Tuesday, September 7, 2010

POITIK

UMNO DAN PAS HAPUS MELAYU PUPUS

Oleh: Mokhtar Petah

[Sesungguhnya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah bangsanya sendiri dan berfahamam jumud sahaja yang betindak untuk menghapuskan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR (kerana sebilangan besar orang Melayu dalam parti tersebut ketagih dan pemuja bahasa Inggeris, maka mereka gunakan United Malays National Organization - UMNO) kononnya Melayu akan lebih selamat.

Sesunguhnhya orang Melayu – Islam yang jahil sejarah Melayu dan jahil Islam – rela hidup dalam sistem orang – orang Barat, Yahudi dan Kristian, sahaja melaung dan bertindak untuk membunuh Parti Islam Se- Malaysia – PAS,keran mereka anti sistem hidup cara Islam, anti hukum – hukum hudud dan menentang negara Islam.

UMNO penting kepada bangsa Melayu selagi negara mengamalkan Perlembagaan yang ada dan mahu mengukuhkan kedaulatan Raja Melayu dan meneruskan kewujudan ‘ketuanan Melayu’.

Semua Orang Melayu adalah umat manusia beragama Islam. Semua orang beragama Islam di negara ini terdiri dari semua jenis manusia, Melayu, Cina, India dan lain.

Orang – orang UMNO, walau macam mana tinggi ilmu pengetahuan dan berkedudukan tinggi – bekuasa, tidak boleh berusaha atau dengan apa cara untuk memusnahkan PAS, kerana PAS adalah landasan membela bangsa Melayu, umat Islam dan berhasrat – jihad untuk menegakkan negara Islam di Malaysia.

Jika kalangan orang UMNO berusaha melakukan demikian, maka, mereka melakukan dosa (menurut Islam) kerana mereka hendak menghapuskan bangsa Melayu dan umat Islam dan berjuang sebagai kaum kuffar untuk menentang negara Islam – negara yang berpelembagaan berdasarkan Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.

Sesiapa sahaja, walaupun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berusaha dan berjuang untuk menguburkan PAS, maka, sayalah penulis Islam pertama menentang atau menyanggah, kerana perbuatan itu berdosa dan kemungkinan jadi kafir (kafir atau tidak dalam tangan Allah, tetapi sesiapa yang menentang orang – orang beriman kepada Allah dan perjuangan jalan Allah, mereka adalah orangd kafir).

Jika Presiden PAS, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang, Mutsyidul ‘am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz dan para pejuang dalam PAS, berusaha dan berjuang menghapuskan UMNO, maka, sayalah penulis Islam pertama menyanggah mereka, kerana memusnahkan UMNO bererti memusnahkan orang Melayu dan orang Islam.

Tidak ada satu ayat pun dalam Quran dan Sunnah yang menyuruh dan membolehkan orang Islam menghapuskan satu – satu bangsa yang beragama Islam.

Sejak UMNO dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra dan hingga pada masa Nanjib Tun Razak, UMNO sebagai hizb – parti siasah tidak salah apa – apa. Dasar atau perlembagaannya dibuat oleh orang – orang penting UMNO yang kebanyakannya beragama Islam dan berpengetahuan sekadar fradu ain sahaja, maka, wujudlah dalam parti tersebut ‘ mengabaikan’ Islam sebagai addin – agama yang mempunyai sistem kehidupan manusia yang meliputi politik, ekonomi, kemasyarakan dan lain.

Dalam UMNO paling ramai orang Melayu yang bragama Islam – berpengetahuan sekadar fardu ‘ain – fro barat dan tidak yakin kepada sitem hidup Islam seperti di atas.

Sebilangan kecil sahaja dalam UMNO orang Melayu yang berpelajaran tinggi Islam – arif politik Islam dan sebagainya - , tetapi mereka itu terpaksa tunduk kepada orang – orang fardu ‘ain berkuasa. Mereka terpaksa menjaga periuk nasi, kedudukan dan gelaran ‘Yang Berhormat’ mereka.

Dalam PAS, paling ramai orang Islam yang ‘uluhiyah’ – berjuang ataub berjihad pada jalan Allah. Mereka tetap berada dalam PAS. Mereka tidak memandang penting segala pembangunan, kemakmuran dan sebagainya yang dilakukan oleh UMNO, tamabahan pula kalau pembangunan dan kemakmuran berserabut dengan perkara haram atau dosa.

Orang – orang lain dalam PAS, tinggi pelajaran, arif sistem hidup Islam, terguh iman kepada Allah dan menolak segala pembangunan dan kemakmuran yang berserabut dengan perkara haram, sepertri perjudian, riba dan sebagainya.

PAS ditubuhkan oleh ahli – ahli UMNO pada tahun 1951. Mereka kebanyakannya terdiri dari murid Sheikh Abdullah Fahim (sila baca buku, Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 31 Ogos ’57, oleh: Mokhtar Petah), di antara mereka itu, Haji Ahmad Fuad bin Hassan (Kuala Kangsar, Perak), Haji Ahmad Maliki (Seberang Perai) dan Haji Hussein Cek Dol (Kedah).

Mereka menubuhkan PAS, dalam kongres alim ulama III, di Butterworth, anjuran Jawatankuasa Khas Agama Islam Dalam UMNO, diketuai oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan.

Kongres kedua diadakan di Kota Tinggi, Johor, di rasmaikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor, Dato’ Haji Mohd. Noah bin Omar (datuk kepada Najib Tun Abdul Razak].

Sesiapapun yang bijak sana dan memahami sejarah Malaysia dan bangsa Melayu – tidak ada sintimen dan jumud fikiran - , mengakui, bahawa UMNO dengan PAS seperti dua beradik – sama ada adik beradik seibu sebapa mahupun satu ibu danb satu bapa - , akan berdepan dan mengalami ‘carik – carik bulu ayam’ atau mungkin seperti ‘biduk lalu kiambang bertaut’.

Setiap ahli UMNO dan ahli PAS amat memahami firman (madah perintah) Allah dalam Quran seperti maksud berikut ini, tetapi kerana masing asda emosi, sintemen, terpengaruh dengan jahiliyah moden atau ada kepentingan tertentu, maka kekallah permusuhan laksana para pemuja Raja Fie’un dengan umat Nabi Musa alaihis salam.

Berpegang eratlah kalkian dengan tali Allah dan jangan berpecah belah ... – Ali Imran:103.

Tun Abdullah Ahmnad Badawi – amat memahami dan mentaati ayat Quran ini, tetapi kerana beliau juga terikat dalam organisasi yanhg memusuhi PAS - , pada tahun akhir memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia telah berbincang dengan Musyidul a’m PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Haji Abdul Hadi Awang, mengikhtiarkan cara untuk PAS dan UMNO bekerjasama atau bersatu, tetapi setelah beberapa hari beliau kemukakan para anggota Majlis Tertinggi UMNO, maka, keluarlah suara mendesak beliau meletakkan jawatannya.

Sesungguhnya, saya masih berharap UMNO bersatu dengan PAS. Jika dua parti orang Melayu dan Umat Islam itu bersatu, selain dari Melayu dan umat Islam tidak berpecahan, kerajaan Malaysia menjadi kuat dan orang – orang bukan Melayu akan bersatu menyokongnya.

Beberapa orang tua Cina yang arif dengan sejarah, kebudayaan dan panangan orang Cina yang berbual dengan saya padsa tahun 1960 hingga 1070 – an menyatakan:

1 - Negara di dunia yang tidak menjajah negara orang lain, ialah

negara Cina.

2 - Orang – orang Cina dan keturunan mereka yang tinggal di

negara – negara lain tidak mempunyai minat berpolitiki dan

menguasai negara – negara tersebut, mereka hanya minat

ekonomio – perniagan dan perdagangan dan sebagainya –

dan mahu hidup aman damai dengan rakyat negara – negara

itu.

3 - Orang – orang Cina mempunyai pandangan bangsa

mereka, bahawa jika mereka merebut kuasa dan

menguasai negara orang lain, maka mereka adalah

‘penjajah bentuk baru’.

4 - Orang – orang Cina di Singapura dan Malaysia yang

berminat berkuasa dan memerintah kerana orang Melayu

(dengan paksaan Inggeris) memberi peluang mereka

berpolitik dan berkuasa,

Saya telah meninjau, bahawa kebanhyakan orang Cina di Malaysia tidak lagi ‘gemar atau minat’ sistem kapitalis. Mereka telah tidak tertarik hati kepada sistem dan politik Islam.

Pada masa ini, sebilangan besar ahli UMNO yang bepengetahuan Islam yang luas mempunyai minat dan tujuan untuk membawa UMNO berpadu dengan PAS dan menegakkan Negara Islam, tetapi kerana mereka duduk berlegar di bawah para pemimpin ‘anti negara Islam’, maka terpaksa mendiamkan diri kerana menjaga kedudukan dan periuk nasi masing - masing.

Percayalah, dalam tempoh yang tidak lama lagi, para pemimpin yang anti Islam telah turun dari kedudukan atau meninggal dunia, maka, mereka akan membawa UMNO kepada perpaduan dengan PAS.

PAS juga demikian, maka, mana individu yang tidak mahu parti tersebut berpadu dengan UMNO meninggalakankan Parti tersebut atau meninggal dunia, maka para individu PAS yang baru akan berusaha untuk bersatu padu dengan UMNO.

No comments: