KESEDARAN MENCEGAH JENAYAH
ROGOL
(sambungan dari minggu lalu
[Kami menyiarkan panduan mencegah jenayah rogol yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah
ROGOL
TIDAK BOLEH
ROGOL adalah satu perbuatan yang ganas. Rogol berlaku apabila seseorang tidak rela atau dipaksa melakukan sekas. Rogol mencabuli tubuh mangsa. Rogol adalah mengenai kuasa dan kawalan penggunaan seks dan keganasan sebagai senjata.
Rogol boleh berlaku kepada sesiapa sahaja - kanak - kanak, pelajar, isteri, ibu8, wanita bekerja, orang tua, yang kaya dan miskin, dan juga pada golongan lelaki.Kebanyakan kejadian rogol telah terlebih dahulu dirancang dan melibatkan orang yang dikenali mangsa termasuk rakan sekerja dan sahabat handai.
PEROGOL pula boleh terdiri daripada sesiapa sahaja – rakan sedarjah, rakan sekerja, jiran atau penghantar pesanan barangan, sahabat, anggota keluarga atau penjaga. Tidak kira mereka hodoh atau menarik, pemalu ataupun periang. Sebahagian besar kes rogol melibatkan orang yang mangsa kenali dan percaya. Mereka kelihatan biasa sahaja, mempunyai pekerjaan dan berkeluarga. Antara yang pernah disabit kesalahan ialah jurutera, pelajar, keranai, polis dan guru.
Janayah rogol juga termasuk sumbang muhrim, iaitu apabila seorang ahli kelaurga yang mempunyai pertalian darah ataupun melalui hubungan perkahwinan dengan mengsa melakukan rogol terhadap saudaranya itu. Dalam kes ini selalunya perogol adalah lebih tua daripda mangsa. Kebanyakan mangsa berumur bawah daripada 16 tanhun.
PEROGOL biasanya akan terus melakukanjenayah rogol sehinggalah mereka tertangkap.
KEBANYAKAN KES ROGOL BOLEH DICEGAH
Gunakan Logik
* Berjalan dengan penuh yakin dan dengan tujuan yang khusus.
* Berhati – hati dan sensitif kepada persekitaran.
* Jangan berada di bawah pengaruh minuman keras dan dadah.
* Percaya kepada kata hati. Jika rasa pesekitaran tidak selamat,
tinggalkan tempat tersebut. Dapatkan teman atau pengawal
keselamatan untuk menemani anda apabika ke tempat gelap atau
berjauhan, khususnya pada waktu malam seperti tempat letak
kereta, tandas dan tempat kerja selepas waktu kerja.
* Simpan penyembur pemedih mata di dalam kocek
Untuk melindungi diri anda.
* Gunakan lif atau eskalator, jangankan gunakan tangga seorang diri.
* Jika menaiki teksi, ingat nombor pendaftaran teksi tersebut dan
maklumat diri pemandu tersebut.
* Segera menghubungi rakan atau ahli keluarga jika merasakan
Sesuatu yang tidak benar.
* Jangan ikut kenalan ke tempat terpencil.
* Jika berjalan seorang diri dengan menggunakan pengangkutan awam di
waktu malam, duduk berhampiran pintu keluar, juga ingat jadual
perjalanan termasuk nombor pendaftaran kereta dan maklumat
pemandu.
* Berjalan ke arah jalan yang sibuk dan kawasan yang mempunyai ramai
orang jika merasa ada orang mengekori anda.
(Bersambung Jumaat depan).
No comments:
Post a Comment