab pada zaman kemegahan dahulu,merekalah yang menjadi kumpulan yang paling gigih berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan orang-orang Yunani (Greek) kerana itu adalah ilmu. Ilmu geometri adalah dari orang Greek. Algebra adalah dari orang Islam, iaitu AL Jabar. Itu Islam. Banyak orang Islam tambah dan gabungkan men jadi ilmu yang diamalkan oleh orang Islam pada masa itu. Yang (ilmu itu) menjadi pembangunan Islam cukup hebat dan cemerlang.

Kehebatan Islam yang begitu cemerlang menyumbang kepada tamadun dunia (the world civilization) bukan untuk orang Islam sahaja. Ilmu Ibnu Sina (Kanun Ibnu Sina), buku itu diterjemahkan kepada bahasa Latin yang dijadikan satu teks – buku teks ilmu perubatan sampai akhir abad yang ke -18, ...di Eropah.

Mereka belajar daripada kita. Maka pada masa Islam menjadi agung dengan para cendekiawan, para ilmuwan, paderi dan abai yang belajar di Cordova (Sepanyol). Itulah ilmu yang mereka dapat daripada orang Islam. Mereka bawa balik ke Eropah dan dengan itu bermulalah satu pembangunan yang dikatakan pembangunan di Eropah.

Semenjak itu, Eropah terus meningkat maju, sehingga melebihi daripada dunia Islam yang ada pada hari ini Manakala dunia Islam selepas Cordova, Sepanyol (661 -1030 AD) terus menjunam. Kejatuhan itu disebabkan masalah dalam masyarakat Islam sendiri melemahkan mereka. Mereka tidak dapat menghadapi serangan-serangan dari orang-orang Kristian, iaitu semasa perang Salib. Kita sebenarnya guru, tetapi kita yang lemah. Mereka murid kita. Mereka maju dan hari ini kita dipermainkan oleh mereka. ’

Penjelasan: Para cendekiawan Islam yang telah menyumbangkan ilmu pengetahuan mereka kepada umat manusia, di antaranya:

1 - Al Biruni – Abdul Rahman Muhammad

bin Ahmad (973-1048M), dilahirkan di

Kath, Khawarzan, dari keturunan Turki

ilmu Matematik.

2 - Al Khawarizmi – Algorism (780-850M)

ilmu matematik dan falak.

3 - Arzachel (1029 -1087M) ilmu

haiwan.

4 - Al Farghani –Alfraganus (1335M) ilmu

haiwan.

5 - Al Kindi (809-873M) falsafah perubatan

dan kimia.

6 - Ishak Yuda (855- 955) perubatan.

7 - Ibnu Sina –Avicenna (980-1073M).

8 - Ibnu Khaldoon (1332 – 1398M) sains

Politik dan sosiologi.

9 - Shihab Ad-Din AL – Tifashi (meninggal

1154m) geologi – teknolog

10 Muhammad Ad- Damiri (1341-1405M)

Zoologi. ’[4]

Umat Islam

Menurut hasil kajian terhadap sejarah mengenai sebab-sebab kejatuhan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan, terdapat para ulama Islam seolah-olah mengetepikan usaha atau amalan dari ilmu pengetahuan yang ada pada umat Islam disebabkan beberapa faktor, di antaranya, para mualim (ulama) yang diimport dan ditarbiahkan oleh penjajah dalam negara mereka sendiri. Kebanyakan mualim import yang dianggap mualim atau ulama upahan itu dari negara-negara seperti Farsi (Iran), India dan Arab.

Ulama itu telah menerapkan pengetahuan Islam yang merenggangkan peranan manusia dengan dunia dan akhirat. Mereka merenggangkan agama Islam dari politik seperti agama Kristian. Ada pula yang kelihatan seperti berperanan yang berlawanan dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

Siapa yang hendakkan dunia mesti ada pengetahuan dan siapa yang hendakkan akhirat mesti ada pengetahuan dan siapa yang berkehendakkan kedua-duanya mesti berilmu juga(juga)

Dengan pengaruh penjajah, ulama itu dijadikan penasihat raja pemerintah atau orang yang hampir dengan Istana Raja yang memerintah.

Pendeknya para ulama itu telah mendidik umat Islam, terutamanya di Nusantara, seolah-olah menepikannya ajaran dalam Quran mengenai asas atau bahan-bahan dan permulaan sains, teknologi dan sebagainya.

Dunia Islam

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, kini pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, telah merenung masalah tersebut sebagai masalah dunia Islam yang serius. Ikuti cabutan dari tulisannya berikut ini:

‘Peristiwa 11 September yang diingati ulang tahun kelima minggu lalu adalah penanda penting bagi masyarakat Barat dan umat Islam. Peristiwa itu bukan saja memperkuat hujah mengenai pertembungan tamadun (clash of civilisation) tetapi juga menimbulkan bahaya baru akibat kekeliruan, ketidakfahaman dan keengganan menerima dan memahami satu sama lain.

Apa yang selalu kita lupakan ialah kesan Peristiwa 11 September ke atas umat Islam sendiri. Kita tahu 1.3 bilion umat Islam hari ini sebenarnya tidak lebih baik keadaan mereka selepas kejadian itu. Bagi pemimpin dan ilmuwan Islam, banyak masa dihabiskan untuk mempertahankan imej umat Islam pada kaca mata Barat. Kita selalunya kalah dalam soal ini.

Bagi saya peranan ilmuwan atau intelektual Islam dalam soal ini amat penting. Terlalu banyak ketidakadilan diperlakukan ke atas umat Islam dalam media elektronik Barat. Terlalu banyak laporan tidak betul mengenai Islam disajikan pada masyarakat bukan Islam. Islam menjadi senama dengan keganasan dan terrorisme. Malah wajah ‘militan Islam’ digunakan sebagai alasan menunjukkan umat Islam menyokong dan membenarkan keganasan dilakukan atas nama agama. Oleh sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Hari ini kerajaan negara Barat menggunakan alasan melawan terrorisme untuk menangkap, menyeksa dan membunuh sesiapa saja. Atau menyerang negara Islam.

Semua ini berlaku kerana umat Islam tidak punya upaya melawannya. Umat Islam lemah dan tidak ada negara Islam boleh menandingi kuasa ketenteraan negara Barat. Media Barat melawan Islam melalui kecanggihan dan taktik perang saraf. Kaum Yahudi menggunakan apa saja untuk menghalalkan tindakan mereka. Mereka mengusai sistem perbankan, industri hiburan dan media. Mereka punyai gerakan lobi yang hebat dan ditakuti di serambi kuasa negara Barat. Lobi Yahudi di AS boleh menaik dan menumbangkan mana-mana pemimpin politik negara itu.

Kita hanya ‘menjawab’ tohmahan mereka di mimbar masjid, dalam akhbar dan majalah di negara Islam melalui demonstrasi dan teriakan. Kita tidak akan dapat menghujahkan kes kita dengan cara demikian. Dunia hari inilah dunia media, dunia TV, dunia audiens dan dunia mesej dan imej. Kita harus menggunakan semua itu untuk menghujahkan kes kita kepada dunia. ’[5]

Belum Terlambat

Tulisan cendekiawan Melayu di atas ini, mungkin dapat menyedarkan orang Melayu khasnya dan umat Islam amnya. Sesungguhnya kita belum terlambat dan kita boleh melaksanakannya.

Kalau kita merenung secara teliti akan organiasasi media,- media cetak dan elektronik di negara ini, kita ternampak seperti ada tangan lain yang menguasainya. Bukan tangan orang Melayu, orang Malaysia atau umat Islam.

Contohnya BERNMA, tidak memainkan peranan secara serius menyebarkan berita dan artikel mngenai agama Islam. Berita-berita dari dunia Islam amat kurang dibekalkan berbanding dengan badan-badan berita di negara-negara Islam hari pada masa ini.

Sepatutnya BERNAMA membekalkan artikel-artikel mengenai hal ehwal Islam kepada rakyat Malaysia.Kita membuka laman web BERNAMA tidak terdapat bahan-bahan agama mengenai Islam seperti seperti yang dilakukan oleh laman web Islam.

Kenak Tuhan

Dalam menangkis propaganda Barat, orang Melayu khasnya dan umat Islam amnya mestilah mempunyai kesedaran ‘kenal dirinya, kesedaran ‘kenal Tuhan’, beriman kepada Tuhan, Ihsan, beramanah dan berakhlak mulia.

* Manusia yang kenal dirinya sendiri sebagai hamba Allah

yang dijadikan sebaik-baik kejadian, ‘sesungguh kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik’ [6] dan diajar oleh Allah akan ilmu ‘ mengajar manusia apa yang belum diketahui’[7] Menjadi hamba Allah dan menebahnya, ‘Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.’ [8]

* Manusia yang kenal Allah. Allah adalah tunggal. Pencipta

Allah ini. Maha Kehendak, Maha Kuasa dan mempunyai

sifat yang terhitung dalam 99 Asmaul Husna (nama sifat

yang baik), Dia Allah, tiada Tuhan selain daripada-Nya. Maha Tahu perkara yang tersembunyi dan yang terang. Dia Pemurah dan Penyayang. Dialah Allah, tiada Tuhan selain daripada-Nya. Penguasa, Maha Suci, Pembawa keselamatan, Pemelihara keamanan, Penjaga segala sesuatu, Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Besar, Maha Mulia (suci) Allah dari segala sesuatu yang mereka persekutukan. Dia Allah. Pencipta. Yang mengadakan, Pembentuk rupa. Dia memiliki nama-nama (sifat) yang baik. Apa yang ada di langit dan di bumi memuliakan-Nya (men unjukkan kemuliaan-Nya) dan Dia Maha Kuasa dan Bijaksana.[9]

* Manusia yang kenal akan diri sendiri dan kenal akan Allah lalu beriman kepada-Nya – takwa ‘siapa yang tawa kepada Allah. Dia mengadakan untuk orang itu jalan keluar (dari kesulitan)’[10] dan tawakal kepada-nya ‘siapa yang tawakal – menyerah diri -, kepada Allah, Dia mencukupkan keperluannya’[11]

* Manusia yang ihsan, iaitu manusia yang beribadat kepada

Allah dengan hati yang suci, yakin, takwa dan tawakal.

Pada ketika dia beribadat Allah melihatnya dan dia

seolah-olah melihat Allah, Sesungguhnya Aku melihat

apa yang kamu tidak nampak; aku takut kepada Allah dan

Allah itu sangat keras seksaannya.[12]Kamu beribadat kepada

Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu

tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu.[13]

Ihsan kepada manusia ‘buat baik kepada dua ibu bapa, kerabat, anak- anak yatim, orang-orang miskin,jiran yang menjadi kerabat, tetangga yang bukan kerabat,rakan dalam perjalanan, orang yang dalam perjalanan (kerana kebajikan) dan kepunyaan tangan kamu (hamba sahaya).[14]

* Manusia yang beramanah dalam semua perkara, tunaikan

amanah kepada orang yang percayakan kamu [15]dan apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran- nya.[16]

* Amanah penting bagi manusia. Manusia yang tidak ada

amanah sama dengan musuh kepada individu, rumah-

tangga, masyarakat, negara dan rakyat.

* Manusia berakhlak mulia atau bermoral. Manusia berakhlak

mulia atau moral amat penting kepada negara dan rakyat.

Kalau setiap individu tidak bermoral, maka masyarakat dan

rakyat akan menjadi dan biadab, Aku dibangkitkan untuk

menyempurnakan akhlak.[17] sesempurna orang mukmin

imannya, ialah yang baik akhlak atau moralnya.[18]

Abdullah Badawi dalam sajaknya, ‘Aku Mencari Damai’ telah menggariskan mengenai ketuhanan, Quran, Hadis dan akhlak mulia. Najib Tun Razak juga sering bercakap kepada oragn ramai mengenai pentingnya agma Islam, ilmu pengetahuan, amanah dan akhlak mulia.

Kita yakin, bahawa mereka sedang membawa hala tuju negara kepada sebuah negara yang rakyatnya sarat dengan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dan rakyat yang,percayakan diri sendiri, beriman kepada Allah, mempunyai keperibadian ihsan sejati, beramanah dan berakhlak mulia atau bermoral.

Kalau semua yang mereka hajati itu ada pada setiap diri orang Melayu, dan orang Melayu juga sama-sama memikul tanggungjawab tersebut, maka tujuan mereka untuk ‘towering Malays’ akan mencapai kejayaan yang cemerlang.

(bersambung esok)




[1] Ghazali Basri, Kristian Sebagai Sebuah Gerakan, Kajang, Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam,

1994, hln.55.

[2] Quran; Ali Imran:110.

[3] Hadis; Riwayat:Ibni Al bar.

[4] Mokhtar Petah,Amanah Cekap Adil, Kuala Lumpur, Yayasan Aamal Maaruf Malaysia,2004,

6,7.

[5] Johan Jaafar, Guna Jurnal Berpengaruh, buka ‘blog’, Berita Harian, Ahad, 17 September, hln.13.

[6] Quran; At Tin: 4.

[7] Quran; Al Alaq:5.

[8] Quran; Ali Imran:51.

[9] Quran; Al Hasyr: 22, 23, 24.

[10] Quran; At Talaq:2.

[11] Quran; At Talaq:3.

[12] Quran; Al Anfal: 48.

[13] Hadis ; Riwyat: Imam Muslim.

[14] Quran; An Nisa: 36.

[15] Hadias; Riwayat: Tarmizi.

[16] Hadis; Riwayat: Muttafaq’alaih.

[17] Hadis; Riwayat: Imam Ahmad.

[18] Hadis; Riwayat: Tarmizi.

No comments: