Saturday, January 31, 2009

PEMIMPIN DAN RAKYAT

LAKSANA BUAYA DENGAN KEDIDI

Oleh: Mokhtar Petah


Putrajaya, Sabtu: Setiap manusia memerlukan manusia yang lain, begitu juga pemimpin dan orang kaya memerlukan orang lain laksana buaya dengan burung kedidi saling memerlukan, demikian Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Misrah Ibrahim berkata hari ini.

“Manusia perlukan manusia yang lain, macam buaya perlukan burung kedidi untuk membersihkan giginya dan kedidi perlukan buaya untuk mendapatkan makanan dari tahi gigi buaya itu,” katanya.

“Buaya dan kedidi saling kerjasama, buaya tidak memakan kedidi, sebaliknya kedidi membantu buaya, jika ada manusia dating ungtuk membahayakan buaya, kedudukan akan berbunyi dan buaya lari ke dalam sungai,” katanya lagi.

“Guru perlukan murid-murid, pemimpin perlukan manusia pengikutnya untuk kekuasaannya dan orang kaya perlukan orang miskin untuk tujuan kekayaannya,” tambahnya.

Menurutnya, walau bagaimana super power manusia, dia memerlukan orang ramai bagi tujuan kekuasaannya, kalau tidak negaranya tidak akan mencapai kejayaan dalam semua bidang dan dia tidak akan berjaya dengan super powernya.

Beliau telah berkata demikian dalam ucapannya kerana merasmikan Hari Keluarga warga Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, yang diadakan di Taman Wetland, di sini pada pagi ini.

Misrah Ibrahim telah mengakui, bahawa kemiskinan tidak akan dapat dihapuskan sampai bila - bila, kerana kalau tidak ada kemiskinan, maka kekayaan pun tidak akan mencapai kejayaan kerana tidak ada orang miskin yang membantu orang kaya.

Beliau telah menyatakan tidak puas hatinya terha, hanya menumpukan kepada buku pelajaran yang mereka pelajari sahaja, yang menyebabkan mereka seperti tidak terdaya mencapai tahap golongan cendekiawan.

Dalam pertemuan dengannya setelah beliau berucap, beliau telah menjelaskan tentang betapa kekusaan dan kepandaian Allah mencipta air tawar dan air masin yang mengalir dan bertemu ‘antara keduanya ada batas yang tidak dilampauinya’ seperti dalam Quran, surah Ar Rahman: 20.

Begitu juga tentang Allah menjadikan Tiga Segi Bermuda, sebagai benua jin yang hingga sampai pada hari ini temoat itu menjadi mistri.

Menurutnya, sejak dua puluh tahun lalau beliau telah mngumpulkan bahan-bahan tulisan dari para cendekiwan dunia dan berharap akan dapat ditulisnya sebuah buku untuk berkongsi pengetahuan dengan orang ramai.

Hari keluarga trsebut dipenuhi dengan berbagai acara suka, riadah dan juamuan makan yang dapat menjadikan semua keluar dari warga Bahagian Pendudukan Guru sebagai satu keluar besar yang akan mendatangkan banyak faedah.

Di bawah ini adalah gambar – gambar sekitar Hari Keluaga BPG tersebut

No comments: