Sunday, January 4, 2009

QURAN


SIKAP JUJUR

Allah tidak melarang kamu melakukan kebaikan dan bersikap jujur terhadap orang – orang (kafir) yang tidak memerangi kalian kerana agama (Islam) dan tidak mengusir kalian dari kampung kalian. Sesungguhnya Allah itu mencintai mereka yang jujur.

Allah hanya melarang kalian (melakukan kebaikan dan bersikap jujur) terhadap mereka yang memerangi kalian kerana agama (Islam) dan mengusir kalian dari kampung kalian dan membantu (orang lain) mengusir kalian, mengambil mereka menjadi pemimpin. Dan siapa yang mengabil mereka menjadi pemimpin, itulah orang – orang yang zalim. – Al Mumtahanah: 8 , 9 .

HADIS

NIKAH MUTA’AH

Ibni Sau’ud mengkhabarkan: Kami telah berperang besama Rasulullah s . a . w . yang tidak disertai perempuan – perempuan (isteri masing - masing), kemudian kami telah bertanya kepada Junjungan: Tidakkah (sebaiknya) kita berkebiri (syuk sendiri) sahaja? Junjungan telah melarang kami melakukan perbuatan itu. Kemudian Junjungan telah memberi keringanan hukum kepada kami selepas itu, iaitu dengan cara mengahwini perempuan sampai batas waktu yang tertentu (muta’ah) dengan (mahar) pakaian (baju besi), lalu Abdullah bin Masu’ud memabaca firman Allah: Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian mengharamkan apa – apa yang baik yang dihalalkan Allah atas kalian.- Al Maidah: 87.

PETUA

KEBAJIKAN

Jika anda penjual buah – buahan tempatan, apabila menjual buah – buah itu dengan timbang atau suka, tabahkan sedikit buah – buah itu bagi melebihi timbangan atau sukatan. Perbuatan itu diberkati Allah dan mudah – mudahan perniagaan anda lari dan bertambah maju.

* Amalan seperti ini terdapat di kalangan orang Islam di Negeri

Kelantan.

No comments: