MELAYU DAN PALESTIN
(Untuk Abdullah Badawi dan Naib Razak. Haji Hadi Awang dan Nik Aziz. Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Sayuti Omar dan S.H. Alattas . Ibrahim Ali)
Tahun empat puluh tujuh,
Hanya seorang pemuda Melayu,
Membenting dada,
Terkoyak daging tubuhnya,
Jihad bersama umat Palestin.
Sulaiman Palestin putera
Menimba ilmu di bumi Nabi Yusuf,
Kekasihnya puteri Pelestin - Al Aqsa,
Mengajaknya berjihad ke bumi suci,
Bantu umat derita diseksa penjajah.
Kekasihnya gugur dimamah peluru,
Tentera Yahudi ganas lagi zalim,
Hati laranya digonggong ke buminya,
Waja hatinya meneruskan perjuangan,
Bersama para pejuang kemerdekaan
Muslihat jahat Amerika dan British,
Palestin dijajah Yahudi, Zionis,
Ribuan umat Palestin terkorban,
Cacat anggota didera derita,
Angkara manusia tanpa kemanusiaan.
Kini umat Palestin dizalimi lagi,
Angka ribu yang gugur dan cedera,
Amerika Syarikat dalang - petualang,
Mensyaitan - kerakan Yahudi di Al Aqsa.
Tiada lagi putera Melayu berjiwa jihad,
Hanya simpati tanpa tangisan bersama,
Siapalah kita manusia Melayu,
Kuat dan daya laksana puyuh berpupur,
Hanya jerit laung jerkah dunia.
Melayu sejejak umat Islam di sekutah bumi,
Dari hujung negeri hingga ke jungkil dunia,
Warong kopi hingga ke masjid syuhada,
Reda derma duit dan apa yang ada ,
Tanda sedih simpati umat di bumi Al Aqsa.
Doa, sembahyang hajat sama ayat Quran,
Memohon Allah selamatkan mereka,
Umat Palestin tersiksa,
Yatim, janda orang tua meraba,
yang guru ke syurga akhir hijrah.
Melayu bersama umat Palestin,
Umat Islam sekutah alam,
Bersatu teguh tegar iman,
Cipta reka senjata apa saja,
Amankan insan seantero jagat.
Kita umat Islam bukan pengganas,
Sekadar membela diri jaga maruah,
Pertahankan Islam dalam jihad,
Biar tubuh bercerai nyawa,
Berputih mata tidak sekali.
Demi Allah, kami putera Melayu,
Putera Islam rakan insan semua,
Bersaudara sesama insan,
Menjulang kemanusiaan sejagat
Hidup damai, aman sejahtera.
Kuala Terengganu ……………Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment