Saturday, September 25, 2010

BERITA


Pusat setuju jual empangan Bakun kepada Sarawak

2010/09/25

EMPANGAN Elektrik Hidro Bakun di Belaga  kini sudah  sedia untuk dimasukkan air.
EMPANGAN Elektrik Hidro Bakun di Belaga kini sudah sedia untuk dimasukkan air.
Kerajaan Persekutuan mulakan rundingan tentukan harga

KERAJAAN Persekutuan bersetuju menjual Empangan Elektrik Hidro Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah memulakan rundingan bagi menentukan harganya.

"Sarawak menawarkan untuk membeli. Kerajaan Persekutuan kata ok dan kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut.

"Berasaskan perkara itu, mereka mahu membeli dan kami kini berbincang mengenai harganya," katanya kepada BERNAMA


Chin berkata, projek empangan Bakun, di bawah Kementerian Kewangan Inc, kini sudah bersedia untuk dimasukkan air.


"Usaha memenuhkan takungan empangan seluas Singapura itu, dijadual dimulakan bulan depan," katanya.

Projek Bakun itu, iaitu empangan elektrik hidro terbesar di Malaysia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, kira-kira 37 kilometer di sebelah hulu Belaga.

Projek elektrik hidro itu -mula dicadangkan pada awal 1980-an oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempelbagaikan sumber kuasa negara ini dan mulanya diberikan kepada Ekran Bhd, sebuah syarikat yang dikuasai usahawan, Tan Sri Ting Pek Khing.


Kerja fizikal empangan itu bermula pada 1994.


Sarawak Hidro diwujudkan bagi mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek itu pada 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997/98 melumpuhkan projek itu.


Pada akhir 2002, sebuah konsortium yang diketuai Sime Darby Bhd memenangi tender kompetitif untuk melaksanakan kerja awam bagi empangan itu pada harga kurang RM1.8 bilion.


Kos keseluruhan Bakun secara rasminya diletakkan pada harga RM7.3 bilion, tetapi berikutan lebihan kos, ganti rugi kelewatan dan kadar faedah, kos muktamadnya dikatakan meningkat.


(Berita inidiambil dari Berita harian online, pada hari ini)

No comments: