JIHAD MEMBELA ISLAM
MENOLAK HUDUD ANTI MELAYU
(Oleh: Mokhtar Petah)
Siapa sahaja dari rakyat Malaysia - mereka yang bukan Islam dan beragama Islam - yang menolak undang - undang hudud, adalah sama dengan perbuatan memusuhi orang Melayu dan umat Islam.
Jika ada mereka dari parti - parti politik di Malaysia yang menentang undang - undang hudud, menurut pandangan Islam, mereka itu menentang hukum Allah dan musuh orang Melayu dan umat Islam, krana semua orang Islam wajib mengamal dan menjalankan hukum Allah.
Jika menentang hudud , mengikut ajaran Islam, bukan sahaja mereka dari parti - parti pembangkang menjadi musuh orang Melayu dan umat Islam, bahkan mereka dalam parti politik orang Melayu pun memusuhi bangsa Melayu dan umat Islam.
Undng - undang hudud bukan milik PAS dan bukan milik individu yang beragama Islam, tetapi ia adalah hukum yang wajibkan oleh umat Islam - pemerintah Islan - mengamalkan, kerana undang - udang itu lebih baik dari semua undang - undang ciptaan manusia.
Undang - undang hudud dalam Islam adalah ciptaan Allah. Undang - undang itu lebih baik dari undang Rom, Inggeris, Amerika atau mereka yang menganut kapitalisme, sosialisme, komunisme dan sebagainya.
Islam seperti berdasarkan dalam Quran, bahawa undang - undang Rom (termasuk Inggeris, Amerika dan lain) adalah Taghut .
Orang - orang bukan Islam di seluruh dunia memang nampak dan percaya seperti orang - orang Yahudi juga, iaitu untuk menjatuhkan umat Islam, maka semua hukum Islam mesti disekat atau dihancurkan, kerana kekuatan umat Islam bergantung kepada hukum atau undang - undang Islam.
Walaupun PAS memperjuangan Islam dan mahu melaksanakan undang - undang hudud, tetapi Islam dan undang - undang hudud bukan milik PAS sahaja, tetapi milik mereka dalam UMNO, orang - orang Islam Parti Keadilan Rakyat, DAP dan parti - parti lain dan wajib dilaksanakan bersama
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan semua individu dalam PAS, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua individu Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat dan Da Datuk Seri Abdullah Aahmad Badawi, Datuk Seri Najib tun Razak dan semua individu dalam UMNO wajib mengguna pakai - mengamalkan undang -undang hudud.
Karpal Singh, Lim Kit Siang dan semua orang bukan Islam di Negara ini tidak boleh menentang undang - undang hudud selagi mereka taat kepada negara ini, Raja - Raja Melayu dan masih tidak menentang orang Melayu yang beragama Islam.
Mereka itu rakyat Malaysia dan rakyat Raja - Raja Melayu - Yang Dipertuang Agong - mereka tidak boleh menentang sebarang hukum dalam Islam, kerana undang – undang itu pelengkap kepada orang Islam yang taatkan Allah.
Jika Malaysia berubah kepada Negara Islam, maka Undang – undang hudud - bunuh, mencedera orang, curi, rompak, zina , arak dan lain lagi - , tidak akan dijalankan ke atas orang Islam sahaja, tetapi semua orang yang menjadi rakyat Melaysia yang melakukannya.
Undang - undang hudud tidak menyiksa dan menekan sesiapa. Ia adalah batas sempada kepada manusia dari melakukan kesalahan yang tertakluk dalam hukum hudud. Siapa yang tidak melakukannya tidak akan dikenakan hukum tersebut.
Sama juga dengan undang - undang jenayah yang kita amalkan sekarang ini. Undang - undang itu berjalan atau kuasa atas mereka yang melakukan jenayah. Mereka yang tidak melakukan tidak dikenakan undang - undang itu.
Pada zaman silam, orang - orang Cina yang telah berhijrah ke Tanah Melayu adalah rakyat negeri Cina yang mengamalkan undang – undang di
Demikian juga orang – orang dari
Mereka itu tidak menentang kerana ada dua sebab pada diri mereka: 1 – Sayangkan orang Inggeri, dan 2 – Kerana hendak menumpang untuk hidup.
Tetapi keturunan mereka pula menolak undang - undang hudud yang hendak dilaksanakan oleh orang Melayu dan Islam, kerana ada tiga sebab pada diri mereka, 1 – Mereka bukan manusia pendatang (keturunan pendatang) di Negara ini, 2 – Mereka rasa mereka telah boleh majadi tuan di negara ini, dan 3 – Halang hukum Islam termsuk hduud, maka akan terhalanglah orang Melayu dari menjadi satu bangsa yang kuat dan berdaulat.
Undang hudud adalah peraturan yang paling adil berbanding dengan undang – undang yang diamalkan di mana – mana termasuk negara kita ini. Contohnya
. Undang – undang sekarang, orang yang membunuh
dihukum. Biasanya hukum gantung samapai mati.
Hukuman itu tidak boleh dibatalkan dari dilaksana
walaupun waris mangsa mengampunkan si
pembunuh itu.
. Undang – undang hudud, pembunuh yang dihukum
bunuh boleh dibatalkan hukuman, jika waris mangsa
bunuh itu mengampunkan dan meminta bayaran
atau pampasan yang berpatutan.
. Undang – undang sekarang, orang yang
mencederakan orang lain, dikenakan hukuman
penjara atau denda atau kedua-duanya, walaupun
waris mangsa mengampunya.
. Undang – undang hudud, hukumannya: Kalau
dicederakan hidung, di balas dengan hidung, telinga
menuntut paampsan yang berpatutun, maka
hukuman itu diketepikan dan dikenakan ke atasnya
membayar diyat kepada wartis mangsa.
Perhatikan, undang - undang yang ada sekarang tidak menguntungan pihak mangsa tetapi menguntungkan piahak kerajaan, iaitu denda dibayar kepada kerajaan bukan kepada waris si mangsa.
Mungkin golongan muda bukan Islam – Cina dan
Pada umumnya mereka yang berpelajaran tidak menentang hukum Islam dan hukum hudud, kerana mereka amat mengetahui, bahawa undang – undang bukan menekan, tetapi menghalang man usia dari melakukan kejahatan dan seumpamanya.
Golongan muda Melayu yang berpegang kepada Islam, ada alternantif bagi mereka, iaitu menolak undang – undang ciptaan orang Barat dan menerima hukum Islam.
Mereka boleh menolak orang Melayu dan parti politik yang menentang hudud dan undang – undang Islam dan menerima atau meyokong parti yang menegakkan Islam dan mengamalkan undang – undng Islam termasuk hudud.
Pendeknya para belia Islam yang taatkan Allah boleh atau telah wajib berjihad (bukan angkat senjata atau melakukan keburukan) dengan memilih individu dan parti yang mahu menegakkan negara dan undang – undang Islam dan menolak mereka yang menentang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak di Kolej Melayu hingga pada masa memimpin Angkatan Belia Islam (ABIM), adalah wajib baginya meneruskan perjuangan itu dan menyokong unsaha untuk melaksanakan perundangan Islam dan hudud.
Kalau Anwar Ibrahim menolak dan berdiam diri, maka nilai perjuangannya kini telah merosot dan boleh anggap dia bukanlah mujahid Islam lagi.
(Selesai)
No comments:
Post a Comment