Sunday, September 19, 2010

BERITA


Pemimpin perlu rasai derita rakyat


NAJIB Tun Razak beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri di Dataran Pekan, Pahang, semalam.


PEKAN 18 Sept. - Para pemimpin masyarakat perlu memiliki sifat rendah diri dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seseorang yang bergelar pemimpin bukan bermakna berada pada kedudukan tertinggi atau memiliki keistimewaan tetapi ia satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Para pemimpin juga perlu berhemah dan sentiasa sanggup bersama rakyat tanpa mengira masa terutama ketika mereka berada dalam kesusahan.

"Oleh itu, apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Pekan di sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul kerana parti itu benar-benar berjiwa rakyat dan menjuarai kepentingan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

''Suka saya mengingatkan selagi kita bersikap demikian dan berpegang kepada gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pasti rakyat akan sentiasa bersama-sama BN," tegasnya.

(Berit aini diambil dari Utusan Malaysia online pada hari ini)

No comments: