Friday, December 5, 2008

SAINS POLITIK


( Sambungan dari Jumaat lalu)

NEGARA ISLAM NEGARA KEREDAAN ALLAH

Oleh: Mokhtar Petah

Pemimpin dan para anggota Kabinet Negara Islam mestiah terdiri daripada orang Islam – beriman dan taqwa - , tidak melakukan perbuatan maksiat termsuk rasuah dan politik wang, mesti bermanah, beraklak mulia dan tidak mengutamakan diri sendiri dan keluarga serta tidak pilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.
Pemimpin dan para anggota kabinet dan ahli majlis syura atau Parlimen Negara Islam boleh diangkat atau dipilih dari individu rakyat negara tersebut yang beragama Islam dan tidak ambil kira asal usul keturunan atau bangsanya.
Sesiapa yang menonjol – nononjolkan diri dan meminta dipilih atau diangkat menjadi pemimpin atau anggota kabinet, dianggap tidak layak menjadi pemimpin dan anggota kabinet Negara Islam.
NEGARA KEBAJIKAN
Pendeknya setiap individu yang mahu memimpin Negara Islam dan menganggotai kabinet negara tersebut mestilah dalaman dirinya Ikhlas kepada Allah. Dia sendiri ada perasaan takut dan malu kepada Allah. Ertinya dia tidak boleh berpura - pura kepada rakyat kerana Allah mengetahui akan dirinya.
Negara Islam adalah negara keredaan Allah. Negara kebajikan. Semua tanggungjawab negara kepada rakyat yang terdiri dari berbagai bangsa atau keturunan dan agama mestilah tidak terkeluar dari petunjuk dalam Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama Islam.[1]
WARNA KULIT
Pemerintah Negara Islam menjalankan pemerintahan dengan adil atau saksama kepada semua rakyatnya dengan tidak membezakan asal usul keturunan, warna kulit, agama dan sebagainya.Mereka mendapat hak sebagai rakyat yang setia kepada pemerintahan Negara Islam.
Beberapa ayat Quran menjadi panduan Negara Islam tentang keadilam, di antaranya:

Sesungguhnya Allah memerintahkan (agar) menjalankan

(pemerintahan atau sebarang peraturan) dengan adil dan

Ihsan dan memberi kepada kerabat - kerabat, dan (Allah)

Melarang perbuatan keji, pelanggaran dan pendurhakaan.

Dia mengajar kamu agar kamu mengerti.[2]

Rakyat Negara Islam yang tidak beragama Islam,boleh menjadi wakil kaum atau masyarakat mereka dalam majlis syura atau parlimen, tetapi dia hanya boleh membawa segala masalah kaum atau masyarakatnya ke dalam majlis syura atau parlimen, tetapi tidak boleh membangkang dan mengungkit dasar negara dan sebagainya.
PARTI POLITIK
Biasanya Negara Islam (kembali kepada zaman Pemerintah Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w.) tidak mempunyai berbagai hazb (pertubuhan, organisasi atau parti politik.) Tetapi dalam Negara Islam boleh diadakan parti politik, tetapi parti itu hanya berdasar dan beideologikan Islam sahaja.Tidak dibenarkan parti politik yang tidak berideologikan Islam wujud.
Apabila wujud Negara Islam, maka negara itu tetap kekal sebagai sebuah Negara Islam dan tidak boleh diubah kepada pemerintah yang bercorak atau berideologi lain dari Islam.
Ditakdirkan Malaysia menjadi Negara Islam, maka semua parti politik yang tidak berideologikan Islam tidak dibebenarkan wujud. Parti – parti politik bercorak kebangsaan dan kapitalisme, sosialisme, komunisme dan pendeknya sebarang parti politik yang berlawanan dengan Islam tidak boleh diwujudkan.
Tujuan parti – parti politik di Malaysia yang berpegang kepada ideology ialah dengan tujuan untuk mengubah corak kerajaan yang ada kepada caorak Negara Islam atau Negara Sosio – demokrasi dan sebagainya.
(bersambung kepada Jumaat 12 Disember 2008).



[1] Ijmak Ulama (kumpulan orang alim). Para anggotanya terdiri dari para ilmuan Islam dalam berbagai bidang, termasuk bidang biologi, teknologi, arkitek, jurutera dan sebagainya

[2] An Nahl: 90 . erti memberi kepada kerabat, ialah menjaga muslihat kerabat,bukan bererti mengambilharta Negara untuk kerabat atau pilih kasih.

No comments: