Friday, September 10, 2010

TERKENANG KAMPUNG BUNDA



KENANGAN DI KAMPUNGKU
PERISTIWA KUMPULAN AL MA’UNAH

Kampung Ngor (bahasa orang Champa; ertinya, tempat singgah). Kampung ini di bahagian belakangnya banjaran Gunung Bintang Hijau, dikelilingi oleh kampung Jenalik Hilir, Jenalik Hulu, Changkat Duku dan Sauk.

Kampung ini telah berlaku traged yang dihgelar Al Maunah, seorang penduduk kampung ini, Mohd. Amin bin Ghazali bin Husin Kurus, telah dituduh bersama rakan - rakann ya ahli persilatan dalam kumpulan Al maunah, mencuri atau menyamun sejnat - senjata perang dalam kem Askar Wataniah, Di Gerik dengantujnuan hendak menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong. Mohd. Amin terloah digantung sampai mati. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan kampun Ngor.

Di sebelah timurnya terbentang indah tasik Cenderuh dari sungai Perak yang direntangi empangan Chenderoh yang telah dibina pada tahun 1930-an.

Aku dilahirkan di sini (baca novel: Kasih Ibuku dan buku Memoir penulis: Patah Sayap Bertongkatkan Paruh). Dibesarkan di sini. Belajar di beberapa tempat termasuk di Kepala Batas Pada tahun 1953-55. Berguru kepada Sheikh Abdullah Fahim, Datuk Haji Ahmad Badawi, Ustaz Haji Abdul Halim Al Hadi, Haji Ahmad Maliki. Pada masa itu Abdullah Ahmad Badawi masih bersekolah rendah, High School, Bukit Mertajam.

Di kampung Ngor dan Bukit Jenalik inilah telah berlaku kejadian kumpulan Al Maunah pimpinan guru silat, Mohd. Amin Ghazali dikatakan merompak senja dalam kem tentera wataniah di Grik.

Kepada saya dia mengaku menjunjung Quran, bahawa dia dan kumpulannya tidak melakukan kejahatan itu. Tetapi kerana pihak tentera kuat keterangan, maka dia telah dihukum gantung.

Gambar-gambar ini adalah kenang-kenangan aku dengan isteri, anak-anak dan kaum kerabat pada Hari Raya Korban tahun lalu.





Saudara - saudara dan kerabat di kampung menyambut hari raya

Pada Hari Raya ini, kami tidak balik ke kampung Ngor, kerana ibu dsan ayah kami telah kembali ke alam akhirat. Yang masiah tinggal, adik kami, Ustgz Ghazali Perak, bekas penuntut Kolej Islam, Laknow, India, guru agama Brunei Darus Salam, pegawai kebajikan Felda Padang Piol, Jewrantot, Pahang dan guru ta'asmir dalam daerah Kuala Kangsar. Beliau asedang uzur.


No comments: