GABUNGAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (GAPENA)
GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur; Tel: 03-21442412; Fax: 03-21410340; E-mail: melgape@pd.jaring.my. Pentadbirannya dilakukan secara sukarela, pegawai-pegawai utamanya ialah Zulkhairi Zainal (H/P: 019-2565761) dan Abdul Aziz Mohd Ali (H/P: 019-3196560).
Waktu pentadbiran penuh dilakukan pada hari kerja dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Semua urusan dan pertanyaan akan diuruskan, dapat juga ditinggalkan pesan melalui telefon, yang kemudiannya akan dijawab segera.
GAPENA merupakan sebuah federasi persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu diseluruh Malaysia. Anggotanya:
1. Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
2. Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
3. Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
4. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
5. Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
6. Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
7. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
8. Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI)
9. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
10. Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
11. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
12. Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
13. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
14. Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
15. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
16. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS)
17. Persatuan Penulis Perlis (3P)
18. Persatuan Penulis Selangor (PPS)
19. Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
20. Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
21. Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
22. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
SEJARAH GAPENA:
Pada 23 Oktober 1970, ditubuhkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dengan ahlinya terdiri daripada 13 buah badan penulis. Dalam tempoh 32 tahun bergiat, GAPENA berusaha meninggikan imej golongan sasterawan dan budayawan di kalangan masyarakat melalui kegiatan yang menimbulkan suasana dinamik kepada perkembangan bahasa dan kesusasteraan di Malaysia khususnya, dan di Nusantara amnya. Di bawah pimpinan Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Dr. Haji Ismail Hussein (Ketua Satu sejak ditubuhkan), GAPENA berjaya menghidupkan kegiataan sastera dengan menyelaras pelbagai pertemuan sastera seperti Hari Sastera (1973, 1974, 1976, 1978, 1980, 1983, 1985, 1987, 1993, 1995 dan 2001); Hari Puisi Nasional (1979, 1981, 1984, 1987, 1988, 1991, 1995, 1999 dan 2000); Seminar Kesusasteraan Nusantara (1973); Pertemuan Penulis ASEAN (1977); Pertemuan Sasterawan Nusantara (1981, 1988, dan 1999); Simposium Dunia Melayu (1982, 1985, clan 1988); Dialog Utara (1982, 1986, 1991, dan 1997); Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (1984 dan 1998); Konvensyen Bahasa Kebangsaan (1986); Seminar Bahasa Sastera dan Budaya Malaysia-Indonesia (1986); Seminar Dasar Buku Negara (1986); Seminar Bahasa Kebangsaan dan Penyiaran TV dan Radio (1986); Dialog Borneo (1987, 1990, 1992 dan 1998); Kongres Cendekiawan Melayu (1988, 1990 dan 1992); Dialog Teluk Brunei (1987, 1988 dan 1997); Seminar 100 Tahun Pergerakan (1992); Dialog Teluk Brunei (1987, 1988 dan 1997); Seminar 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu (1989); Kongres Kebudayaan Sabah (1989); Seminar Kepimpinan Kebudayaan di Malaysia (1990); Seminar Persefahaman Kebudayaan Thailand Malaysia (1990); Dialog Selatan (1992); Bengkel Penilaian Penyair Muda 1991); Simposium Kebudayaan Sempadan (1992); Seminar Dunia Melayu Dunia Islam (1992); Seminar Kepimpinan Kebudayaan dalam Menghadapi Wawasan 2020 (1992); Seminar Kebudayaan Melayu Cape Town (1993); Simposium Melayu Baru (1993); Seminar Kebudayaan Etnis Dunia Melayu Yunnan (1994); Seminar Kepimpinan Kebangsaan (1995); Pertemuan Sasterawan Malaysia (1999 dan 2001); Simposium Penulis Pelbagai Kaum (1999, 2000 dan 2001); Seminar Kesusasteraan Malaysia di Jakarta (2001); Simposium Tak Melayu Hilang di Dunia di Jawa Barat (2001); Ratib Seribu Syair yang bersejarah tercatat dalam The Malaysia Book of Records (2001), Festival Sastera Perpaduan Malaysia (2002), Persidangan Antarabangsa Pemikiran Ismail Hussein (2002) dan pelbagai seminar lain.
Bakat-bakat penulis dalam pelbagai kesusasteraan dicungkil oleh GAPENA melalui penyelenggara pelbagai peraduan seperti Hadiah Novel GAPENA, Hadiah Novel Yayasan Sabah-GAPENA, Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA, Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA, Hadiah Drama Pentas ESSO-GAPENA, Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO GAPENA, Anugerah Puisi Putra Anugerah Sastera Islam Darul Imam Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-GAPENA, Anagerah Pengembangan Sastera Kebangsaan ESSO-GAPENA, Hadiah Novel ESSO-GAPENA, Hadiah Novel Melayu Baru Pengarang-GAPENA dan hadiah Biografi ESSO-GAPENA. Dalam usaha mencungkil bakat-bakat deklamator puisi yang baik, sejak tahun 1987, sempena perayaan Hari Kebangsaan, GAPENA menyelenggarakan acara Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan yang ditaja oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan. Di samping itu GAPENA juga menghargai tokoh-tokoh budaya dan penyair melalui pengurniaan Anugerah Budaya GAPENA dan Anugerah Penyair GAPENA.
GAPENA juga terlibat dalam projek Penulisan Kreatif Wilayah (1980-1999) yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), daripada bengkel penulisan di seluruh negara ini (yang melibatkan ahli-ahli Badan Gabungan), lahirlah karya para peserta dalam bentuk antologi cerpen dan novel. Hasil kegiatan pertemuan sastera dan peraduan penulisan anjuran GAPENA dan pelbagai genre telah diterbitkan dalam bentuk buku oleh DBP dan penerbit lain. GAPENA sendiri menerbitkan beberapa buah buku seperti Kuala Lumpur: Antologi Sajak Pilihan (1975), Warisan Dunia Melayu: Teras, Peradaban Malaysia (1985), Warisan Sastera Pulau Pinang (1985), Maruah Merdeka (1987), Warisan Sastera Pahang (1985), Melayu Sri Lanka: Simposium Dunia Melayu Kedua (1990), Novel Restu (2000), Antologi Daik Bondaku (2001), Biografi Ismail Hussein (2002) dan sebagainya.
Dalam hubungan antarabangsa GAPENA sering membawa rombongan penulis ke negara-negara ASEAN (Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Filipina) di samping pernah mengadakan lawatan dan seminar di Vietnam, Korea Selatan, Sri Lanka, Afrika Selatan, Yunnan, China dan mengunjungi USSR, Republik Rakyat China dan terakhir ke Tanah Suci Makkah.
Kesan daripada pelbagai pertemuan sastera dan peraduan penulisan yang telah diadakan GAPENA telah dapat mewujudkan suasana erat persahabatan kaum sasterawan dan budayawan di seluruh Malaysia, Nusantara dan Dunia Melayu. Namun perjuangan GAPENA untuk membina tamadun dunia berbahasa Melayu masih jauh jalannya. Inilah cita-cita yang cuba direalisasikan oleh kepimpinan Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ Dr Ismail Hussein dalam tempoh 32 tahun ini. Pada dasarnya kegiatan GAPENA tidak terbatas dalam dunia sastera semata-mata, tetapi merangkumi usaha pembinaan tamadun dunia berbahasa Melayu secara harmoni tetapi dinamik, untuk mengikis sikap rendah diri akibat penjajahan Barat ratusan tahun lamanya.
AHLI-AHLI JAWATANKUASA KERJA GAPENA:
Ketua Satu: Tan Sri Prof Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein, dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada 30 Januari 1032. Bapanya pedagang kecil, abangnya Abdullah menjadi pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya Dato’ Ibrahim mengembang sebagai pelukis antarabangsa. Dari sejak kecil tatkala membesar di kampung terpencil beliau mulai sedar akan keluasan dunia Melayu, dengan ingatan terhadap keluarga sebelah bapanya di Aceh, manakala keluarga ibunya yang bermastautin di Selatan Burma selalu kembali mengunjungi keluarga di Kedah. Beliau telahpun mendirikan rumahtangganya dengan Puan Sri Rogayah Abdul Rashid pada tahun 1964 dan telah dikurniai empat orang cahaya mata. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, kemudiannya di Sekolah St Michael, Alor Setar, Kedah sebelum berpindah ke Maktab Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1955 Universiti Malaya telah menerima beliau untuk mengikuti jurusan Pengajian Melayu dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1959 dan Ijazah Sarjana pada tahun 1961. Sejurus tamat pengajian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Leiden hingga tahun 1964.
Beliau menjadi pensyarah di Universiti Malaya sejak 1960 dan telah dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu pada tahun 1971. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kemudiannya sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 1978 hingga 1984. Pada tahun 1987 beliau telah menjadi Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat di sana hingga 1993. Beliau dilantik menjadi Ketua Satu GAPENA sejak ditubuhkan lagi pada 23 Oktober 1970 dan memegang jawatan itu hingga kini. Pada tahun 1965 beliau telah menjadi ahli kemudian sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan berkhidmat di situ hampir 30 tahun. Antara lembaga yang dianggotainya ialah Panel Anugerah Sastera Negara, Majlis Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan, Majlis Buku Malaysia, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, Jawatankuasa Penasihat Pusat Manuskrip Melayu. Melalui GAPENA pencapaiannya yang ketara ialah menggerakkan hubungan serta kerjasama masyarakat dan kelompok Melayu antarabangsa. Terpenting ialah pertemuan serta simposium kebudayaan Melayu yang diselenggarakan di Sri Lanka, Vietnam, Yunnan-China, Cape Town-Afrika Selatan, Mindanao-Filipina, Madagaskar, Bangkok-Thailand, dan Tanah Suci (Mekah dan Madinah). Kemuncak daripada usaha itu ialah penyelenggaraan Simposium Jaringan Melayu Antarabangsa dan Simposium Melayu Sedunia di Shah Alam pada tahun 1996, susulan daripada itu ditubuhkan Yayasan Sekretariat Melayu Antarabangsa dan beliau telah dilantik menjadi Pengarah Eksekutif. Pada tahun 2001 disusuli pula dengan Persidangan Dunia Melayu di PWTC-Kuala Lumpur. kegiatan asas GAPENA memang tertumpu kepada pembinaan bahasa dan sastera Melayu di Malaysia dan di rantau, terutama melalui Pertemuan Sasterawan Nusantara yang dianggotai oleh Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau dilantik sebagai Setiausaha kepada Majlis Sasterawan Nusnatara yang menyelenggarakan Pertemuan tersebut.
Semasa alam persekolahan lagi beliau telah menunjukkan minat dalam kebudayaan, terutama penulisan dengan menjadi editor untuk majalah sekolah dan majalah bahasa keluaran Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya semasa menuntut di universiti. Antara bibliografi beliau ialah Kepimpinan dalam Kebudayaan (1984); Cita-Cita dan Perjuangan (1987); Segugus Pandangan dan Harapan (1988); Antara Politik dan Sastera (1989); Statements on Malay Language and Literature (1989); Melayu Akhbar (1989); Tamadun Melayu (1989); Antara Dunia Melayu dan Dunia Kebangsaan (1990); Jejak Langkah Ismail Hussein (1993); Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Ismail Hussein (1994); Pengajian Melayu di Dunia Melayu (1994); Dunia Melayu dan Dunia Indonesia (1995) dan Bahasa Melayu di Dunia Melayu (1995).
Tan Sri Profesor Emeritus Dato’ Pendita (Dr) Haji Ismail Hussein telah dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada tahun 1980. Sementara Ijazah Kehormat Doctor Honoris Causa oleh Universitas Indonesia pada tahun 1984. Gelaran Pendita oleh Simposium Dunia Melayu 1985 di Sri Lanka pada tahun 1985 dan darjah Panglima Setia Mahkota oleh DYMM Yang di Pertua Agong pada tahun 1993. Dalam tahun 1997 Universiti Madagaskar menganugerahkannya Doctor Honoris Causa. Dan terbaru anugerah Prof Emeritus pada tahun 1997 oleh Universiti Malaya. Anugerah lain yang diterimanya ialah bintang Datok Dharma Wangsa dari Istana Maimoon Medan dan gelar Linggom Banua Melayu dari masyarakat Harahap Padangsidempuan. Dan terakhir gelar Seri Wira Cendekia Mulia Kedah darul Aman dari DYMM Sultan Kedah pada tahun 2002. Dokumen-dokumen peribadinya terutama yang berhubungan dengan kegiatan Dunia Melayu tersimpan dalam Koleksi Khas di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar. Alamat: 15 Jalan 17/21, 46400 PETALING JAYA,Tel: 019-2241164; 03-79603262(R)
Ketua Dua: Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, tokoh nombor dua GAPENA sejak 1992 yang padat dengan tenaga dan visi, ditambah pengalaman aktivisme yang tinggi serta hubungan luas dengan golongan politik di negara dan budayawan serantau. Beliau dibelakang banyak projek kesenian yang berjaya di Melaka, termasuk Muzium Sastera, Pesta Gendang Nusantara dan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam. Dilantik sebagai Pengerusi ISSMA 2002. Lahir di Melaka 1952, terdidik di Universiti Malaya sehingga mendapat PhD. Membina dan pemimpin Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya, dan telah menerbitkan 3 buku termasuk dua biografi, disamping menyunting sekitar 20 penerbitan yang lain. Memimpin Lembaga Bahasa Melayu Melaka sejak 1984. Baktinya yang besar kepada GAPENA ialah mematahkan gerak kaum politik 1994 dalam percubaan mengambil alih GAPENA dengan menggunakan segala media. Alamat: K1-02-2 Pantai Hill Park, Fasa III Jalan Pantai Dalam, 59200 KUALA LUMPUR, Tel: 019-6569304; 03-22840272 (R)
Setiausaha Satu: Prof Madya Datuk Haji Zainal Abidin Borhan, Lahir di Melaka 13 Disember 1953, sebagai putera sulung kepada budayawan Datuk Wira Borhan Md Yaman. Beliau timbul sebagai ‘ensiklopedia berjalan’ tentang kebudayaan Melayu di Nusantara, dengan pengetahuan peribadi serantau serta jaringan hubungan yang luarbiasa, oleh itu sangat sebati dengan gerak GAPENA. Mulai 1996 beliau dilantik sebagai Setiausaha Dua, sebelum bergiat dalam LBM Melaka. Terdidik di Universiti Malaya, sehingga mendapat M.A (1981). Pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Pertanian Malaysia (1977); menjadi Tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam bidang Kebudayaan Masyarakat Melayu; Masyarakat dan Budaya Orang Asli, Malaysia Barat; kerap membentang kertas kerja di dalam dan luar negeri; menulis artikel ruangan budaya Melayu, gerakan kebudayaan. Ketua Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Alamat: Ketua Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, 50603 KUALA LUMPUR, Tel: 019-3472696; 03-61897564 (R)
Setiausaha Dua: Prof Madya Dr. Hashim Ismail, tokoh termuda dalam pimpinan GAPENA yang telah memperlihatkan keghairahan terhadap keilmuwan dan aktivisme Dunia Melayu. Dilahirkan 1965 di Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan M.A di Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sejak 1993. Sebelumnya pernah menjawat jawatan guru di Institut Pengajian Tinggi Adabi, Kota Bharu, Kelantan (1998) dan sebagai Tutor di Jabatan Persuratan melayu UKM (1992). Menyelenggarakan teks Hikayat Ahmad Muhammad (1996), menerbitkan buku Sastera Melayu Mutakhir (2000). Turut giat menghasilkan esei dan kritikan di dalam akhbar, majalah dan jurnal di peringkat nasional dan serantau. Menerima Hadiah Penulis Jemputan Perpustakaan Negara Malaysia (1993). Alamat: Akademi Pengajian Melayu, 50603 KUALA LUMPUR, Tel: 012-3613681; 03-56371418 (R)
Bendahari: Haji Hamzah Hamdani, bersama pimpinan GAPENA sejak 1982 dan berkhidmat sebagai Setiasuaha Dua (1986-1992). Kemudian Setiausaha Satu GAPENA (1992-2002) dalam era perkembangannya yang pesat, sebelum pindah bertugas di Kuching-Sarawak. Pemerhati dan peneliti sastera Melayu yang gigih. Lahir di Sabak Bernam, Selangor, 8 Oktober 1953. Terdidik di Universiti Malaya (1973-1976). Bertugas sebagai Pegawai Buruh di Ipoh (1976-1977), Pegawai Perancang Bahasa, Ketua Unit Bahasa dan Sastera DBP Cawangan Sarawak, Ketua Bahagian Pembangan Sastera Kebangsaan dan Ketua Bahagian Teori dan Kritikan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (Julai 1977-2001). Kini memegang jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak mulai 16 Januari 2002. Pernah menjadi Setiausaha Satu PENA (1979-1982), Ketua Dua Persatuan Penulis Selangor (PPS), dan masih menjadi Setiausaha Persatuan Pengkritik Sastera Malaysia. Memenangi Hadiah Penulis Esei Terbaik Dewan Sastera (1978). Menulis puisi, cerpen dan esei kritikan. Kumpulan cerpennya Pantai (1979) dan menghasilkan buku-buku kajian seperti Novel-Novel Malaysia Dalam Kritikan, Pemikiran Sastera Nusantara, Wajah Sastera Sarawak dan Kaedah dan Pendekatan Sastera. Alamat: Lot 13604, Taman Sri Antan, Jalan Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 019-3855047 (H/P).
Ahli-Ahli:
YM Dato’ Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, Putera bangsawan Pahang, salah seorang penggiat dan penyokong terlama dalam JK. Bermula sebagai Pegawai Pentadbir di negeri kelahiran, memuncak ke posisi pertama di Kementerian Kebudayaan Malaysia. Penyair juga pelukis. Ketua Satu DMP (1969-1987) yang meneroka kerjasama erat dengan GAPENA melalui Bengkel Sastera di Bentong ‘72, Simposium Hak Cipta ‘74 dan Hari Sastera di Istana Pahang ‘87, disamping menduduki JK GAPENA dari 1972 hingga sekarang. Lahir di Pahang 2 Disember 1945, terdidik di Universiti Malaya dan memasuki Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, dan kini bertugas sebagai Penasihat kepada Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Juga ahli persatuan sejarah dan persatuan pelukis. Alamat: 899 Lorong Belfield, Off Jalan Belfield, 50460 KUALA LUMPUR, Tel: 019-2867667; 03-21434549 (R)
Prof. Dr Hajah Siti Zainon Ismail, Ilmuwan, penyair, pelukis, sekaligus aktivis wanita yang jatuh cinta dan mengabdikan diri kepada kebudayaan Aceh. Mempelopori Kafe GAPENA (Kafe G) yang menarik rakan seniman ke Rumah GAPENA. Sangat giat dalam pertubuhan sosial kebangsaan dan serantau. Lahir pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur. Terdidik di ASKI Yogyakarta (Sarjana Seni Rupa), kemudian UKM (M.A) dan UM (PhD). Pengalaman bertugas di Kementerian Kesenian, Belia dan Sukan (1974-1976), sebelum menjadi akademik. Menerbitkan sekitar 16 judul karya penyelidikan dan kreatif, beberapa diterjemahkan ke berbagai bahasa. Luas partisipasi dalam kegiatan budaya antarabangsa, disamping menerima banyak anugerah diantaranya SEA Write Award Kerajaan Thai (1989) dan gelat Cut Nyak Fatimah, LAKA Aceh (1990). Alamat: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM BANGI, Tel: 019-3501896; 03-40222424 (R)
Tuan Haji Md Ismail Zamzam, Pengasas PPJ 1967 dan memimpinnya 13 tahun (hingga 1984), juga termasuk mempelopori penubuhan GAPENA, 1970. Tokoh pendidik, pengarang an diplomat, kini Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor. Lahir pada 19 Mei 1943 di Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim. Terdidik di UM dan University of Nothern Iowa, USA. Pengalaman luas dalam dunia pendidikan termasuk di Kementerian Pendidikan Malaysia. Mula menulis puisis ejak di bangku sekolah (1960). Pernah memenangi berbagai hadiah dalam bidang puisi termasuk Hadiah Sastera Malaysia (1971) dengan puisinya ‘Air Papan’ dan ‘Bebayang’. Hasil karyanya terkumpul dalam antologi Perempuan Yang Kutemui (1973), Setelah Dinihari (1983) dan Basah Dalam Ingatan (1994). Juga menulis novel, drama dan buku teks Bahasa Malaysia, bekas Ketua Satu Ikatan Sastera UM. Beliau juga menerima Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia. Alamat: Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, 304 Jalan Mariamah, 80100 JOHOR BAHRU, Tel: 012-7113142; 07-2263267 (P).
Haji Osman Abu Bakar, lahir di Perak 8 Jun 1943. Mendapat pendidikan Sekolah Melayu Kampung Gajah dan beberapa Sekolah Arab di Kedah dan Perak, memasuki Kolej Islam malaya dan Fakulti Islam, UKM (1970-1973). Mengajar Yayasan Anda dan beberapa sekolah Arab di Perak. Aktif dalam kegiatan pembinaan peringkat negeri dan kebangsaan. Memegang pimpinan LEPAS sejak 1983. Alamat: 113 Pekan Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah. Tel: 05-6313546.
Prof Datuk Dr Zainal Kling, tokoh sosiologi Melayu yang terkemuka pada zaman ini dan luas dihormati, dan menjadi ideologue pada pergerakan Melayu. Ahli LBM, dan banyak menyumbang kepada GAPENA dari belakang, sehinggalah terlantik dalam AJK. Lahir pada 27 November 1944 di Melaka. Terdidik di UM sehingga ijazah M.A (1970) dan kemudian menamatkan PhDnya di University of Hull, England (1974) dari sana diterimanya juga Doctor Honoris Causa (1997). Bertugas di UM dari 1967 sehinggalah dilantik Profesor 1992-1999. Kini masih bertugas dalam kontrak. Pernah juga menjadi Dekan Sastera dan Timbalan Naib Canselor di alma maternya. Pernah menerima fellowship di Cambridge University (1971/72), East-West Centre Population Institute Hawaii (1978), Fujiomiya, Japan (1987), dan Harvard Business School, USA (1995). Antara penerbitan ilmiahnya ‘The Saribas Malays of Sarawak’, ‘Civilization Related of Rice Cultivation’, dan ‘Social Organisation of Swamp Dwellers’. Alamat: No. 2 Jalan Jelutong 3/16, 40000 SHAH ALAM, Tel: 019-2760657; 03-55195822 (R)
Dato' Haji A. Aziz Deraman, lahir di Kelantan, terdidik di Universiti Malaya dan menjadi pegawai tadbir sejak 1971. Pencapaian khasnya adalah dalam lapangan pentadbiran kebudayaan. Bertugas di Kementerian Kebudayaan (1971-1979) dan (1981-1989), dalam tempoh itu menjadi Pengarah Kebudayaan (1981-1987). Puncak kerjayanya menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1994-2004). Minatnya terhadap Dunia Melayu, persuratan Melayu dan Islam ditambah bakat kreatifnya merupakan aset yang besar. Baik semasa di Kementerian Kebudayaan mahupun di Dewan Bahasa beliau menerokai persidangan dan festival Melayu-Polinesia yang historis, manakala sumbangan khasnya kepada DBP ialah mengantarabangsakan banyak lembaga, antara lain terbentuknya Majlis Bahasa Melayu Antarabangsa, Majlis Sastera Asia Tenggara dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau, lebih-lebih lagi diperluaskan peranan Majlis Bahasa Bunei, Indonesia dan Malaysia. Giat dalam banyak lembaga kebudayaan yang lain, dalam dan luar negara, telah menerima puluhan anugerah untuk usaha-usahanya, dan pernah menjadi Setiausaha Urusetia Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1971). buku-bukunya yang penting "Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia", "Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia", manakala kumpulan puisinya: "Kau dan Aku", "Bahtera Madani", "Gapura Diri", dan "Bicara Kasih". Alamat: 20 Jalan Amzil, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. Tel/Faks: 603-61873977; e-mail: azidra@tm.net.my.
Datuk Abdul Samad Maharuddin, lahir di Selangor, 13 Ogos 1937, terdidik di Sekolah Melayu Sg Manggis dan Banting. Masa mudanya giat menulis, menjadi wartawan pada Utusan Melayu, juga sangat giat dalam politik. Pada tahun 1984 ditinggalkannya jawatan Setiausaha Bahagian apabila dilantik Naib Ketua UMNO Ulu Langat. Bertanding dalam pilihanraya dan menjadi ADUN Kawasan Morib. Sangat lama menjadi Pegawai Khas pada beberapa Menteri Besar Selangor, dari Dato' Harun Idris hingga Tan Sri Hj Muhd Taib. Dianugerahkan bintang Darjah Sultan Abdul Aziz tahun 1993, dan diangkat sebagai Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Selangor. Dilantik menjadi Ketua Satu KEMUDI sejak tertubuhnya pada 6 Julai 1972 hinggalah sekarang.
Sdr. Amiruddin Md Ali Hanafiah, lahir di Segamat, Johor pada 12 November 1965. Terdidik di kota Bharu, Kota Tinggi, Johor dan Universiti Malaya. Kini bertugas sebagai pendidik. Dalam berpersatuan, beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA). Aktif dalam kegiatan belia dan kebudayaan. Sebelum ke Johor, beliau salah seorang pengasas Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan merupakan Naib Yang DiPertua pertama KALAM. Pernah memegang Setiausaha Satu Kelab Sastera DBP. Alamat: 1-B74 Belakang Putra Perdana, Taman Putra Perdana, 47100 Puchong. Tel; 017-8843965.
Setiausaha Kerja: Abdul Aziz Mohd Ali, merupakan bekas Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya (UNION), pernah bertugas di Perpustakaan di Universiti Malaya sebelum bersara. Kini sepenuh masa bersama GAPENA. Alamat: d/a Rumah GAPENA, JKR 734 Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR, Tel: 019-3196560
Setiausaha Sulit Kepada Ketua Satu: Zulkhairi Zainal, (Seperti di laman web: Profil Peribadi/Maklumat Pekerjaan/Maklumat Pendidikan). Alamat: d/a Rumah GAPENA, JKR 734 Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR, Tel: 019-2565761.
ALAMAT KETUA-KETUA SATU BADAN GABUNGAN GAPENA
1. Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) – Ketua Satu: Sdr. Shaidun Haji Shaari, d/a Taman Budaya Negeri, Lot PTD 400, Pumpong, 05250 ALOR SETAR, Tel: 012-4299605; 04-7313850 (P) • Ketua Dua: Haji Osman Ayob, No. 6 Lorong 8, Taman Mewah Jaya, 08000 SUNGAI PETANI, Tel: 013-4230053; 04-4224313 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Syed Mahadzir Syed Omar, d/a Koperasi Penulis, K-145 Rumah Kedai, Taman Wira ‘B’, Mergong, Jalan Sultanah Sambungan, 05350 ALOR SETAR, Tel: 04-7867349 (R).
2. Badan Bahasa Sabah (BAHASA) – Ketua Satu: Dato’ Haji Ismail Abas, Lot 216 Taman Bersatu, Putatan, 88100 KOTA KINABALU • Ketua Dua: Haji Jalidar Abdul Rahim, JHEAINS, Beg Berkunci 103, Wisma MUIS, 88737 KOTA KINABALU, Tel: 016-8389580; 088-222436 (P) • Setiausaha Dua: Sdr Mad Sakiran Hj Sulaiman, Peti Surat 233, Kg Pababag, 80000 SEMPURNA.
3. Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) – Ketua Satu: Haji Yaakub Isa, H. 54 Jalan Karyawan 5, Taman Koperasi Guru, 25150 KUANTAN, Tel: 09-5366396 (R) • Ketua Dua: Haji Saiyed Ahmad Abdullah, E-48 Jalan Indera Segara, 28000 TEMERLOH, Tel: 019-9221361 • Setiausaha Satu: Sdr Mohd Hashim Ismail, 38 Lorong 71, Taman LKNP, Bukit Setongkol, 25200 KUANTAN, Tel: 013-9803871; 09-5143871 (R).
4. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) – Ketua Satu: Haji Mokhtar Md Yassin, 1628 Sungai Rambai, 74460 MELAKA, Tel: 06-2659528 (R) • Ketua Dua: Drs Haji Haron Hj Kidam, C-4819 Taman Anggerik, Kelebang Kecil, 75200 MELAKA • Setiausaha Satu: Sdr Husin Embi, 8988 Taman Wang, Jalan Malim, 75250 MELAKA, Tel: 06-3352737 (R).
5. Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM) – Ketua Satu: Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, K1-02-2 Pantai Hill Park, Fasa III, Jalan Pantai Dalam, 59200 KUALA LUMPUR, Tel: 019-6569304; 03-22840272 (R) • Ketua Dua: YM Datuk Wira Borhan Md Yaman, C-5343 Kelebang Besar, 75200 MELAKA, Tel: 06-3154593 (R) • Setiausaha Satu: Haji Mohd Dali Hj Alias, C-5599 Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, 75150 MELAKA, Tel: 06-2328954 (R).
6. Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) – Ketua Satu: Haji Azidin Mahmud, 103 Taman Bukit Kerajaan, 33000 KUALA KANGSAR, Tel: 012-5501607, 05-7762239 (R) • Ketua Dua: Datuk Haji Khairuddin Hj Arshad, 160B Kg Paya Panjang Hilir, 33700 PADANG RENGAS, Tel: 05-7584228 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Abd Rashid Ahmad Rafie, 92 Taman Sultan Yusuff Izz, 33000 KUALA KANGSAR • Setiausaha Dua: Sdr Itamta Harun, 92A Kg Kuala Karai, 33600 KUALA KANGSAR; Tel: 012-5780975, 05-7577454 • Bendahari: Haji Raja Ahmad Kamar Raja Adenan, 67 Taman Sultan Yusof, 33000 KUALA KANGSAR; Tel: 012-5823255, 05-7763437 (R) • AJK: Mohamed Yusuf Abu Bakar, Dato’ Dr Haji Abu Bakar Shaari, Haji Syed Zakaria Syed Muhamad, Dr Jelani Harun, Haji Mohd Omar Mazar Ali, Noriah Mohd Sharif, Muhd Nordin Mohd Nasir, Mohd Shuhaimi Hj Zubir • Pemeriksa Kira-Kira: Haji Mohd Siraj Yahaya, Haji Ahmad Tajuddin Hashim.
7. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPPBM) – Ketua Satu: Sdr Abdul Aziz Mohamed, 30 Jalan Damai 2, Taman Damai Sungai Abong, 84000 MUAR, Tel: 013-6220696; 06-9548984 (R) • Ketua Dua: Sdr Ali Hj Mohd Yasin, 56A Jalan Haji Abdullah, Batu 2, Jalan Bakri, 84100 MUAR • Setiausaha Satu: Sdr Adam Mohd Noor, 80-4 Jalan Daud, 84000 MUAR, Tel: 012-6255426; 06-9524466 (R).
8. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) – Ketua Satu: Haji Osman Abu Bakar, 113 Pekan Kampung Gajah, 36800 KAMPUNG GAJAH, Tel: 012-5636251; 05-6313727 (R) • Ketua Dua: Puan Salasiah Baharudin, 266 Jalan Pasir Bedamar, 36000 TELUK INTAN • Setiausaha Satu: Sdr Suhaimi Osman, Lot 8374 Lorong Jaya, Kg. Padang Tembak, 36000 TELUK INTAN.
9. Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) – Ketua Satu: Datuk Othman Muhammad, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Tingkat 3 Wisma Persekutuan, Jalan Hang Tuah, 75300 MELAKA, Tel: 019-6675100; 06-2680433 (R) • Ketua Dua: Haji Mohd Raus Haji Md Sam, 62A Taman Elok, Bukit Serindit, 75400 MELAKA • Setiausaha Satu: Sdr Mohd Arshad Ami, JA 7194 Jalan Rose 4, Taman Bukit Tembakau, Umbai, 77300 MERLIMAU, Tel: 06-2619016.
10. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) – Ketua Satu: Dato’ Ahmad Sebi Abu Bakar, Advance Synergy Berhad, Level 3A Menara Milenium, 8 Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 KUALA LUMPUR: • Ketua Dua: Dato’ Haji Baharuddin Zainal, 59-2 Jalan 5/76B, Desa Pandan, 51000 KUALA LUMPUR, Tel: 019-3933936 • Setiausaha Satu: Dato’ Johan Jaafar, No. 44 Jalan 5/64, Bukit Gasing, 46000 PETALING JAYA.
11. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) – Ketua Satu: Haji Salim Haji Taib,59 Lorong Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 SEREMBAN, Tel: 06-6778359 (R) • Ketua Dua: Dr Mahadi Abdul Wahab, 593 Lorong Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya, 70400 SEREMBAN • Setiausaha Satu: Hajah Mahaya Mohd Yassin, 59 Lorong Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, 70400 SEREMBAN, Tel: 06-6778359 (R).
12. Persatuan Penulis Johor (PPJ) – Ketua Satu: Haji Abd Shukor Ismail, 27 Jalan Pangangkutan, 81200 TAMPOI, Tel: 016-7851773; 07-2267707 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Shapi’ai Mohd Ramly, Maktab Perguruan Batu Pahat, Km 7.7 Jalan Kluang, 83000 BATU PAHAT, Tel: 07-4346280.
13. Persatuan Penulis Perlis (3P) – Ketua Satu: Haji Rejab Ismail, Km 3 Tanjung Gorah, Repoh, 01000 KANGAR, Tel: 019-4544855; 04-9768855 (R) • Ketua Dua: Haji Ramli Ismail, No. 4 Lorong Cemerlang 3, Taman Guru Jaya Fasa 3, 01000 KANGAR • Setiausaha Satu: Sdr Nordin Saad, 14 Taman Seri Tunjung, 02400 BESERI, Tel: 04-9384914 (R).
14. Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) – Ketua Satu: YB Dato’ Haji Abd Rashid Ngah, A 194 Lorong Haji Mat Ali, Seberang Takir, 21300 KUALA TERENGGANU, Tel: 09-6664277 (R) • Ketua Dua: Sdr Tuan Syed Mohd Noor Tuan Long, 961 Kampung Kepong, 20050 KUALA TERENGGANU, Tel: 013-9300139; 09-6227767 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Abdul Mubin Ismail, 317 Lorong Batu Putih, Gong Kapas, 21100 KUALA TERENGGANU, Tel: 019-9842204; 09-7866620 (R).
15. Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) – Ketua Satu: Drs Haji Anuar Ahmad, 457 Jalan Meranti, Taman Bersatu, 09000 KULIM, Tel: 019-5626982; 04-4901896 (R) • Ketua Dua: Adenan Samsuddin, 871 Permatang Tinggi ‘A’, 13200 KEPALA BATAS • Setiausaha Satu: Sdr Mahadi Elias, 457 Mukim 9, Tanah Liat, 14000 BUKIT MERTAJAM.
16. Persatuan Penulis Kelantan (PPK) – Ketua Satu: Sdr M. Husdaini Mamat, Lot 333 Perumahan Taman Tanjung Chat, 15300 KOTA BHARU, Tel: 012-9501652 • Ketua Dua: Sdr W. Ahmad @ W. Adnan b. W. Daud, 5473-J Jalan Dusun Muda, 15300 KOTA BHARU • Setiausaha Satu: Sdr Mustaffa Jusoh, Gelanggang Seni, Jalan Mahmud, 15200 KOTA BHARU,Tel: 09-7443124 (R) • Setiausaha Dua: Ab Hadi Yusoff • Bendahari: Usman Ibrahim • AJK: Rosli K. Matari, Haji Abdul Hadi Muhamad, Leo A.W.S., Amy Suzany Mohd Ainuddin, Aziz Mohd Nor, Salmie @ Saad Said, Talib Yaakub, Meriam Awang Lah, Muhamad Yaacob Deraman, Muhamad Saiful Haq Hussein • Pemeriksa Kira-Kira: Zainon Abas, Wan Asyeah Wan Nawang.
17. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) – Ketua Satu: Sdr. Che Leh Che Ya, Kampung Permatang Rambai, 16800 PASIR PUTEH, Tel: 019-9395521; 09-7891940 (R) • Ketua Dua: Sazalee Hj Yacob, 184 Kampung Badak Mati, 16510 KOTA BHARU, Tel: 012-9082276; 09-7832811 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Rogayah Abbas, Lot 1061 Kg. Padang Pak Amat, 16800 PASIR PUTEH, Tel: 012-9517507; 09-7866620 (R).
18. Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) – Ketua Satu: Sdr Awgku Ali Pg. Jumaat, Sek. Men. Teknik, 87007 W.P. LABUAN • Ketua Dua: Haji Othman Mahali, LT 0504 Kg Lubuk Temiang, Peti Surat 81429, 87014 W.P. LABUAN, Tel: 013-8510655; 087-465655 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Alia Atar, Majlis Perbandaran Labuan, 87008 W.P. LABUAN, Tel: 012-8022209.
19. Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI) – Ketua Satu: YB Datuk Hj Abd Samad Maharuddin, d/a Muzium Sultan Alam Shah, Persiaran Perdagangan, 40000 SHAH ALAM, Tel: 03-55192961 (P) • Ketua Dua: Sdr Abu Hassan Ashaari Abas, No. 33 Jalan Dato’ Dagang Satu, Taman Sentosa, 41200 KLANG, Tel: 019-3525456 • Setiausaha Satu: Haji Megat Mohd Saleh, 32 Jalan Budi 10, Taman Budiman, Jalan Morib, 42700 BANTING.
20. Persatuan Penulis Selangor (PPS) – Ketua Satu: Prof Dr Haji Sahlan Mohd Saman, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM BANGI, Tel: 03-89250496 (R) • Ketua Dua: Prof Madya Dr Hajah Siti Zainon Ismail, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM BANGI, Tel: 019-3501896; 03-40222424 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Shahrun Nizal Mohd Nor, Dewan bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 KUALA LUMPUR.
21. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) – Ketua Satu: Sdr Jaafar Abdul Rahim, Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Jabatan Sastera, Tingakt 21 Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 KUALA LUMPUR, Tel: 016-3472726; 03-42571672 (R) • Setiausaha Satu: Sdr Mohd Ikram Mohd Nor Wazir, 33 Jalan 4A, 68000 AMPANG.
22. Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) – Ketua Satu: Sdr Zainal Abidin Suhaili, Bank Mualamat (M) Bhd, Lot 433 & 434, Jalan Bendahara, 98000 MIRI, Tel: 013-8412852; 085-420113 (P) • Ketua Dua: Sdr Poul a/k Nanggang, Lot 2645 Taman Yung Hua, Km 3.5 Jalan Riad, 98260 MIRI, Tel: 085-614010 • Setiausaha Satu: Sdr Jaya a/k Ramba, LAKU Management Sdn Bhd, Lot 907 Soon Heup Tower, 90000 MIRI , Tel: 013-8418190; 085-442043 (P).
No comments:
Post a Comment