Friday, September 17, 2010

PAS



Zainudin Maidin Dendam Terhadap PAS
PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
MONDAY, 06 SEPTEMBER 2010 12:27

Zainudin Maidin Dendam Terhadap PAS

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Tan Sri Zainuddin Maidin yang masih berpendirian bahawa ada pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman supaya menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 mei 1969. Hari ini beliau dengan megah tidak akan tarik balik dakwaan ini. Sebenarnya pendirian yang diambil oleh Zainudin Maidin bukan merupakan perkara yang pelik, kerana beliau ini orang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

PAS mencabar beliau mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang berjumpa dengan Tunku. Adalah satu perkara yang mustahil perkara yang besar seperti begini, Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin tersebut. PAS ingin mengingatkan kepada Zainudin Maidin, PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur. Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Syura dan muktamar. Contohnya ketika PAS hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional. Perlu diingatkan PAS daripada peringkat awal penubuhan mengambil pendekatan muwajahah silmiah (cara aman) bukan secara tidak tidak demokratik. PAS tetap sabar walaupun provokasi yang pernah dilakukan oleh Umno melalui gerakan pemuda tahan lasak pada tahun 60an. Jadi adakah logik Pas hendak bertindak ganas supaya merampas harta orang china. . Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman. PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada orang Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan. Sebaliknya huru-hara hanya berlaku di luar Kelantan . Kalau ini yang berlaku ini adalah tindakan yang luar daripada landasan perjuangan PAS, iaitu melalui gelanggang demokrasi walaupun dalam keadaan padang yang tidak rata dan tiang gol yang sentiasa diubah.

Apakah Zainudin Maidin yang lama terlibat dengan dunia kewartawanan boleh menjadikan hujah yang tidak tahu hujung pangkal siapakah pemimpin PAS yang bertemu dengan Tunku, maka terus ia membuat rumusan, bahawa PAS juga parti pelampau. Sedangkan apa yang diungkit adalah satu perkara yang besar yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina terhadap perjuangan PAS. Realiti pada hari ini api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno. Beberapa siri demontrasi oleh pemimpin Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu, demo pijak kepala lembu di Shah Alam, isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

Pemimpin Umno sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkit oleh Umno tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat dan pemimpin PAS. Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang ,menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati. Tiba-tiba Zainudin Maidin mengeluarkan cerita yang tidak tahu hujung pangkal kebenarannya, kerana Tunku Abdul Rahman sudah meninggal. Tragedi 13 Mei 1969 kita minta Allah jauhkan daripada berulang kembali di negara ini. Apa tujuan beliau sebut tidak lain dan tidak bukan untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS. Oleh itu beberapa laporan polis sudah dibuat meminta Zainudin Maidin disiasat atas kenyataan beliau, kerana PAS secara rasmi tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa tindakan yang luar daripada keluhuran undang-undang negara.

(Dari laman web PAS)

No comments: