ZUHUD DAN SEKULAR
Semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w., zaman para sahabat dan khalifah Islam,dua golongan umat Islam,iaitu: Golongan pertama menggelarkan diri mereka ‘zuhud’ secara fanatik atau taasub. Mereka beribadat kepada Allah semata-mata dan menolak kesenangan dunia.Tidak mahu berusaha untuk mencari makan dan minum. Mereka tidak langsung memperduli kebajikan diri dan keluarga mereka.
Kebanyakan dari mereka mengerjakan ibadat secara berkumpul-kumpul dan berbulan-bulan lamanya. Isteri dan anak-anak tidak diambil tahau sama ada mereka atau tidak. Pendeknya mereka menolak dengan meb uta tuli akan keselesaan hidup di dunia ini.
Golongan tersebut menimbulkan masalah dalam masyarakat. Mereka mempengaruhi masyarakat supaya mengikut cara hidup mereka.Mengeluarkan fatua-fatua yang diambil mu’allim, iaitu anak- dan isteri ‘fitnah’, mesti dibiarkan melarat asalah diri sendiri dapat beribadat. Dunia ini bangkai. Mereka menterjemahkan pekaraan ‘fitnah’ dan ‘bangkai’ dengan cara lafzi, iaitu erti dari perkataan semata-mata. Sedang maksud dua perkataan itu lebih luas lagi.
Orang-orang dari golongan tersebut telah mengenepikan banyak ajaran atau hikmat Allah yang menghendaki manusia bertanggungjawab kepada keluarga, jiran tetangga, masyarakat,negara dan umat manusia seluruhnya.
BERJUANG
UNTUK KEHIDUPAN DUNIA
Pada umumnya golongan tersebut kerana fatanatik atau ‘taasub’ disebabkan jahil, mereka tidak mengambil tahu atau tidak faham, yang Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya terdiri daripada manusia-manusia yang zuhud, tetapi mereka menjalankan amalan atau berjuang untuk kehidupan dunia juga.
Nabi Muhammad s.a.w.,para sahabat Junjungan,mengerjakan amal ibadat bersungguh-sungguh,iaitu ‘zuhud’ dan mengerjakan amalan untjuk kebaikan dunia secara bersungguh-sunguh ‘iaitu ‘jihad’. Maksud Hadis Nabi Muhammas s.a.w., ‘Beramal untuk dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya dan beramal (ibadat) untuk akhirat seolah-olah akan mati esok hari.’ Ertinya, kedua-duanya penting kepada tiap-tiap individu yang beriman kepada Allah.
Golongan yang kedua, ialah yang hidup sebagai pemeluk agama Islam yang hadhari atau madani. Mereka taat kepada petuh kepada Aallah dan kuat beribadat dan mereka juga menjalankan berbagai pekerjaan ‘amalan solihat’ – ‘pekerjaan yang baik’, menurut kemampuan ilmu pengetahuan yang ada
pada diri masing-masing.Golongan tersebut dinamakan golongan umat Islam yang hadhari atau madani.
‘Apabila kemewahan dan kemakmuran dapat dinikmati oleh oraang-orang yang berperadaban, secara semula jadinya ia akan menyebabkan menurut cara hidup hadharah, dan menerima adat kebiasaannya.
Sebagaimana seseorang maklumi, hadharah itu adalah suatu penerimaan pelbagai jenis kemewahan, pertumbuhan segla sesuatu yang sehubungan dengannya, dan keterikatan pada kemahiran yang telah diberi segala macam keindahan kepada kehalusan seperti kemahiran memasak, perbuatan pakaian, pembinaan bangunan, atau membuat permaidani, atau tempayan, dan segala sesuatu yang menjadi bahagian rumah tangga’.[1]
Golongan tersebut jika tidak ada ‘iman dan taqwa kepada Allah dan ‘amal maaruf dan menegah kemungkaran’, maka mereka juga akan merosak atau melemahkan umat Islam. Mereka mestilah mempunyai batas-batas yang dapat menghalang mereka dari terlalu ghairah menjalankan kemajuan dunia sehingga mengabaikan kepentingan akhirat.
TERHADAP
HUKUM – HUKUM ALLAH
Mereka akan menjadi manusia-manusia yang meringan-ringankan perintah-perintah atau hukum-hukum dalam agama Islam.Mereka menjadi orang-orang yang mementingkan kebendaan, kekayaan dan kemewahan.Ada kemunginan mereka terpengaruh dengan peradaban yang berlawanan dengan agama Islam.
Golongan orang Islam yang lebih mementingkan kebendaan, kekayaan dan kemewahan, biasanya tidak dapat mengawal diri mereka daripada melakukan pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah,seperti mengamalkan riba, pemerasan, penipuan, rasuah, zina,arak dan sebagainya.
Amalan-amalan yang melanggar perintah dan hukum Allah seperti di atas sentiasa berlaku di kalangan rakyat yang beragama Islam di negara kita ini pada masa-masa yang lalu, sekarang dan tentunya akan berlaku juga pada masa akan datang.
Saya berpengalaman bergaul dengan orang-orang Islam yang siang malam melakukan amalah-amalan yang berlawanan dengan agama Islam,mereka sering berkata:
· Pada masa muda nilah nak injoi (melakukan maksiat),bilah dah nak mati boleh beribadat.
· Dosa dengan pahala macam minyak dengan air.
· Tuhan Pengasihani, kita buat dosa macam besar pun Dia ampun.
· Di akhira mana ada ni semua,masa hikduplah kita kena rasa.
Elok kita menghayati maksud firman Allah berikut ini:
Allah menjanjikan kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan perebuatan baik, bahawa mereka akan diberi warisan kekuasaan di muka bumi, sebagai mana telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum mereka, dan akan diteguhkan kedudukan agama (Islam) mereka yang telah disukai oleh Allah, dan akan menukar (keadaan) mereka, sesudah ketakutan menjadi aman sentosa (keamanan dalam perasaan dan pergaulan hidup).Mereka menyembah Aku dan tidak memperse- kutukan barang sesuatu dengan Aku. Barang siapa yang ingkar sesudah itu, merekalah orang-orang yang jahat.[2]
An Nur:55
Untuk menyedar atau membimbing umat manusia dari golongan tersebut, Allah telah menceritakan catatan sejarah dunia, iaitu yang telah berlaku pada zaman Nabi Musa alaihis salam , mengenai seorang alim dari kaum kerabat Nabi Musa alaihis salam yang kemudiannya melanggar hukum Allah. Akhibatnya, Allah dengan segala kekuasaannya telah dimusnahkannya, iaitu hartawan Qarun. Allah berfirman yang maksudnya:
Sesungguhnya, Qarun itu masuk kaum Musa, tetapi dia melakukan aniaya kepada mereka, dan Kami kurniakan kepadanya kekayaan, yang anak-anak kuncinya berat dipikul oleh sekumpulan orang-orang yang kuat. Perhatikanlah, pada ketika kaumnya telah berkata kepadanya:Jangan kamu sombong; sesungguhnya Tuhan tidak menyukai orang-orang yang sombong.Lalu dia dan mahligainya Kami benamkan ke dalam bumi, dan dia tidak mempunyai golongan yang akan menolongnya selain dari Allah, dan dia tidak dapat menolong dirinya sendiri.[3]
Al Qasas:76, 81.
Di negara kita ini telah berlaku individu-individu yang kaya raya yang boleh diumpamakan seperti Qarun. Contohnya, pada masa negara kita belum mencapai kemerdekaan, iaitu sekitar tahun 1949 hingga 1956. Di antara mereka tersebut ada seorang yang kuat iman dan taqwanya kepada Allah,memimpin kelumpuk orang Islam dan mengetuai sebuah institusi Islam, tetapi setelah negara mencapai kemerdekaan, individu itu telah bertukar corak, iaitu menjadi orang yang paling kuat dalam industri perjudian.
MUSUH – MUSUH
AGAMA ISLAM
Orang-orang yang seperti di atas paling bahaya kepada negara Islam hadhari.Mereka menjadi musuh Allah dan musuh rakyat (umat Islam). Mereka adalah orang-orang munafiq dalam Negara Islam hadhari.Perdeknya mereka akan menjadi manusia yang meng‘halal’kan apa yang Allah telah mengh‘haram’kan.
Kita boleh mengambil umat Arab di beberapa buah negara sebagai contoh panduan kepada kita. Mereka itu berada di atas bumi tempar mula terpancarnya agama Islam dan permulaan Negara Islam, iaitu yang dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w., tetapi kerana kebanyakan dari umat tersebut lebih mementingkan kebendaan,kekayaan dan kemewahan, pada masa ini mereka hidup dalam keadaan yang huru hara, berpecah belah dan lemah sehingga menjadi alat golongan musuh-musuh agama Islam.
Tiga faktor berikut ini adalah menjadi penyebab umat Arab berpecah belah, porak peranda dan berada di bawah pengaruh kekuatan golongan atau negara yang menjadi musuh agama Islam dan umat Islam:
Pertama: Kerana pendidikan yang berbeza – pendidikan Islam dan
pendidikan sekuler Barat seperti, kapitalisme,sosialisme
dan komunisme -, di kalangan rakyat dan ditambah dengan
sikap menindas atas golongan miskin,maka tidak wujud
perpaduan dan harmoni.
Kedua: Kerana mengejar kebendaan, kekayaan dan kemewahan
hidup, mereka sanggup menjadi tali barut atau bekerjasama
dengan musuh-musuh agama Islam dan umat Islam. Mereka
menjalankan berbagai tindakan untuk menghancurkan
umat Islam di negara-negara Arab.
Ketiga: Para pemimpin yang terdiri dari mereka yang berpendidikan
sekular Barat atau duniawi yang memisahkan urusan duniawi
dengan agama atau akhirawi, telah menghancurkan
pergerakan atau harakah Islam dengan menubuhkan
pergerakan atau harakah yang bercorak atau berdasarkan
kebendaan danmenentang Islam,seperti kapitalisme,
sosialisme dan komunisme atau athisme.
Penomena tersebut telah berlaku di Palestin, Mesir,
Kuwait, Iraq dan Negara - negara bukan Arab (‘Ajami)
seperti Lybia dan Turki.
Pemerintahan Islam di Cordova, Sepanyul (661-1030 AD)
telah jatuh dan hancur disebabkan oleh orang-orang Islam
yang terlalu mengejar kebendaan dan kemewahan
bersekongkol dengan musuh-musuh Islam,iaitu orang-orang
Kristian.
Perhatian: Perkataan secular (sekular), ertinya, hal duniawi atau kebendaan.Tidak hanya digunakan pada orang-orang yang beragama lain dari agama Islam, tetapi digunakan juga pada orang-orang Islam. Orang-orang Islam yang zuhud atau yang beribadat kepada Allah atau akhirawi semata-mata tidak dihitung orang-orang sekular.Manakala orang-orang Islam yang beriman, bertaqwa, beribadat kepada Allah, tetapi mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan atau amal maaruf, seperti dalam bidang kemasyarakatan,ekonomi, politik dan segala yang bersifat duniawi, dihitung orang-orang sekular juga, tetapi sekular cara Islam. Orang-orang yang‘zuhud dan mengamalakan kebajikan atau amal maaruf; hal-hal kehidupan duniawi dinamakan ‘zuhud’ dan ‘sekular’.Sekular mereka itu bersifat Islam atau tidak berlawanan dengan agama Islam.
Perhatikan maksud firman Allah seperti maksudnya di bawah ini. Di dalamnya
ada dua unsure bagi manusia,iaitu, zuhud dan sekular:
Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah(mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangn-Nya) necaya akan diadakan jalan keluarbaginya (dari segala yang menyusahkannya) serta memberi rezeki dari sumber yang tidak terlintas di hatinya.[4]
· Taqwa kepada Allah dan membelakangi kehidupan dunia, ialah
zuhud.
· Tawqa kepada Allah dan menjaga kebaikan duniawi, ialah sekular.Sekular dalam Islam tidak sama dengan sekuler dalam agama – agama lain. Sekular dalam Islam, ialah menuntut atau bermal untuk dunia dan akhirat.
Dalam Negara kita,Malaysia, kita tidak perlu, bahkan di anggap mrbahaya, secular ala Barat. Kita perlukan umat Islam yang secular ala Islam, yanhg sesuai dengan Hadis nabi Muhammad s.a.w., iaitu , tuntutlah dunia anda seolah –anda hidup selama – lamanya dan tuntutlah hari akhirat anda seolah –olah anda akan mati pada esok hari. – mokhtar petah
[1] Ibndu Khaldun,1993, Muqaddimah Ibnu Khaldoon (terjemahan),Kuala Lumpur,Dewan Bahasa
dan Pustaka,hl.429.
[2] An Nur:55
[3] Al Qasas: 76 dan 81
[4] At Talaq:2,3.
No comments:
Post a Comment