Friday, January 23, 2009

POLIS DIRAJA MALAYSIA

POLIS DAN MORAL RAKYAT

DARI TANGKAP HINGGA KURUNG

Oleh: Mokhtar Petah

[Mulai Jumaat ini kami menyiarkan tulisan Mokhtar Petah mengenai polis dan tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat.Tulisannya bertujuan agar rakyat bekerjasama dengan polis dan polis pula tidak hanaya menjadi tukang tangkap, tukang pasaung (gari) dan tukang kurung sahaja, tetapi akan menjadi segolongan insan yang mentarbaiahla manusia yang tidaka baik menajadi baik yang bertepatan dengan maksud dari Quran: Serulah kepada jalan Tuahan kamu dengan pengetahuan dan lemah lembu dan berbudi bahasa. - Editor, Petah Shahrir Aidid]

Pada tahun 1930 - 1940 dan sampai kepada tahun Persekutuan Tanah Meayu mencapai kemerdekaan sebilangan besar rakyat Tanah Melayu, terutaama orang Melayu lauar Bandar, amat takut kepada anggota polis kerana mereka tahun polis tangkap dan kurung orang.

Pada tahun - tahun tersebut orang Melayau Negeri Sembilan dari genarasi Melayu Minanngkabau bercakap atau bercerita tentang anggota polis seperti ungkapan brikut:

Baju tagang,

Seluar tagang,

Kasut begot,

Kopiah tepocak,

Terpocak – pocak dilabuh.

(Baju dan sealuar yang dipakai anggota polis itu keras kerana seterika. Baju dan sluar daria kaki khaki itu setelah dibasuha, sebelauma dibila dicelupkan dalam cecair dari tepung ubi kayu. Apabila telah keriang dijemur atau disalai, maka dikosok dengan seteraika menjadikan side bajau dan seur itu tegang.

Kasut yang dipakai oleh anggota polis kelihatan besar dan membuku eras. Kopiah atau topi bulat ahitam dan jambut di atasanya. Kelihatan trepaacak.

Anggota polis kelihatan berajalan terpaacak (gagah) di jalan raya.

Keabanayakan ibu bapa di Negeri Sembilan pada zaman tersebut lebih duka anak gadis mereka berkahwin dengan anggota polis daripada akahwin dengan penolong pegawai daerah atau kadi.

Manakala aorang Melayu luar Bandar di Negeri Perak menyifatkan anggota polis, tukang tangkap, tukang pasung dan tukang kurtung orang yang beum tentu salaah. Maka mereka sering menakutkan

Lanak dengan kata-kata:

Nampak mata – mata lari.

Tak lari kena pasung (gari)

Mengap belaku demikian? Kerana penajajah Inggeris membentuk semua angota polis menajdi garang dan menggrusnkan dengan tujauan supaya rakyat takut dan kerana takurkan polis mereka tidak melakukan keslahana seperti menentang penajajah dan kerajaan dan segala macama jenayhah.

Seorang gurua agama terknal di Perak, pada tahun 1930 - 1950, Sheiakh Haji Nawawi bin Muhammad (Sheikh janggut merah) menyifatkan polis ada kapan biji mata, iaitu mata di hadapan, di belakangm di kiri dan di kanan. Sebab itulah orang menggarkan mata-mata, kerana banayaka mata.

Pada zaman ini orang ramai tidka takutkan polis. Mereka memaqndang polis sebagai sahabat. Yang memandang polis sebagai musuh, hanya para penjahat dan para pelaku jenayah.

TAHNIAH KEPADA POLIS

Pada 19 Januari lalu, ajam 3.00 petang, satu Majlis Upacara Pelancaran OPS SIKAP XIX 2009, telah dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Dato’ Haji Hassan, di Rentoran Jejambat Saungai Buluh (arah Utara).

Pelancaran itu dengan madah tarbiah ‘UBAH SIKAP PERJALANAN SELAMAT’

Polis Diraja Malaysia










1807 - Kini


Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu

Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu

Pasukan Polis Malayan Union

Civil Affairs Police Force


Kuala Lumpur, Malaysia










Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 89,197 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Musa Hassan.

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Republik Nasional Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department, สำนักงานตำรวจแห่งชาติ), Polis Diraja Brunei dan Polis Republik Singapura (新加坡警察部队, Singapore Police Force).

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

Sejarah Polis

Zaman Kepolisan Tradisional Melayu

Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka.

Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:

Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya.......

"Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."

Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya.

Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

Zaman Kepolisan Portugis dan Belanda

Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan".

Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.

Zaman Kepolisan Moden

Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu.

Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Patty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone.

Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis.

Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Lagu Polis

Sedia Berkhidmat

Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]
Polis sedia berkhidmat
Kerana negara dan rakyat
Hidup berbahagia aman sentosa
Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan
Polis dengan pereman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan

[Chorus]

Budak-budak pergi sekolah
Yang tua berjalan ke kedai
Polis pimpin menyeberang jalan
Semuanya selamat sampai

[Chorus]

Waktu kita bekerja
Rumah tinggal dijaga
Itulah tandanya
Polis sedia berkhidmat

[Chorus]

Bila kebakaran berlaku
Jiran tiada di situ
Polis berlari tolong bantu
Anak tidur selamat tentu

[Chorus]


Lagu: Sedia Berkhidmat

Main bunyi

Imej:Sedia Berkhidmat.ogg

Hampir setahun selepas Hari Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. Insignia

Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi). Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

Sang Saka Biru

Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

Organisasi PDRM

Anggota wanita PDRM mempertunjukkan demonstrasi T-Baton.

Anggota Kadet Polis Wanita PDRM. Kadet Polis merupakan pasukan kadet yang mendorong remaja mendisiplinkan diri dan tidak terjebak dengan kancah jenayah.

Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)

Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

Fungsi

  • Perkhidmatan/Perjawatan
    • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
    • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
    • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
    • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.

Cawangan

  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

Fungsi

  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap

Bahagian/Cawangan

  • D1 - Bahagian Pentadbiran
  • D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
  • D3 - Bahagian Naziran
  • D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
  • D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
  • D6 - Bahagian Bantuan Teknik
  • D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
  • D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
  • D9 - Bahagian Siasatan Khas
  • D10 - Bahagian Makmal Forensik
  • D11 - Bahagian Siasatan Seksual
  • D12 - Bahagian NCB/Interpol

Jabatan Siasatan Jenayah diketuai oleh Komisioner Polis (CP)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.

Fungsi

  • Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
  • Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
  • Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
  • Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
  • Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
  • Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
  • Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
  • Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
  • Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
  • Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

  • Bahagian Siasatan Khas
  • Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
  • Bahagian Pentadbiran
  • Bahagian Tahanan
  • Perlucutan Harta
  • Soalsiasat
  • Pakar/Bantuan Teknik
  • Rekod/Perangkaan
  • Pendaftaran
  • Bahagian Logistik
  • Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah

Pasukan Anti-Pengganas

Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Selam Tempur.

Pasukan Gerakan Khas (PGK)

Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.

Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.

Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

Unit Selam Tempur (UST)

Unit Selam Tempur yang menjadi anti-pengganas maritim turut diletakkan dibawah Jabatan KDN/KA.

Unit Selam Tempur merupakan sebuah unit elit anti pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Polis Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut Amerika Syarikat.

Terdapat beberapa banyak pihak termasuk media massa dan juga masyarakat menganggap mengapa pasukan ini dilatih oleh pihak asing dan tidak dilatih oleh pasukan elit tempatan daripada cabang Angkatan Tentera Malaysia, khususnya TLDM oleh PASKAL, namun disebaliknya ia juga merupakan hadiah kepada hubungan bilateral antara kerajaan Malaysia-Amerika Syarikat.

Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP/FRU)

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

1. PENDAHULUAN

Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat, merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

2. FUNGSI

Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-


2.1. Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,

2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,

2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu,

2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

3. ORGANISASI

3.1. STRUKTUR PSP di ketuai oleh seorang Komander, dan dibantu oleh seorang Timbalan Komander. Mereka bertanggungjawab kepada Pengarah KDN/KA. Mereka dibantu oleh beberapa orang Pegawai Turus dan keanggotaan yang diperlukan; dan dikenali sebagai kumpulan Ibu Pejabat Komander PSP. Setiap Unit PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah Unit. Setiap Terup PSP di ketuai oleh seorang Pegawai Penjaga Terup. Pusat Latihan PSP diketuai oleh seorang Komandan. Setiap unit dan Pusat Latihan PSP mempunyai keanggotaan untuk membantu pentadbiran dan dikenali sebagai kumpulan ibu pejabat unit.

3.2. KOMPOSISI UNIT Setiap Unit PSP mengandungi 1 kumpulan Ibu Pejabat Unit dan 3 Terup. Setiap Terup mengandungi 2 seksyen cota, 1 seksyen senapang/gas, 1 seksyen “Water Cannon”; dan komposisi kumpulan sokongan terup.

3.3. LOKASI Sebagai pasukan yang lengkap berdikari dan mampu bergerak pantas untuk menggempur dan menangani keadaan ketenteraman awam, Unit-unit PSP di letakkan di bandar-bandar besar dan strategik seperti berikut :-

3.3.1. Unit 1 - Kuala Lumpur 3.3.2. Unit 2 - Johor Bahru 3.3.3. Unit 3 - Pulau Pinang 3.3.4. Unit 4 - Kuala Lumpur 3.3.5. Unit 5 - Ipoh 3.3.6. Unit 6 - Kuala Terengganu 3.3.7. Unit 7 - Seremban # Temerloh / Maran 3.3.8. Unit Berkuda - Kuala Lumpur 3.3.9. Terup Wanita - Kuala Lumpur

PSP telah dianugerahkan panji-panji pada tahun 1971 dan seterusnya digantikan pada tahun 1997. Panji-panji ini dianugerahkan oleh DYMM SPB Yang diPertuan Agong sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti PSP sepanjang penubuhannya demi mengekalkan ketenteraman awam negara. Semasa majlis-majlis rasmi dimana PSP terlibat sebagai badan induk atau detasmen; seperti Kawalan Kehormatan, Malam Mes PSP atau Perbarisan sempena Hari Polis dan Hari PSP, panji-panji PSP boleh dikeluarkan dan diarak dengan arahan dan kelulusan KPN, Pengarah KDN/KA atau Komander PSP.

Unit Implimentasi C4-i

Anggota polis menjalankan tugas sekatan jalanraya untuk tugas pencegahan jenayah.

Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah. Unit ini pertama kali ditubuhkan di Bukit Aman dan Kontinjen Kuala Lumpur merupakan kontinjen pertama yang memiliki sistem ini. Unit ini dilengkapi dengan sistem CCTV yang dipasangkan diseluruh bandar dan dipantau oleh Pusat Kawalan Kontinjen dan sistem C4-i yang berupa sebuah laptop dipasangkan pada setiap kereta peronda yang beroperasi. Sekiranya berlaku kejadian jenayah dimana-mana lokasi, Pusat Kawalan Kontinjen akan menyalurkan maklumat jenayah ini kepada setiap kereta peronda, rondaan dan unit cegah jenayah yang beroperasi untuk bertindak. C-4i juga turut berperanan dan menjadi kiblat utama kepada tertubuhnya Rakan Cops pada tahun 2006 bagi mengeratkan kerjasama polis dengan masyarakat. Hasil dari penubuhan ini, kejadian jenayah di bandar-bandar utama mula berkurangan dan ini memberi banyak implikasi positif masyarakat terhadap adanya pelaksanaan C4-i serta Rakan Cops.

Unit Berkuda

Cawangan Trafik

Cawangan Marin PDRM

Pusat Kawalan Malaysia

Unit Udara PDRM

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDN/KA) diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Cawangan Khas

Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Senarai Pengarah Jabatan

Senarai Pengarah Jabatan

Jabatan

Pangkat

Nama Pengarah

Jabatan Siasatan Jenayah

Commissioner of Police

Dato' Mohd Bakri Mohd Zinin

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil

Commissioner of Police

Dato' Koh Hung Sun

Jabatan Pengurusan

Commissioner of Police

Dato' Abd Razak Bukhari

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Commissioner of Police

Dato' Zul Hasnan Najib Baharuddin

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam

Commissioner of Police

Dato' Hussin Haji Ismail

Cawangan Khas

Commissioner of Police

Dato' Seri Ramli Shaari

Jabatan Logistik

Commissioner of Police

Dato' Mashuri Zainal

Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Bahasa Inggris

Bahasa Melayu

Pegawai

Pegawai Tertinggi (IGP - DIGP)


Inspector General of Police

Ketua Polis Negara


Deputy Inspector General of Police

Timbalan Ketua Polis Negara


Pegawai Pertengahan (CP - ACP)


Commissioner of Police

Pesuruhjaya PDRM


Deputi Commissioner of Police I

Timbalan Pesuruhjaya PDRM


Senior Assistant Commissioner of Police I

Penolong Pesuruhjaya Kanan Pertama PDRM


Senior Assistant Commissioner of Police II

Penolong Pesuruhjaya Kanan Kedua PDRM


Assistant Commissioner of Police

Penolong Pesuruhjaya PDRM


Pegawai Diwartakan (SP - K/ASP)


Superintendant of Police

Penguasa PDRM


Deputy Superintendant of Police I

Timbalan Penguasa PDRM


Assistant Superintendant of Police I

Penolong Penguasa PDRM


Cadet Assistant Superintendant of Police I

Pegawai Kadet Penolong Penguasa PDRM


Pegawai Kanan Tidak Diwartakan (Inspektor Percubaan - Ketua Inspektor)


Chief Inspector of Police

Ketua Inspektor PDRM


Inspector of Police

Inspektor PDRM


Cadet Inspector of Police

Inspektor Percubaan PDRM


Anggota Pangkat Rendah (Rank and File, RF)


Sub Inspector of Police

Sub Inspektor PDRM


Sargeant Major of Police

Sarjan Mejar PDRM


Police Sargeant

Sarjan PDRM


Police Corporal

Koperal PDRM


Police Lance Corporal

Lans Koperal PDRM


Police Constable

Konstabel Polis


  • .

p b s

Polis Diraja Malaysia




Ibu Pejabat Polis: · Ketua Polis Negara Malaysia




Jabatan: Muzium Polis Diraja Malaysia · Jabatan Pengurusan · Jabatan Logistik · Jabatan Siasatan Jenayah · Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam · Cawangan Khas · Unit K-9 · Persatuan Bekas Polis Dan Tentera · Sukarelawan PDRM · Pasukan Kadet PDRM · Polis Bantuan · Maktab Polis Diraja Malaysia · Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur · PULAPOL Muar · Maktab Pegawai Kanan Polis Cheras



Unit: Pasukan Gerakan Am · Senoi Praaq · Pasukan Operasi Khusus Malaysia (Pasukan Gerakan Khas · VAT 69/UTK · 69 Komando · Unit Selam Tempur · Unit Tindakan Cepat · Unit Pencegah Penyeludupan · Unit Implementasi C4-i · Pasukan Simpanan Persekutuan · Unit Berkuda · Pasukan Polis Marin · Pusat Kawalan Malaysia · Unit Udara PDRM · Cawangan Polis Trafik



Berkaitan: Ops Sikap · Rakan Cop




Topik lain: Filem Bukit Kepong · Peristiwa 13 Mei · Gerak Khas (drama) · Peristiwa Memali 1985 · Peristiwa Bukit Kepong · Al-Ma'unah · Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terbunuh ketika bertugas

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia"

Kategori: Polis | Penguatkuasaan Undang-Undang Malaysia

Powered by MediaWiki

Wikimedia Foundation

(bersambung kepada Jumaat depan)

No comments: