Friday, March 5, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN



BERPASANGAN

Maha Suci Allah telah mencipta makhluk – makhluknya berpasangan (lelaki dan perempuan, jantan dan betina, positip dan nagatif), sama ada yang tumbuhkan oleh bumi, atau dri diri mereka, ataupun dari sesuatu yangm ereka tidak mengetahuinya. – Yaasin:36

Notes: Manusia – lelaki dan perempuan yang tidak mahu berkahwin, selain dari mereka tidak dapat menikmati anugerahan Allah kepada hamaba – Nya manusia, maka mereka itu seperti menentang nikmat yang Allah telah jadikan untuk mereka.

Orang yang tidak mahu kahwin, disebabkan putus cinta, maka, dia termasuk tergolongan orang putus asa.Tidak kahwin kerana tuidak tahu mencari pasangan atau jodoh, maka mereka dari golongan orang yang jahil menilai diri sendiri.


HADIS

HARAM MASUK SYURGA

Nabi Muhammad s.a.w. memaklumkan: (Maksud Hadis) Seorang hamba (mnanusia muslim) yang dikehendaki Allah memelihara dan memimpin rakyat, pada masa belum matinya dia mengkhianati rakyatnya, maka, setelah dia mati, diharamkan Allah baginya masuk syurga.

– Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim


PETUA

UNDI

Undia yang diberi orang ramai kepada calon – calon pilihan raya untuk menduduki kerusi Dewan Parlimen, Dewan Negeri dan lain, adalah kepercayaan dan amanah rakyat kepada dirinya dan partinya. Dia tidak akan dipilih kalau tidak kerana parti politiknya, maka jika dia tidak menunai amanah, seperti melompat dari parti atau berhenti dari kedudukannya, dia adalah dayus, tidak layak menjadi pemimpin rakyat dan tidak beramanah.


TAHUKAH?

MACAM AYAM TOGEL

Orang ramai dengan pemimpin – pemimpin mereka yang berkuasa yang tidak beramana, tidak ihsan dan tdak berakhlak mulia, keadaannya seperti ayam togel (ayam kecil tidak berbulu).Setiap pagi, tuannya member kepadanya nasi atau makanan sisa dan basi. Ayam itu bangga dan berharap, apabila ia telah berbulu lebat, dapat bersama tuannya. Tetapi tuannya, lain pula, jika ayam itu telah besar dan berbulu lebat akan disembelihnya atau dijual.

No comments: