Sunday, September 19, 2010

TERKENANG KENALAN


KHASIAT AKAR SERUNTUN

Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, pada Rabu lalu, saya telah bertemu dengan tiga kenalan baru, dari Kepala Batas, Pulau Pinang, penyokong kuat Datuk Seri Abdullah Badawi tetapi tidak berpeluang bertemu dengan beliau.

Mereka itu, Prof. Dato’ Zainal Abidin Ahmad, Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mohd. Shahrin Mohd. Zainuddin ahli koporat dan Dato. Hj. Rosli bin Abd. Latif Pengerusi Eksekutif Perkapalan Delta Liner – Malaysia.

Prof. Zainal, Mohd. Shahrin dan Hj.Rosli

Mereka itu muda dari saya antara lima hingga tujuh tahun. Pada 3 Julai lalu telah mencapai 74 tahun. Ramai rakan – rakan saya yang sebaya telah berhijrah ke alam minyak dan beras mahal. Saya menanti, ‘terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu atas kapanku’.

Pokok seruntun ditanam dalam pasu

Sambil makan tengah hari, mereka telah bertanya kepada saya, iaitu apa yang menyebabkan saya kelihatan sihat dan segar. Saya menjawab soalan mereka itu, iaitu:

(1) Yakin diri.

(2) Elakkan dari susah hati dan rasa kecewa.

(3) Sentiasa riadah otak dengan berfikir dan menulis.

(4) Minum air akar seruntun atau patawali satu camca besar

Sekurang-kurangnya tiga pagi dalam seminggu.

Sentiasa bersahabat dengan bunga-bunga di taman.

Akar seruntun itu pahit amat. Direbus kira-kira dua inci dan minum air yang suam dengan madu lebah. Menurut para ulama zaman silam (belum merdeka), insya Allah mengelakkan dari penyakit kencing manis, kuat tenaga, pantas berfikir dan tidak stress.

Untuk memudahkan, air akar itu disimpan dalam botol (tak boleh dalam plastik) dan simpan dalam peti air.

Khasiat bagi orang perempuan, kulit lembut dan licin, kelihatan jelita asli, buah dada jadi tegang, banyak susu (bagi ibu yang ada bayi) dan tidak stress.

Tanamlah pokok atau akar seruntun dalam pasu, jadi ubat dan penghias halaman rumah.

No comments: