TANAH MILIK MELAYU DI RAMPAS?
TITAH RAJA NAZRI SEDARKAN ORANG MELAYU
Oleh: Mokhtar Petah
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menimbulkan 400,000 orang Cina, di pinggir hutan berpindah ke kampung- kampung baru pada zaman penjajah Inggeris, sekitar tahun 1948, iaitu zaman Tanah Melayu di bawah undang–undang darurat.
Langkah itu dilakukan oleh – tentunya pegawai–pegawai tinggi Inggeris yang berjiwa dan semangat Yahudi, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dan setelah dia ditembak mati oleh gerila Melayu Rajimen ke–10, di jalan Bukit Fraser, Sir Gerald Templer telah menggantikan tempatnya.
Sir Henry Gurney yang amat dihormati oleh para pemimpin UMNO pada zaman itu, adalah bekas Setiausaha Negara bagi negara Palestin yang dikuasai oleh penjajah Inggeris.
Dia adalah tokoh penjajah Inggeris yang menjalankan peranan sehingga Yahudi menduduki dengan mendapat hak di bumi Arab – Palesti pada tahun 1947, dia adalah bertanggungjawab membantu pengganas gerombolan Yahudi yang melakukan kezaliman ke atas umat Arab, kebanyakannya Muslim, di Palestin, termasuk di Sattela.
Kesedaran Raja Nazri itu adalah kesedaran orang Melayu dan menyedarkan seluruh orang Melayu yang sedang mempertahankan ketuanan Melayu.
Baginda telah bertitah pada ketika merasmikan penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga, di Pusat Dagangan Dunia Putra,
Saya tidak tahu, sama ada Baginda bertitah itu setelah ‘rasa sedih’ Kerajaan Perak, bahawa DAP, PAS dan PKR – Pakatan Rakyat -, yang mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk–penduduk semua kampung baru di seluruh negeri itu.
Menteri Besar, Dato Sri Ahmad Nizar Jamaluddin – seperti ditekan oleh pihak DAP dengan mudah mengikut kehendak mereka dan mencapai keputusan dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri meluluskan untuk memberi hak milik kekal tanah di kampung–kampung baru yang kebanyakannya, terutama di Hulu Perak adalah tanah hak Melayu, iaitu simpanan Melayu.
Saya telah menulis mengenai masalah tanah itu untuk surat khabar Siasah. Mungkin sedikit hari lagi artikel itu disiarkan.
Sama ada Baginda sedar atau tidak, tetapi Sultan Perak, al marhum Sultan Idris Shah telah sedar, bahawa semua tanah di semua kampung baru di Hulu Perak adalah tanah simpanan Melayu.
Semenjak zaman penjajah Inggeris lagi semua tanah di muka bumi Hulu Perak, iaitu dari sempadan Hulu Perak dengan Kuala Kangsar, di Jenalik Hulu adalah tanah simpanan Melayu.
Diharapkan Raja Nazri meneliti hal ini dan mengambil tindakan agar tanah simpanan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tidak terlepas kepada orang–orang bukan Melayu.
Tuanku, apalah ada lagi pada orang Melayu; tanah sekangkang kera terlepas kepada orang lain. Yang ada pada Melayu, hanyalah air; menangis berair mata. Lapar tak makan, buntut keluar air. Yang tentu ada pada orang Melayu, ialah air mata dan air pada ketika buang air kecil cuma. Ampun Tuanku. Patik Putera Negeri Perak, sekadar memohon kesedaran Tuanku cuma.
(Habis)
No comments:
Post a Comment