Saturday, January 24, 2009

WARTAWAN

(sambungan dari minggu lalu)

WARTAWAN WAKIL MASSA

Oleh: Mokhtar Petah

Setiap wartawan dan penulis adalah menjadi wakil masyarakat umum atau massa. Mereka bertugas untuk massa. Menyampaikan perkhabaran, ilmu pengetahuan dan sebagainya kepada massa.Maka sebagai wakil massa, mestilah ada amanah dan akhlak atau etika agar massa tidak keliru dan hilang kecerdikan mereka.

Maksud massa hilang kecerdikan, ialah dengan berita atau artikel yang ditulis oleh wartawan atau penulis yang berat sebelah atau tidak beretika boleh mengelirukan massa.

Dalam mana - mana negara yang berserabut dengan suasana politik, ekonomi dan social, biasanaya kerajaana atau pemerintah dan parti mereka memainkan peranan mengelirukan rayat agar kedudukan mereka kukuh atau terus memerintah.

PARTI POLITIK

Walau pun keadaan parti politik pihak kerajaan telah lemah tetapi dengan menggunakan wartawan yang tidak jujur dan tidak beretika, mereka menyebarkan berita kepada orang ramai atau massa kononnya kedudukan mereka masih kuat.

Tetapi wartawan dan penulis yang beretika tidak mahu menulis demikian.Mereka menulis sesuatu yang benar.

Contohnya seperti dalam UMNO hari ini, kebanyakan pemimpin parti itu menafikan wujudnya perbuatanm rasuah dan politik wang dalam parti mereka. Wartawan dan penulis pun menulis dan menyiarkan tulisann itu mengikut kehendak pihak parti itu. Tetapi sehari dua kemudian pihak Suruhanjaya Pencagahan Rasuah telah menangkap beberapa orang dari parti tersebuty kerana politik wang.

PENULIS ISALAM

Gamabaran di atasa menunjukkan wartawan dan penulis diperalatkan oleh pihak parti politik itu untuk membohongi massa.

Sesungguhnya wartawan dan penulis yang tidak beretika terlalu mudah digunakan oleh pihak - pihak tertentu untuk kepentingan mereka. Hal demiakian mestilah dielak oleh wartawan dan penulis yang mahukan diri mereka terus dalam kedudukan yang baik dan diyakini oleh orang ramai.

Sebagai wartawan dan penulis Islam, anda hendaklah mengikut ajaran Islam, kerana ajaran Islam telah lengkap untuk dijadikan garis panduan bagi wartawan dan penulis.

Wartawan dan penulis yang baik adalah yang menulis untuk kebaikan dan menghapuskan keburukan dalam negara dan masayarakat.

(bersambung kepada Sabtu depan)

No comments: