Friday, January 30, 2009

SAINS POLITIK

NEGARA ISLAM DENGAN RAKYAT

(sambungan dari minggu lalu)

Oleh: Mokhtar Petah

Negara Islam mestilkah melaksanakan Hukum Syara’ (perundangan Islam) ke atas semua rakyat atau warga negaranya, tidak kira, sama ada mereka itu beragama Islam atau berag ama lain,iaitu:

1 – Semaua perundangan Islam mesti dilaksanakan ke atas orang

Islam dengan tidak ada pengecualian, seperti keudukan dan

sebagainya.

2 - Rakyat atau warganegara yang tidak beragama Islam mesti

dilaksanakan semua perundangan ke atas mereka, tetapi mereka

bebas menganut agama masing - masing dan mengamalkan adapt

budaya mereka.

3 - Rakyat atau warganegara bukan beragama Islam hendaklah

dilayan sama dengan rakyat atau warga negara beragama Islam

seperti makan minum, pakaian dan segala keperluan hidup

mereka termasuk pelajaran.

4 - Urusan nikah – kahwin dan cerai rakyat atau warganegara bukan

Islam dilaksanakan menurut agama masing - masing.

5 - Lain – lain hukum syarak atau perundangan Islam dan semua

urusan Islamiah, dalam bidan muamalat, kanun kesiksaan,

kanun kesaksian, peratuan – peraturan pemerintahan, ekonomi,

sosial dan sebagainya hendaklah dilaksanakana ats emua rakyat

atau wasrganegra Uskam dan bukan Islam.

Pelaksanaan hukum atau perundangan Islam mesti dilaksanakan

kepada penduduk tetap atau pendatang dalam Negara Islam.

Walau bagaimanapun duta – duta dan konsol – kosol negara asing

Dan mereka yang bertaraf demikian, dikecualikan, kerana

mereka mendapap perlindungan atau kawalan diplomat

(diplomatic immunity).

(Bersambung kepada minggu depan).

No comments: