Saturday, January 3, 2009

RASUAH

NEGARA TANPA RASUAH SELAMAT

ALLAH MELAKNAT PENGAMAL RASUAH

Sesungguhnya, kita mahu negara kita yang telah diistiharkan sebuah negara demokrasai dan ‘Negara Islam’ ini, menjadi sebuah negara yang mempunyai para pemimpin, pengarah dan pegawai kerajaan, ahli politik (politikus) dan semua golongan ummah mendapat keredaan dari Allah Taala.

Kita mahu sebuah negara sebagaia mana yang disebut dalam al Quran, ‘Negara bertuah dan Allah yang Pengampun[1], iaitu negara makmur, aman damai dan mendapa pengampunan dari Allah Yang Maha Pengampun. Tetapi bagaimana kita akan mendapat yang demikian itu, kalau ada di kalangan pemipin, ahli politik (politikus), pengaraah, pegawai dan kaki tangan kerajaan serta orang ramai masih melakukan perbuatan yang dilaknat oleh Allah Yang Maha Kuasa?

Perbuatan dosa dan dilaknat oleh Allah Taala itu, ialah makan suap atau rasuah (corrupt). Agama Islam dan agama-agama lain melarang para penganutnya mengamalkakan perbuatan tesebut. Di segi pandangan manusia yang bermaruah,bahawa perbuatan makan suap atau rasuah itu adalah salah satu amalan yang paling keji dan hina.

JABATAN PEMERINTAH

Dr HAMKA dalam percakapan dengan saya mengenai rasuah pada tahun 1960-an, katanya, “…pemimpin parti politik, penguasa dan siapa sahaja dari orang kita (Islam) yang corrupt (rasuah), tidak bisa (boleh) diserahkan tanggung jawab menguruskan negara atau jabatan pemerintah.”

“ Mereka itu orang-orang yang dilakinat oleh Allah. Mereka akan mengakibatkan negara akan jatuh mundur, mungkin hancur atau dijajah oleh kuasa-kuasa lain, jika diserahkan kepada mereka,” tambahnya.

‘Abdullah Badawi telah menukilkan empat baris sajaknya dengan menekankan tentang harta bertimbun, hidup kaya, wang berjuta-juta dan hidup bergaya:

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

untuk hidup kaya.

Aku cari bukan wang berjuta-juta,

untuk hidup bergaya.

Manusia telah diciptakan oleh Allah dengan ‘sebaik-baik kejadian’. Manusia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mempunyai hubungan dengan Aallah dan hubungan dengan manusia.

Tujuan hidup manusia yang beriman kepada Allah, ialah untuk mendapat keredaan-Nya. Pendeknya manusia tidak dijadikan ‘hidup untuk makan’ dan ‘hidup untuk kaya raya’. Kerana kekayaan dan kemewahan hidup boleh menjadikan orang-orang yang beriman kepada Allah mendurhakai-Nya pula. Ada sesetengah orang kaya menjadi hamba wang dan hamba harta.

Ada orang sanggup melakukan rasuah untuk mendapatkan kekayaan. Dan ada yang sanggup menjual maruah diri dan membelakangi hukum-hukum Allah kerana ingin mengejar harta yang bertimbun-timmbun. Dengan demikian tidak hairanlah berlakunya ‘politik wang’– memberi rasuah wang kerana mahukan kedudukan dalam parti politik, seperti yang diamalkan oleh kebanyakan para politikus di negara kita ini dan di negara-negara lain.’[2]

‘Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pada waktu mengajar ilmu hadis kepada saya dan rakan-rakan dalam satu majlis dalam masjid, di Kepala Batas pada tahun 1954, bahawa seseorang yang makan suap dan memberi suap akan dilaknat oleh Allah Taala.

Menurutnya, hasil daripada sesuatu yang dilaknat Allah, seperti yang dan harta benda adalah haram diguna dan dibelanjakan untuk membeli makanan.

Wang haram tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadat haji, sedekah, amal jariah dan sumbangan fi sabilillah (pada jalan Allah).

Allahyarham Sheikh Abdullah Fahikm menjelaskan, bahawa orang-orang yang mendapat laknat Allah akan mendapat akibat seperfti berikut:

* Apabila dikaya daripada hasil yang dilaknat oleh

Allah,

maka kekayaan itu akan memalukan dirinya dan

akan menghinanya.

o Dia memperolehi pangkat dan kedudukan,

maka pangkat dan kedudukannya itu akan

menjatuhkan dirinya dan dia akn menerima

kehinaan di kalangan umat Islam.

Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.’[3]

HUJUNG USIA

Saya telah mengalami – bertemu, bercakap dan melihat-, beberapa orang yang berkedudukan dalam kerajaan, bidang perusahaan dan perniagaan yang telah menerima dan memberi rasuah, pada masa tua atau di hujung usia mereka berada dalam keadaan yang menderita dan menyedihkan. Di antara mereka itu, ialah:

1 - Seorang yang berkedudukan tinggi diserang sejenis penyakit

mengakibatkan mulutnya bagai terkunci dan tidak dapat bercakap.

Akhirnya dia meninggal dunia.

2 - Seorang ahli perusahaan dan perniagaan, dia meninggal dunia

kerana diserang sakit jantung di tempat istimewa di luar rumah -

nya. Dia meninggal dunia di-hospital. Dengan sedikit harta

ditinggal untuk isteri dan anak-anaknya, dia tidak berhasil

melangsaikan hutangnya yang berjuta-juta ringgit dari sebuah

bank.

3- Seorang pegawai keajaan sebaik-baik sahaja bersara, iaterinya(masih

muda) menyimpan kekasih.Banyak wangnya telah dihabiskan oleh

isterinya untuk kekasihnya.

Akhirnya dia menceraikan isterinya. Dia mengaidap penyakit

kencing manis.

4 - Seorang pegawai kerajaan bersama isterinya telah pergi menunaikan

fardu haji ke Makkah. Mereka telah tidak dapat mengerjakan rukun

haji dengan sempurna.

Pada satu malam, iaitu pada waktu isterinya membuang air besar,

semua barang kemas (banyak), yang dipakai oleh isterinya pada

pergelangan tangan dan lehiranya telah terluruh (macam ada kuasa

merentap barang-barang kemas ) ke dalam lubang najis di padang

Arafah.

5 - Seorang pegawai rendah (polis), anak perempuannya masih

bersekolah rendah telah dirogol, dibunuh orang dan mayatnya telah

dijumpai kemudiannya dalam perigi. Beberapa hari kemudian dia

meninggal dunia akibat ditembak oleh seorang perompak ketika

dia berada dalam keretanya di tempat letak kereta. Perompak

itu telah melarikan keretanya setelah mayatnya dicampak keluar.

BERFOYA -FOYA

Sekiranya mereka yang berkuasa - raja, menteri, pegawai kerajaan dan sebgainya lupa diri, suka berfoya-foya, tidak dapat tidak mereka melakukan perbuatan rasuah – berbagai-bagai cara memberi dan menerimanya sehingga tidak dapat dihidu oleh para petugas pencegah rasuah, tetapi Allah Yang Maha Kuasa melihat, maka orang-orang itu termasuk dalam gulungan yang dilaknat oleh Allah.

Pemberi dan penerima rasuah di laknat oleh Allah.[4]

Laknat oleh Allah lebih besar atau dahsyat dari dosa. Kalau doa mungkin Allah membalas dengasn azab atau derita di dunia atau akhirat, tetapi laknat, selain dari azab atau derita di akhirat, akan berlaku ke atas orang itu di dunia ini, di antaranya:

* Ditangkap oleh penguasa dan dihukum penjara dan mungkin

disebat beberapa.

* Mendapat malu.

* Kemalangan atau kecelakaan.

* Rumah terbakar dan sebagainya.

* Anak-anak menjadi penagih dadah atau gemar kepada

perbuatan maksiat, seperti zina, judi dan seumpamanya.

* Isteri berlaku curang atau melacurkan diri secara terhormat.

* Setelah bersara dihingapi oleh berbagai penyakit, di antaranya:

Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kanser.[5]

Pada ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Khas UMNO Malaysia, di Kuala Lumpur pada 19 Jun 1994, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas) telah berkata antara lain:

“…keranaan kejayaan Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi telah membawa masalah; masalah yang boleh menghancurkan kuasa politik Bumiputera, yang boleh menghancurkan ekonomi dan kemakmuran negara dan segala - gala yang telah kita bina.

Masalah yang dimaksudkan ialah ‘politik wang’ dan sifat tamak dan tidak bertanggungjawab di kalangan sesetengah orang Melayu dan Bumiputera akibat daripada kekayaan yang mereka miliki.

Mereka bukan sahaja mahu kekayaan tetapi juga jawatan dan kuasa bagi diri mereka atau bagi orang yang boleh dipermain-mainkan oleh mereka.

Masalah ini menjadi-jadi kerana UMNO berkuasa, kerana orang Melayu dan Bumiputera lain berkuasa. Kuasa boleh membawa rasuah.

Power corrupts, and obsolute power corrupts absolutely. Kuasa yang mutlak membawa rasuah yang tidak terbatas.

Dr Mahahtir Mohamad juga berkata:

Pengorbanan adalah baik di sepanjang masa. Rasuah adalah buruk pada bila – bila masa. Tidak ada zaman atau masa di mana pengorbanan itu buruk dan rasuah itu baik.

Orang yang menganggap rasuah sebagai sebahagian daripada alat politik dan pentadbiran tidak digerak untuk berkhidmat oleh semangat tetapi oleh perasaan tamak.

Minat mereka untuk menjadi pemimpin adalah untuk mendapatkan kuasa yang boleh digunakan untuk kepentingan diri, bukan kepentingann bangsa dan negara.

Jika mereka pemimpin rendah mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan peluang, umpakmanya pereniagaan bagi diri sendiri. Orang seperti ini akan memilih pemimpin yang boleh disogok.

Akhirnya semua pemimpin akan terdiri daripada pengamal rasuah yang tamak dan tidak bermaruah.

Kaki tangan kerajaan pula, setelah melihat anggota kerajaan daripada parti politik tidak beramanah dan mengamalkan rasuah, akan turut menerima rasuah. Dengan ini, rasuah menjadi budaya keseleuruhan jentera pentadbiran.

Kita mengakui bahawa hari ini pun rasuah wujud. Tetapi umumnya masyarakat belum menerima rasuah sebagai amalan biasa.Dengann itu, kegiatan menyogok dan menerima rasuah masih disembunyikan.

Mereka yang terlibat masih merasa malu, masih menganggap rasuah salah dan hina. Selagi masyarakat umum tidak menerima amalan ini sebagai perkara biasa, rasuah masih boleh dibendung. Sekurang - kurangnya ia tidak dapat menjejaskan pembangunan masyarakat. Jika usaha menentang rasuah dibuat, ia masih boleh berjaya.

Tetapi jika tidak ada usaha gigih dijalankan untuk membendung, ia akan berkembang sehingga akan diterima sebagai sebahagian daripada budaya masyarakat.

Apabila ia sudah menjdi budaya, ia tidak boleh dihapuskan lagi.Ini adalah kerana semua tempat mengadu, semua pihak yang ditugaskan untuk membanteras rasuah, semua pendakwa dan hakim, bahkan akhabar-akhbar juga tidak mahu.

Jika mereka ini cuba menghalang rasuah, mereka akan disogok oleh yang berkepentingan.Jika mereka cuba menghapuskan rasuah, penglibatan mereka yang terdahulu akan terbongkar.

Dengan itu, segala usaha orang ramai untuk mendapat perlindungan undang-undang akan gagal. Rakyat akan menjadi mangsa tidak mempunyai tempat sama sekali untuk mengadu.

Akhirnya orang yang lurus dan bersih ini akan kecewa. Jika tidak menerima rasuah pun tidak dipercayai, bahkan dituduh sebagai orang yang tidak beramanah dan pengamal rasuah.”

PENYAKIT JIWA

Jika kita menilai dari segi ilmu jiwa (psychology) Islam, maka kita mendapati orang - orang yang mengamalkan perbuatan rasuah dan segala macam maksiat itu adalah terdiri daripada mereka yang berpenyakit hati atau penyakit jiwa. Orang yang begini tidak ada perasaan malu, tidak berakhlak. Dalam lain pengertian; orang - orang yang demikian memandang semuanya halal dan boleh ditelan, kecuali ‘empat kaki, bangku’ dan ‘dua kaki, kukuran’ yang tidak mreka telan.

Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, sedang mereka – yang sebetulnya – bukanlah orang-orang yang beriman.

Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang -orang yang beriman, tetapi mereke hanya menipu diri mereka sendiri. Dan mereka tidak sedar.

Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah oleh Allah penyakit mereka itu.[6]

MENCAPAI KEJAYAAN

Abdullah Badawi yang telah menjalankan usaha positif untuk membasmi perbuatan rasuah dalam kerajaan. Beliau telah berkali- kali berkata, bahawa beliau tidak akan berganjak dari pendirian beliau dalam rindakan tersebut.

Ketegasan beliau itu patutlah parti- parti politik dan orang ramai memberi sokongan dan kerjasama, agar usaha beliau itu akan dapat mencapai kejayaan. Kejayaan itu bermakna negara kita akan bersih dan akan mendapat keredaan dari Allah Taala.

Abdullah Badawi berkata dalam satu temu ramah,berkata:

“Kita harus (wajib) bergerak dari segi rohani dan mental daripada keadaan sekarang yang tidak berkembang dan putus asa kepad satu era cemerlang dan moden.

Jihad kita ialah untuk melepaskan orang kita daripada belenggu kemiskinan dan tidak memburunya dengan senapang dan bom. Dan kita mesti cukup berani untuk menyeru dan menerima kesahihan ijtihad mutakhir bagi memastikan ajaran agama kita (Islam) terus relevan sepanjang zaman.

Saya yakin, sekiranya Islam dipancarkan dengan lebih meluas melalui keamanan, kemakmuran, kecemerlangan dan kemodenan, dunia akan melihat, menghargai dan menghormati ajaran sebenar agama kita ( Islam).”

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah menjadi wakil Malaysia dalam United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Dato’ Hassan Ahmad telah menulis:

‘Sesetengah negara pula, terutama negara yang belum maju lagi, … dikebanyakan negara Islam – korupsi di kalangan pemimpin negeri dikatakan sudah menjadi semacam adat atau budaya. Ketua yang memeirntah, yang dipilih oleh rakyat menurut proses demokrasi, pada mulanya merupakan manusia yang berjiwa rakyat, bersih, serius dan tidak memetingkan diri. Setelah beberapa lama pemimpin itu akan menjadi seperti pemimpin korporat, tidak lagi pemimpin populis, pemimpin rakyat. Masanya untuk rakyat tidak ada lagi. Dia lebih bersifat business friendly, yakni lebih bersahabat dengan sektor korporat perniagaan daripada menjadi pemimpin rakyat – friendly. Akhirnya dia dan anggota keluarganya menjadi sebahagian daripada sektor korporat itu sendiri. Hidupnya mula mewah. Jika sahabatnya dari dunia korporat tertuduh kerana rasuah atau melakukan penyelewengan dia akan membela orang itu dengan berbagai-bagai cara. Untuk memastikan orang tidak akan bercakap banyak, mempersoalkan kemewahannya dan kemewahan keluarganya, dia mula menyekat kebebasan bersuara semua pihak. Akhirnya, dia terpaksa dan mesti memerintah secara autoritatif, atau secara autokratik. Kalau tidak rahsia akan terdedah.

Dalam hal ini kita teringatlah seruan yang dibuat oleh Presiden UMNO (Dr Mahathir Mohamad) dalam Perhimpunan Agung parti itu yang lepas: “tolak calon (pemimpin) perasuah!” Jika seluruh dunia mengetahui para pemimpin kita boleh dijadikan mangsa rasuah, yakni boleh dibeli, saya kira agenda untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020 boleh disabotaj, dikendalakan oleh pakatan dunia – global yang ‘sulit’. Jikalau itu berlaku (diharap tidak), kuasa bangsa Melayu tidak akan kekal di negara ini.’[7]

PENUH KEINSAFAN

Pendapat cendekiawan Melayu di atas ini, boleh dijadikan bahan fakir kita; kita berfikir dengan penuh keinsafahan, apakah kita mahu kuasa bangsa Melayu lumpuh dan hancur seperti kehancuran yang telah berlaku ke atas kaum-kaump zaman silam yang telah dihancurkan oleh Allah kerana melanggar larangan Yang Maha Kuasa itu.

Atas nama orang Islam, kita sebenarnya telah mengangkat sumpah di hadapan Allah Taala dengan kalimat-kalaimat ‘asyhadu an la ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah’ (aku mengaku atau naik saksi (iaitu sumpah) bahawa tiada tuhan selain dari Allah dan aku mengakui atau naik saksi (iaitu sumpah) bahawa Muhammad pesuruh Allah). Pengakuan atau sumpah itu, ialah beriman,taat, tawakal dan taqwa kepada Allah dengan tidak akan melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dan mengerjakan segala yang diperintah-Nya.

Memahami dari pengakuan atau sumpah di atas, maka sesiapa yang melanggarnya,maka ia berdosa kepada Allah Taala dan berkemungkinan dimakan sumpah. Mungkinjuga dilaknat oleh Allah atas kejahatan hambanya yang melakukan dosa seperti melakukan rasuah.

UMAT MANUSIA

Seorang bekas pegawai penerangan parti Ikhwnul Muslimin, Mesir dan pensyarah saya di perguruan Islam,di Maahad el Ehayausy Syarif, Gunung Semanggul, Perak, Mohd.Taqiyuddin Qandil’ berkata:

“…orang-irang yang corrupted (makan suap atau rasuah) , sama ada dia orang besar atau orang kecil,kita boleh nampak kejahatannya yang telah dilakukanya pada wajahnya, kerana wajahnya ada cahaya hatinya yang jahat.

Pelaku rasuah itu seperti firman Allah dalam Quran,iaitu, ‘ Dan ada pun

orang-orang yang berpenyakait dalam hati mereka, (hanya) menambah

kekotoran bagi kekotoran mereka yang

sedia ada.’[8]

Orang seperti itu, kalau dihadapakan ke mahkamah atas ke salahannya (rasuah) dia tidak mengaku, tetapi cara yang baik bagi dia bersumpah dengan menjunjung Quran, kita akan tahu akibat dari Allah ke atasnya.”[9]

Pada zaman silam – zaman Nabi Muhammad s.a.w. mengembangkan agama Islam di Madinah dan semenanjung Arab, telah berlaku ke atas umat manusia yang menentang hukum atau larangan Allah, mereka mengalami azab di dunia ini seperti firman-Nya dalam al Quranul karim,iaitu:

Sebab itu, bolehlah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan atas apa yang mereka kerjakan.[10]

DALAM PENJARA

Orang-orang yang telah melakukan perbuatan keji seperti melakukan rasuah, mereka akan mengalami kegembiraan dan kesenangan dalam masa yang singkat sahaja, tetapi mereka akan berada dalam penderitaan – malu dan hina -, dalam masa yang lama.

Mereka boleh bersenang lenang dan bergembira dengan hasil rasuah itu selama beberapa hari sahaja, tetapi akibatnya, mereka akan terpaksa meringkuk dalam penjara bertahun-tahun lamanya.Mereka akan mendapat diri mereka dalam kehinaan. isteri, anak-anak dan kaum keluarga mereka akan mendapat malu.

Sesungguhnya, apabila hukum-hukum dalam Islam dapat dipancar dan diamalkan oleh setiap warga negara Islam ini (bagi orang-orang bukan beragama Islam, tidak ada paksaan atas mereka mengguna, mengikut atau menganut kepercayaan dan akidah Islamiyah), tetapi sebagai warga negara yang setia, mereka boleh mengamal dan melaksanakan segala peraturan sosial, ekonomi, politik dan sebagainya yang berlandas atau berkonsepkan Islam.

Segala macam kemungkaran yang ditegah oleh Islam, sebagai rakya negara yang setia, setiap rakyat tidak kira keturunan dan agama mestilah mengikut peraturan yang berkonsepkan Islam.Jika semua rakyat dengan perasaan jujur dan telus mengikut undang-undang negara, termasuk yang berperinsipkan Islam, seperti kemungkaran atau kejahatan termasuk perbuatan rasuah, maka jaminan untuk mencapai keamanan, keharmonian dan sebagainya akan dapat dicapai dengan jayanya.

Atas tanggungjawab bersama menjunjung undang-undang dalam Negara Islam, maka kita akan berada dalam keadan gemilang,cemerlang dan terbilang! - Mokhtar Petah



[1] Saba: 15.

[2] Mokhtar Petah, 2004, AMANAH CEKAP ADIL, Kuala Lumpur,Yayasan Amal Maaruf Malaysia,hl.

30,31.

[3] Mokhtar Petah, 1997, DATUK ABDULLAH BADAWI PEJUANG KEMANUSIAAN

SEJAGAT,Kuala Lumpur,Pustaka Antara Sd.Bhd, hl. 37,38.

[4] Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

[5] Mokhtar Petah, 2004, AMANAH CEKAP ADIL,Kuala Lumpur, Yayasan Amal Maaruf, hl.36,37.

[6] Al Baqarah: 8,9,10.

[7] Hassan Ahmad, IMBASAN, 2000, Kuala Lumpur, Dewan Bahasan dan Pustaka, hl.345,346.

[8] Al Baraah: 125.

[9] Ustasz Haji Mat Saman Kati.

[10] Al Baraah: 82.

No comments: