Friday, January 23, 2009

SAINS POLITIK

(sambungan minggu lalu)

PENYELARASAN KUASA DAN HUKUM

Oleh: Mokhtar Petah

Negara Islam mempunyai sistem perundangan mengikut Quran.Semua perintah, hukum dan pentunjuk dalam Quran hendaklah dituruti. Ertinya tidak boleh ditolak atau dibangkang. Hukum atau undang – undang dalam Negara Islam boleh ditegur atau dubah suai ialah hukum atau undang - undang yang tidak ada dalam Quran dan Hadis, iaitu diwujudakan dengan kepututan Ijmak Ulama.

Contohnya mahar atau mas kahwin, tidak ditentukaan dalam Quran dan Hadis.Biasanya dilaksanakan mengikut tradisi umat Islam setempat atau ditentukan oleh Ijmak Ulama sekadar RM200, maka boleh bangkang atau diubah dengan menentukan kadar yang sesuai.

Kuatkuasa perundangan atau hukuman atas seluruhh negara. Tidak ada perbezaana di antara satu negeri dengan satu negeri dalam negara itu. Tetapi negara kita yang tidak mengamalkan perundangan Islam, tidak melaksanakan perundangan atau hukumann itu secara sama. Ada negeri berbeza dengan negeri lain. Di antaranya undang rumah tangga Islam.

Contohnya mengenai undang - undang poligami, ada negeri mewajibkan suami yang hendak melakuakan poligami meminta izin dari isteri pertamnya, ada negeri tidak demikian.

Baru-baru ini berlaku kejadian, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan senaman ala yoga, tetapi negeri - negrei tidak mematuhimya atau ikut mengharamkan seblum mendapa persetujauan Majlis Igama Isamm Negeri dan perkenang dari Sultan dan Yamn Tuan Negeri.

Negeri Sembilan mengamalakan undang - undang adat perpatih berhubungan dengan harta pusaka , tetapi di negeri - negeri lain mengikut yang ditunjukkan dalam Quran. Perbezaan yang demikian tidak wujud dalam Negara Islam.

Di negara kita ada perpecahan dalam menggunakan undang - undang Islam atau syariayah antara satu negeri dengan satu negeri. Hal ini berlakau kerana adanya immunity (kekebalan) Raja (termasuk Yam Tuan) atas agama Islam di negeri masing – masing.

Negara Islam tidak ada immunity (kekabalan) paada Raja, kerana kuat kuasaanya di atasa, iaitu pemerintah pusat.

(Bersambung kepada mainggu depan)

No comments: