Monday, January 26, 2009

MARUAH BANGSA MELAAYU


MENILAI MADAH TERSIRAT PEMIMPIN

Oleh: Mokhtar Petah

(Hidup memegang amanah, taat setia kepada sumpah, mahu mati memegang janji, mahu binasa memegang petua. Demikian madah Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menmteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan beliau, di akhir Perhimpunan Agung UMNO pada 25 Septeber 2004 )

“Nama saya Mohd.Najib bin Abdul Razak,nama yang agak panjang ini membuat saya gusar hati ketika mendengar ucapan perwakilan darfi Sabah,Tan Sri Pendekar Amin Mulia yang telah menyatakan bahawa beliau perlu menukar namanya kerana beliau nak berjaya dalam politik mesti ada nama yang galamour.

Jadi beliau nak tukar nama beliau kepada Pak Amin.Saya fikir punyai fikir cuba nak tukar nama kepada ‘Pak Jib’,tapi Pak Jib bunyinya tak sesedap ‘Pak Lah’. Mujur saya bukan keturunan Jawa, kalauketurunan Jawa,nama saya ‘Wak Jib’.

Kalau saya pergti ke Kelantan orang panggil saya ‘Pok Jib’.Ada juga nama glamour yang lain,ada orang kata panggil saya ‘Abang Jib’ jangan panggil ‘Ayah Jib’.

Macam-macam pun tak kena. Pangillah saja Najib kerana yang penting,yang mustahak,kita mesra sesame kita.”

Catatan:

Hatinya tegar tegas,

dalam perjuangan.

Budinya luhur,

dalam segenap keadaan.

Kata ayahnya; “semua anak saya jantan,

Najib anak jantan!”

Waris Pahlawan Semantan,

Pantang mundur,

Dalam perjuangan.

“Allah lupa jangan.”

Pesan Tok Bahaman.[1]-mokhtar petah)

“Saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan ribuan terima kasih,setinggi-tinggi penghargaan tidak trhingga kepada siding perwakilan yang telah memilih saya menduduki jawatan Timbalan Presiden tanpa bertanding. Sesungguhnya saya sedar tanggungjawab ini amat besar dan saya menerima jawatan ini dengan perasaan penuh rendah diri.

Saya berharap parea perwakilan akan terus mendoakan supaya Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepda kita semua dalam memikul tanggungjawab demi kesempurnaan parti,kemuliaan agama,kemakmuran bangsa dan kejayaan negara.

Saya juga m,engingatkan kepada diri saya,bahawa dalam menjalankan tugas sebgai Timbalan Presiden parti,saya adalah pembantu utama kepada Presiden.

Barangkali ramai yang tidak tyahu,bahawa saya dengan Yang Amat berhormat Pak Lah mempunayhi hubungan yang sudah begitu lama.

Semasa pentdbiran Allahyarham ayahanda saya,YAB Pak Lah dalam menangani pelbagai isu, terutama sekali dilantik sebagai Setiausaha kepada Majlis Gerakan negara atau MAGERAN yang ditubuhkan sebaik sahaja Peritiwa 13 Mei l969.

Sesunggtuhnya takdir telah menentukan segala-galanya. Kalau lebih 30 tahun yang lalu YAB Pak Lah telah menyumbang khidmat bakti kepada Allahyarham ayahanda saya, kini tiba mgilkiran saya ditakdirkan membantu dan berkhidmat dan setia kepada YAB Datuk Seri Abdullah atau Pak Lah.

Macam kata Tan Sriu Isa,dia tak ada rekod lawan sesiapa,saya pun tidak ada rekod mencabar sesiapa.

Paaak Lah teruskan . Pak Lah, teruskan kerja.Saya tetap akan berada di belakang Pak Lah dan saya bukanlah timbalan yang menyerang dari belakang.

Sungai Pahang airnya deras,

Sudahlah deras berliku-liku,

Antara Pekan dan Kepala Batas,

Kita mendukung hasrat yang satu.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada team Naib-Naih Presiden yang telah dipilih oleh para perwakilan iaiitu,Tan Sri Mohd.Isa Abdul Samad,Datuk Wira Mohd.Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya percaya ketiga-tiga Naib-Naib Presiden ini mempunyai pengalaman yang luas bagi membantu perjalanan parti terutama sekali dalam urusan Jawatankuasa Pengurusan dan setgerusnya membantu YAB Presiden dalam menentukan parti UMNO kita akan terus berjaya sebagai parti yang terkuat di hbumi bertuah ini.

Hati kuman sama dicicah,

hati gajah sama dilapah,

ke bukit sama didaki,

ke lurah sama dituruni.

Yang ringan sama dijinjing,

yang berat sama dipikul.

Saya ingin ambil kesempatan untuk melahirkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya, Tan Sri Muhammad Taib yang telah berkhidmat dengan begitu gigih dan bersemangat walaupun tiada jawatan dalam kerajaan tetapi telah bertungkus lumus membantu jparti terutama sekali sebagai ketua penyelaras waktu pilihan raya kecil.

Sebgai ketua penyelaras di Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Terengganu,Tan Sri JMuhammad Taib berada di sana dua minggu berturut-turut.Cuma satu hari dia minta cuti pada saya, untuk caj beterinya.

Saya cuba hendak menyentuh satu perekara berhubung urusan parti yakni dalamsoal peraturan yuran yang boleh dibnuat di cawangan sebelum menyuarat cawangan diadakan.

Peraturan baru ini,dibuat untuk tujuan yang baik kerana kita dapati,bahawa banyak ahli UMNO tidak sempat membayar yuran kerana terlalu sibuk dengan urusan pilihanraya dan juga kita berkehndakkan penyertaan yang meluas.

Namun oleh keran masalah-masalah tertentu berbangkit yang kita tidakduga dan atas hasrat perwakilan,maka kita akan panda peraturan ini supaya pembayaran yuran akan dibuat seperti biasa,iaitu pada 31 Disember setiap tahun atau satu tarikh yang ditetapakan oleh Majlis Tertinggi.

Berkenaan dengan soal FELDA,dalam hal ini saya yang telah diberi tanggugjawab oleh Perdana Menteri ke atas urusan FELDA,saya dapati, bahawa keadaan dalam FELDA ini merupakan satu program reformasi tanah yang paling berjaya di dunia.

Wakil dari Kedah sebut waktu perbahasan usul Islam Hadhari pagi tadi,bahawa waktu peneroka datang,mereka datang dengan sehelai sepinggang,dengan tikar mengkuang segulung. Itulah gambarannya.

Setelah diberi tempat di FELDA,tengok hari ini corak hidup 103,000 keluqrga FELDA di seluruh negara.

FELDA,insya Allah, dalam proses mereunding mperkara ini dengan penereoka-peneroka FELDA di mana kita akan men yuumbang keapda sasaran tiap-tiap bulan yang lebih tetap,lebih terjamin dan lebih tinggi daripada jumlah yang dinikamti oleh peneroka.

Kita tidak bercadang untuk memeodenkan ousat-pusat pertumbuhan ekonomi.Setiap rancangan FELDA kita akan melihat potensinya dan kita juga akan memberi tumpuan kepada anak-anak FELDA supaya mereka akan dapat latihan vokasional yang lebih meluas lagi.

Saya sudah mintan pengurusan FELDA untuk menggariskan satu perancangan di mana setiap anak FELDA yang tak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti,kepoliteknik,hendklah diberi latihann vokiasional dan teknikal yang sewajarnya.

Satu prinsip yang amat serius yanhg akan menentukan kejayaan kita ataupunn tidak daalam memartabatkan dan meningkatkan maruah bangsa, ialah nilai murni yang perlu dihayati oleh kita pejuang bangsa.

Tidak cukup bagi kita hanya memiliki pemikiran yang hebat atau kemahiran yang hebat atau pengalaman yang hebat sedangkan nilai yang kita amalkan ialah nilai yang rendak,nilai perosak atupun nilai yang buruk.

Nilai-nilai seperti inilah yang akan menggagaslkan semua cita-cita dan hasrat dan harapan bangsa apabila tidak dibendung.

Sejak Datuk Seri Pak Lah mengambil alih pimpinan negara,Yang Amat berhormat telah menekankan betapa pentingnya kita memperjuangkan usaha-usaha meninggikan lagi integriti dalam kerajaan,dalam semua lapisan masyarakat kita.

Saya percaya,inilah salah satu daripada faktor yang telah menyebaknan kemenangan yang begitu cemerlang dalam pilihanraya umum ke- 11 yang baru lalu.

Jika itulah keadaannya,jika kita telah dapat atau cuba menerapkan nilai-nilai intergriti di dalam kerajaan,di dalam badan-badan yang lain mengapa pula tidak kita cuba menerapakan di dalam UMNO kita sendiri sebagai parti (politik) yang berkuasa.

Saya sedar, bahawa perkarea ini bukanlah mudah untuk diperjuangkan. Saya juga mengambil kira pandangan para perwakilan.

Saya juga ambil kira apa yang disuarakan oleh Menteri Besar Pahang,Dato’ Seri Adnan Yaakob sebentar tadi tentang perlunya ada definisi terperinci tentang politik wang yang boleh dijadikan panduan kepada para perwakilan.

Perkara ini insya Allah kita akan kaji. Majlis Tertinggi UMNO akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi supaya pe,milihan yang akan datang akan berjalan dengan lebih teratur lagi supaya melalui usaha ini UMNO akan lebih dihormati sebagai parti yang bermaruah.”

Catatan:

Pada hari pertama Perhimpunan Agung UMNO,saya telah bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran,Dato’ Dr Mahadhir Mohd.Khir di lobi hotel dekat Bangunan UMNO.Beliau menunjukkan ‘kad nama’nya sebagai calon anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Beliau jujur dalam perjuanganya.Tidak ada sekeping wang kertas di tangannya.

Tidak lama kemudian,saya dijemput oleh seorang egen dari seorang calon. Orang itu tidak kenal siapa saya.Dia tahu saya adalah salah seorang dari orang-orang UMNO yang hadir.

“Encik tolong kempen,…ini wangnya,”katanya sambil mengunjukan kan nama calon dan wang kertas RM50.kira-kira seribu ringgit.

“En,minta maaf,saya bukan ahli UMNO,”kata saya.Dia tercengang bila saya tunjukkan ‘Press card’ saya, dia lalu

pergi.

Di sebuah hotel di Pudu telah menjadi gedung wang – wang politik untuk politik wang.Egen-egen berpusu ke sana secara senyhap-senyap.

Pada hari saya melawat ke Kuala Rumpin, seorang ahli UMNO memberitahu saya, “Wang beribu-ribu dalam jamban” pada pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Pekan.

Entah benar entak tidak,saya tidak pasti.Tetapi yang saya khuatirkan kalau-kalau ,enyimpang daripada kata-kata ‘Abang Najib’, “UMNO akan lebih dihormati sebagai parti yang bermaruah”

Saya dapati perkara ini ‘serius’. Mereka telah melanggar pesanan dan nasihat Presiden UMNO dan Perdana Menteri.Saya kira elok kita meneliti seddutan sebuah artikal seperti

berikut:

‘…isu politik wang yang memang menjadi bualan sebelum pemilihan berlangsung terus menjadei buah bicara banyak pihak walaupun Perhimpunan Agung UMNO telah melabuhkan tirainya hampir sebulan lalu.

Bebrapapihak yang agak lantang dan terus meembangkitkan isu politik wang ini sering dikaitkan sebagai golongan kecewa dengan kekalahan yang mereka alami dalam pertandingan berkenaana, walaupun tindakan mereka itu mungkin jujur demi penyelamatkan UMNO daripada terus bergerak atas landasan kuasa wang.

Maka timbulan bebeapa saranan supaya mengkaji semula cara pemilihan perwakilan keperhimpunan agung bagi membendung politik wang,melihat semula peranan pasukan pemantau khas yang diwujudkan,malah menilai sejauh mana ketelusan Lembaga Disiplin UMNO.

Isu politik wang dalam, pemilihan parti baru lalu adalah isu serius yang jika silap cara menanganinya bolehmenyebabkan tragedi pengharaman UMNO pada Februari 1988, berulang kembali.

Berdasarkan perundangan semasa negara, sebarang dakwaan rassuah termasuk politik wang dalam UMNO boleh disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan jiakan BPR mula campur tangan secara serius pasti ramai pemimpin UMNO yang ‘terjerat’ daan ‘terlekat’.

Apabila adanya ‘gertakan nakal’ melalui SMS terhadap pemimpin tertentu yang dilihat terus lantang membicarakanpelbagai salah laku dalam UMNO,ia bolehmengundang pula kesan politik yang lebih besar kepada UMNO secara keseluruhannya.

Sememangnya sukar menangani gejala rasuah dalam politik.Hampir setiap parti politik di dunia ini berdepan dengn masalah ini dalam skala keseriusan yang berbeza.Hakikatnya bukan mudah ujntuk membuktikan orang itu bersalah terbabaiat dalam politik wang kerana semu pihak yang terbabit sering memegang prinsip ‘pandai makan pandailah simpan.’[2] -mokhtar petah.

Merah-merah semarak api,

di dalam paya pohon berduri,

Marah-marah bukanku benci,

Agar bangsa tegak berdiri.

Sidang perwakilan sekalian,terdapat banyak saranan bernas yang telah diajukan oleh perwakilan termasuk langkah-langkah yang boleh diambil untuk memantapkan lagi perjuangan agenda Melayu

Gagasan orang Melayu tidak kira ahli politik, teknokrat, ahli perniagaan, cedekiawan, pentadbir kerajaan terlibat sama dalam perjuangan ini, saya fikir amat tepat sekali.

Wakil wanita telah menyatakan,bahawa langkah Laksamana Hang Tuah telah menyebut, “Tak Melayu hilang di dunia” dan dianggap agenda pertama orang Melayu.

Tetapi adakah itu adalah agenda atau hanyalah kata-kata keramat.Pada hemat saya sebarang agenda mesti diasaskan dengan matlamat yang jelas,perancangan yang jiitu,strategi yang tepat,dan pelaksanaan yang tegas lagi berkesan.Sebab itulah mungkin ‘Tak Melayu hilang di dunia’,teta[I awas Melayu boleh tenggelam secara perlahan-lahan tanpa disedsri di buminya sendiri.Maka itulkah sebabnya perhimpunan telah bersuara,ketetapan telah dibuat,agenda Melayu hendaklah diutamakan.

Perahu sudah di air,dayung telah di tangan,maka marilah kita sama-sama bertindakkk memperkasakan orang Melayu. Insya Allah selepas persidangan ini, di bawah pimpinan Datuk Seri Presiden, kita akan menggerakakan jentera UMNO dan kerajaan untuk mengisi agenda Melayu,seperti harapan besar perhimpunan ini.

Catatan

Berhubung dengan agenda Melayu,saya kira setiap ahli UMNO eloklah merenung kebelakang,iaitu pada tahun 1965. Pada tahun itu Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah bercakap banayak mengenai hak orang Melasyu menerusi ucapan terbuka,te,mu bual yang disiarkan oleh radio,televisyen, pebadanan berita, surat khabar dana majalah dalam dan luar negara Singapura.

Berikut ini saya memaparkan cabutan daripada kata-kata Lee Kuan Yew untuk kita jadikan ‘jadam itu ubat’ dan ‘Tak semua cubitan itu sakit’.

“….perjalanan politik kami yang berbilang bangsa dan keturunan,yang terdapat di dalamnya persoalan-persoalan mengenai dasar-dasar social dan ekonomi dan bukan seruan-seruan ‘Orang Melayu bersatu’ atau ‘Orang-orang China bersatu’ atau ‘Orang-orang India bersstu’- adalah begitu rupa hingga menimbulkan keriuhan yang besar di kalangan orang-orang Melayu yang ‘ultra’,pejuang-pejuang kebangsaan yang ultra.” (Temu bual Lee Kwan Yew dengan (New Zealand Broad Casting (NZBC) pada 30 Mac 1965).

Bantahan saya bukan terhadap adanya hak-hak istimewa (Orang Melayu)ini,tetapi hak-hak istimewa ini tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya. Bagaiamana langkah memberi lesen-lesen bas atau lesen-lesen untuik menjalankan syarikat-syarikat bas kepada satu dua keluarga Melayu dapatg menyelesaikan masalah kemiskinan orang-orang Melayu? …di Australia dan New Zealand,semua peladang orang-orang yang mewah. Mengapa pula di Malaysia semua peladang orang-orang miskin?” (Soal jawab Lee Kwan Yew dengan pelajar-pelajar Malaysia di Adelaide,Australia pada 29 Mac 1965)

“Politik perkauman dapat dijalankan di Malaya lama, kerana sugguhpun orang-orang Melayuu ahanya 50 peratus daripada jumlah bilangan penduduk,mereka itu ialah 65 peratus daripada jumlah bilangan poengundi-pengundi.Siapa sahaja mendapat kelebihan suara dalam pilihanraya dengan sendirinya memegang kuasa dalam negeri. Tetapi hal yang demikiana ini tidak dapat dijalankiana di Malaysia.”(Sidang akhbar Lee Kwan Yew di Adelaide, pada 30 Mac,2965)[3] –mokhtar petah)

“Di sini saya kira sudah tiba masanya untuk Majlis Tertinggi UMNO sebagai badan pembuat dasar terpenting di dalam parti,kembali menjadi penggerak dan pemangkin dalam memikirkan langkah-langkah konkrit dan strategic. Kita boleh gunakan biro-biro dalam Majlis Tertinggi yang perlu diaktifkan pada tahap yang lebih hebat.

Supaya kita boleh menggembelengkan tenaga pemikir-pemikir di dalam parti,di luar parti untuk mjerumuskan strategi pendekatan yang lebih berkesan agar harapan perhimpunan agung ini dapat kita laksanakan dengan jayanya.

Biarlah di akhir persidangan ini kita sekali lagi merakamkan pernyataan tekad kita khususnya,kerana inilah persidangan di mana kita telah meletakkan,menobatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Bavdawi menjadi Presiden parti.

Dengan berikrar untuk mendokong keputusan parti bersama-sama Pak Lah dalam setiap keputusan yang dgiambil dan berikrar untujk meninggalkan setiap amalan yang boleh melemahkan parti dan mengorbankan kepentingan parti,bangsa dan negara.

Bak kata orang tua-tua, “Hidup memegang amanah”, “Taat setia kepada agama”, “Taat setia kepada sumpah”, “Mahu mati memegang janji”, “Mahu binasa memegang petua”, “Mahu melarat memegang amanah”, “Cekapnya dapat dipegang” dan “Janjinya boleh disandang”.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadfa semaua pihak yang telah menjayakan persidangan kita.

Kepada seleuruh tenaga Ibu Pejabat UMNO yang bekerja bertungkus lumus di sepanajangm perhimpunann kita pada kali ini,juga saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilkihan yang telah mengawal selia pemilihann dengan begitu licin tanpa menimbul sebarang masalah.

Begitu juga dengan Jawatanakuasa Usul,anggota-anggota keselamatan dan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepda kejayaan perhimpunan kita.

Terima kasih di atas perhatian sidang perwakilan.

Doa saya agar Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan agfenda Melayu yangmulia ini.

Saya doakan agar kita semua dirahmati Aalalaha.

Kalau ada sumur di ladang,

boleh kita menumpang mandi,

kepada semua perwakilan yang datang,

boleh kita berjumpa lagi.



[1] Petah Wazan Iskandar, 2004, PERLEMBAGAAN UMNO, Kuala Lumpur, YAMM, hlm: vi.

[2] Zamri Misman,11 Oktober 2004, UMNO LEMAH JIKA AHLI GHAIRAH DEDAH KEKURANGAN, Kuala

Lumpur, Berita Harian, hlm:11.

[3] Lee Kuan Yew,1965, MALAYSIA DALAM ZAMAN REVOLUSI, Singapoura,Kementerian Kebaudayaan,hlm:62,64.

No comments: