SAINS POLITIK
NEGARA ISLAM
Rakyat Negara Islam, sama ada dia beragama Islam atau tidak, dia tidak khuatir akan mendapat keadilan atau tidak, kerana Negara Islam memberi keadilan kepada semua rakyatnya, kecuali yang berhubungan dengan tegahan – tegahan yang ditetapkan oleh Allah seperti dalam Quran.
Misalnya undang - undang hudud, iaitu berhubungan dengan kemungkaran jenayah, maka undang - undang itu tidak terhad kepada rakyat yang beragama Islam sahaja, tetapi atas semua rakyat.
Tetapi undang – undang lain, seperti pembahagian harta, nikah dan cerai dan sebagainya mengikut yang diguna pakai dalam golongan orang – orang kafir rakyat Negara Islam itu.
Dalam Negara Islam ada dua golongan rakyat dari orang – orang kafir, iaitu:
1 - Rakyat kafir zimmi (baik atau jinak). Iaitu orang kafir
bermalal ibadat mengikut agama mereka, tetapi
mereka taat setia kepada pemerintahan Islam.
2 - Rakyat kafir harbi (tidak taat kepada Negara Islam atau
yang boleh diperangi). Orang -
diingin tinggal dalam Negara Islam, kerana mereka akan
menjadi seperti duri dalam daging.
Berpandu kepada Hadis Nabi Muhammad s.a.w: Siapa yang mentaati pembersar (atau pemerintah) saya, sesaungguhnya dia mentaati saya dan siapa yang mengingkari perintah pembesar saya, sesungguhnya dia mengingkari saya. (Abu Hurairah),maka sesiapa yang menentang dan mengikari pemerintah Negara Islam, maka dia melakukan kesalahan kepada Islam.
Demikian juga, jika ada satu kaum yang hendak menegakkan Negara Islam dan mengamalkan perundangan mengikiut Quran dan Sunnah, maka ada pula golongan lain yang menentangnya, maka golongan penentang itu, ada menentang Nabi Muhammad s.a.w. dan menentang Allah.
Negara Islam tidak membenarkan dirinyanya dan rakyatnya mengamalkan rasuah. Dirinya mengamalkan rasuah, iaitu ia membantu rakyat dengan wang dan sebagainya dengan harapan rakyat menyokongnya.
Bantuan Negara Islam kepada rakyat, ialah bantuan ikhlas, iaitu tidak berlaku ada udang di sebalik batu. Tidak boleh melakukan segala perkara yang tidak baik dan dibenci rakyat, untuk mengatasi rasa benci rakyat itu, maka dicurah wang kepada rakyat atau membantu rakyat membangunkan kehidupan mereka atau kawaswan sekitar mereka.
Rasuah di kalangan rakyat, ialah memberi rasuah oleh orang ramai kepada para penanggungjawab kepada negara, iaitu dari Presiden hingga kepada pekerja paling bawah dalam pemerintah.
Perbuatan mubazirkan wang Negara dan rakyat tidak dibebenarkan dalam Negara Islam. Mubazir yang ditakrifkan di sini ialah:
1 –
menggunakan wang negara untuk gaji dan alau
mereka terlalu tinggi atau lebih dari berpatutan.
2 - Membelanjakan wang negara kepada perkara
mubazir.
3 -
iaitu melebih dari yang berpatutan.
4 - Lawatan penanggungjawab kepada negara ke luar
Negara terlalu kerap dan tidak memberi faedah
kepada negara.
5 - Menggunakan wang dan kemudahan negara oleh
parti politik pihak penanggungjawab negara dalam
mana - mana pilihan raya atau pungutan suara.
Negara Islam adalah negara keredaan Allah, maka ia tidak boleh memungut hasil haram atau membelanjakan untuk negara dengan wang dari hasil yang haram, iaitu seperi:
1 - Sebarang rupa judi; Kasino, nombor ekor, loteri dan
Sebagainya.
2 - Riba, iaitu sebarang hasil dari riba, hasil bunga
pinjam meminjam dan sebagainya seperti yang
diamalkan oleh bank - bank, badan - badan
agensi kerajaan dan koprasi.
3 – Zina dan hampir dengan zina, sepertri perniagaan
pelancuran, kelab malam, pertunjukan, filem, drama
yang lakunan antara lelaki dangan perempuan
yang hampir dengan zina, seperti berpelukan, cium,
suara nyanyianh perempuan dan sebagainya.
4 - Semua hasil dari jalan haram atau memperniagakan
Haiwan yang duiharamkan oleh Islam.
(bsambung Jumaat depan).
No comments:
Post a Comment