Saturday, September 11, 2010

BERANSUR SIHAT



HANYA IKUT BERAYA AIDIL FITRI





Al hamdulillah, sakit yang memeluk - ramas tubuh saya semenjak 17 Julai hingga 13 Ogoas - menyebabkan saya terlantar dan di rawat di Hospital Putrajaya dan Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, telah beransur diredakan oleh Allah Subhanahu wa Taala dan saya beransur sihat.
Saya mengalami kerugian dalam beribadah dan menunaikan kewajipan saya kepada Allah, kerana sepenjang bulan puasa, saya tidak boleh - tidak dibenarkan - berpuasa. Tiap - tiap hari diwajibkan menelan dan minum ubat. Pada tiap - tiap hari diwajibkan makan dan menum ubat
- kira - kira 15 biji dan kira - kira lima sudut air mengandung ubat.
Pada hari raya semalam dan hari ini saya hanya turut berhari raya bersama isteri dan tiga orang anak lelaki bujang di rumah kami di Putrajaya.
Mereka amak suka dan gembira keran apada hari raya ini mereka dapat memakan 'nasi daun bemban' dan 'ubi kayu daun bemban' yang saya ajar isteri dan anak - anak saya membuat dan memasaknya.
Makanan nasi daun bemban dan ubi kayu daun bemban itu telah menimbulkan kenangsan saya pada masaya bersama Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah ibnu Sultan Alang Iskandar Shah- 1960 - hingga 1980 - an -, pada hari hari kami memakan makanan tersebut bersama orang - orang kampung dan para Orang Asli di pingghir rimba, dalam daerah Grik, Hulu Perak.






Gambar nasi dan ubi kayu daun bemban







No comments: