MANUSIA
Apakah manusia tidak melihat (mengerti), bahawa Kami telah menciptakannya dari air mani? Tetapi lihatlah, dia telah menjadi musuh terang - terangan.
Dibuatnya perumpamaan untuk Kami, dan dilupakannya (asal) kejadiannya. Katanya: Siapa pula yang akan dapat menghidupkan tulang - tulang yang telah hancur luluh.
Katakan: Yang menghidupkannya, ialah yang menjadikannya pertamna kali, dan Dia (Allah) itu Maha Mengetahui segala makhluk. – Yasin: 77 – 79.
HADIS
PENYAKIT
Rasulullah s.a.w. di Tanya: Dapatkah ubat itu menyemnbuhkan sesuatu penyakit? Junjungan bersabda: Allah Maha Suci, ketahuilah bahawa Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit di muka bumi ini melainkan Dia menjadikan ubatnya.
- Perawi: Imam Ahmad.
PETUA
Untuk mengekal dan menambahkan kasih sayang suami isteri, setiap kali hendak keluar rumah, seperti pergi bekerja, berpeluklah erat - erat dan suami mencium dahi dan ubun isteri.
No comments:
Post a Comment