Thursday, January 29, 2009

UMNO PERAK

NASARUDDIN BERPATAH ARANG DENGAN UMNO

TAJOL ROSLI GAGAL

Oleh: Mokhtar Petah

‘Dato Mohd. Tajol Rosli Nihd, Ghazali (Parlimen - Grik) yang memperolehi 17,170 undi dalam Pilihan Raya Kebangsaan 1995 yang lalu, adalah seorang anak tempatan yang mengalami hidup sejak kecil dalam kelaurga orang politik.

Allahyarham Tan Sri Mohd. Ghazali bin Haji Jawi adalah salah seorang dari pejuang – pejuang dalam UMNO yang berganding bahu dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra dan allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein untuk menuntut kemerdekaan tanah air.

Ghazali Jawi adalah Menteri Besar Negeri Perak yang pertama setelah negara ini mencapai kemerdekaan. Allahyarham telah memegang beberapa jawatan menteri kabinet dan akhir sekali sebelum menjadi Menteri Besar kali yang kedua bagi Negeri Perak, Allahyarham memegang jawatan Menteri Pertanian.

Dalam Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Neger (Kenering) 1977, Tajol Rosli telah menang dan beliau menjdi ahli Dewan Undangan Negeri menggantikan bapanya. Sebelum itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Grik, Encik Yusof bin Haji Mokhtar yang disebut - sebut akan bertanding dalam pilihan raya tersebut, telah Berjaya mendapat kawasan kayu balak dan beliau kemudiannya berangkat ke Makkah Al Mukarramah untukn kenunaikan fardu haji. Kemudian dia tidak ambil berat untuk menjdi wakil rakyat seperti pada masa – masa sebelumnya. Kini Haji Yusof telah menjadi ahli Parti Semangat 46.

Tajol Rosli adalah salah seorangb tokoh penting UMNO Negeri Perak dan beliau telah memberi banyak sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib, kerajaan UMNO dan kerajaan Negeri Perak.

Sebagai sifatnya Ketua UMNO Bahagian Grik, beliau telah menggerakkan daya kerja dan daya fikirnya untuk membanyakkan ahli UMNO dalam kawasan tersebut di samping dapat melemahkan kegiatan parti lawan sepeti PAS dan Parti Melayu Semangat 46. Ramai kalangan orang politik di Grik memberitahu saya, kalaulah Tajol Rosli tidak memimpin UMNO bahagian Grik, maka sudah tentu pengaruh UMNO di sana terus merosot dan sebaliknya pengaruh PAS akan mengatasi pengaruh UMNO.


Hal ini sejak terbinanya lebuh raya Timur – barat yang menghubungkan Grik dengan Negeri Kelantan, propaganda dan pengaruh PAS amat mudah sampai ke sana.’ – Mokhtar Petah, buku Kejayaan Bersama, 1995, hlm:127 – 129.

POLITIK WANG

Berita Tajol Rosli meletakkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (Bota),Dato’ Nasaruddin Hashim meninggalkan UMNO dan terjun ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim, tidak mengejutkan para pemerhati politik di Negeri Perak.

Satu punca memberitahu, pada masa menghadapi mesyuarat agung UMNO bahagian Parit, Nasaruddin Hashim telah mengadu kepada Tajol Rosli dan pihak - pihak lain tentang berlaku politik wang dalam bahagian tersebut, tetapi aduan itu tidak diambil berat oleh mana - mana pihak termasuk Tajol Rosli.

Dikatakan, Tajol Rosli tidak mempedulikan aduan Nasaruddin Hashim kerana dalam bahagian Parit ramai orangnya.

TIDAK TERDAYA

Beberapa ahli veteran UMNO Ngri Perak telah berkata, sepetutnya pada pilihan raya 2004 Tajol Rosli meletakkan jawatannya dari memimpin UMNO Negeri Perak.

“Sepanjang masa Tajol Rosli memimpin UMNO negeri dan sebagai Menteri Besar Perak, dia macam tidak terdaya menyelamatkan UMNO dan kerajaan negeri,”kata mereka.

“Nasaruddin Hashim keluar dari UMNO dan masuk PKR, di antara sebabnya kerana kelemahan dan pilih kasih Tajol terhadap ahli – ahli Dewan undangan Negeri, Dewan Rakyat dan kalangan ahli UMNO di bahagian - bahagian,” katanya.

“Kalau Tajol tak lemah, tak pilih kasih, Kerajaan Negeri Perak tidak akan terlepas kepada Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

“Orang UMNO boleh berfikir, pada masa Tajol memegang jawatan Menteri Besar Perak, setiap kali menghadapi mensyuarat perwakilan UMNO dan pilihan raya kawasan - kawasan kayu balak di luluskan kepada orang - orang tertentu dari kalangan UMNO,” tambahnya.

BERKEMBANG MAJU

Para pemerhati politik di Negeri Perak dan orang - orng tertentu memberitahu, sepanjang Tajol Rosli memimpin Kerajaan Perak, negeri itu tidak berkembang maju dalam semua bidang.

Mereka memberi contoh, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak yang pada masa lalu telah berkembang pesat dan Berjaya membangun ekonomi negeri itu, tetapi pada masa beliau perbadanan tersebut menjadi lemah dan banyak hartanah miliknya menjadi milik bukan Melayu.


“Kami dapati sepanjang masa Tajol Rosli memegang jawatan Menteri Besar dan mengetuai UMNO Perak, dia macam tak sebaluh dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah ahmad badawi,” kata seorang veteran UMNO dalam bahagian Gopeng.

Tajol Rosli amat kecewa kerana Nassaruddin Hashim tidak akan menerima pujukkan pihak UMNO Negeri Perak dan beliau tetap berpatah arang dengan UMNO cawanganya, bahagian dan Negeri Perak.

(Tamat)

No comments: