Wednesday, December 3, 2008

KETUANAN MELAYU


MALAYSIA BUKAN KERAJAAN MELAYU?

Oleh: Mokhtar Petah

“ … lebih baik kita jangan guna perkataan ‘ketuanan Melayu’ kerana dikhuatiri ia mampu mencetuskan pertikaian . Tak perlulah kita gaduh – gaduh,” demikian dialog keramat Presiden GERAKAN dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar Ahad lalu.
Dr.KohTsu Koon di antara beberapa orang tokoh politik bukan Melayu yang menimbulkan isu ‘ketuanan Melayu’ yang menimbulkan perhatian umum hari ini.
Beliau mengeluarkan dialog keramat itu kerana mengulas kenyataan Timbalan Preden MCA, Datuk Sri Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA, Datik Paduka Chew Mei Faun mengenai ‘ketuanan Melayu’.
TANGGUNGJAWAB
“Kita perlu merujuk kepada Perlembagaan di bawah Artikel 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak,”kata Dr. Koh Tsu Koon.
Artikel 153 (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang Diertuan Agong memeliharan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana – mana Negeri Borneo dan kepentingan – kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, “ Adalah salah dan tidak tepat bagi sesiapapun, sama ada di dalam atau di oluar parti untuk mengatakan kerajaan (Malaysia) adalah sebuah kerajaan Melayu.”
BANGSA MELAYU
‘Ketuanan Melayu’ masih wujud, boleh dihormati dan akan terus kekal selagi bangsa Melayu wujud di Semenanjung ini dan walaupun ditakdirkan Raja – Raja Melayu telah tidak ada lagi.
‘Ketuanan Melayu’ tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun kerana ia adalah rakaman dalam sejarah bangsa Melayu. Sejarah menunjukkan ‘ketuanan Melayu’ adalah salah satu dari dua perkara berikut ini:
1 - Raja Melayu yang memerintah Negeri –
Negeri – selepas meredeka Yang Dipertuan
Agong sebagai ketua kepada Raja - Raja
Melayu memerintah Negara ini -. Maka
mereka adalah tonggak ‘ketuanan Melayu’.
Atau,
2 - Bangsa Melayu bangsa asal dan pemilik
Semenanjung Tanah Melayu termasuk
Temasik (Singapura) dan pulau – pulau di
bawah takluknya.
KERAJAAN MALAYSIA
Di segi sejarah dan konvensyen bangsa, Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan Melayu, kerana ia duduk di bawah kuasa Yang Dipertuan Agung dan negeri - negeri dalam Malaysia, di bawah Raja-Raja Melayu.
Tetapi di segi Perlembagaan memanglah bersifat Kerajaan Malaysia, Iaitu kerajaan berkongsi kuasa dengan orang – orng keturunan lain, iaitu Cina dan India.
Singapura sebagai contoh; walapun ia diprintah oleh orang – orang Cina keturunan orang Cina dari Tanah besar Cina, tetapi pada hakikatnya pulau itu milik Melayu.




BAHASA MELAYU
Ada beberapa perkara Singapura tidak boleh menolak atau membuang dari Melayu, iaitu orang Melayu rakyatnya, bahasa kawad tentera dan bahasa Melayu.
Jika kita kembali kepada ucapan gembira pemimpin orang Cina, Tun Tan Sew Sin dan pemimpin orang India, Tun V.T. Sambantan, bahawa mereka gembira dan bertuah kerana orang Melayu telah menerima mereka (orang-orang ketuurnan Cina dan India) menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu merdeka.
Orang Melayu yang memperjuangkan hak ketuanan Melayu hendaklah menyedari akan kesilapan atau ‘pak turut’ pemimpin – pemimpin Melayu di kalangan UMNO, pada masa menuntut kemerdekaan dulu.
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi yang ditubuhkan pada Oktober 1945, dan UMNO pada 1946, dalam rangka menuntut kemedekaan tekah menetapkan akan dasar Negara Melayu yang merdeka, iaitu:
Satu banga, bangsa Melayu;
Satu Negara, negara Melayu;
Satu bahasa, bahasa Melayu;
Agama Islam, agama Negara.
Malangnya, dasar itu hilang sama sekali, setelah beberapa tokoh dalam Melayu UMNO bersekongkol dengan penjajah Inggeris dengan mewujudkan undang – undang darurat pada tahun 1948. Akibatnya semua pejuang kemerdekaan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditangkap dan di tahan dalam khemah tahanan.
Ada di antara mereka dituduh menjadi orang komunis dan menyertai Parit Komunis Malaya.
TOKOH POLITIK
Apabila Tunku Abdul Rahman mengetuai tokoh – tokoh politik orang Melayu, orang Cina dan orang India, beliau dan mereka tidak memakai dasar yang diwujudkan oleh Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sebaliknya mereka mengikut terlunjuk penjajah Inggeris dan runding muafakat dengan pemimpin – pemimpin orang Cina dan orang India sahaja.
Kesudahannya, wujudlah kerajaan negara ini bukan kerajaan Melayu tetapi Kerajaan Malaysia, iaitu orang Melayu berkongsi kuasa dengan orang Cina dan India ke atas negara ini.
Apa hendak dikatakan lagi, ibarat nasi telah menjadi bubur. Orang – orang bukan Melayu eloklah tidak membuka mulut menimbulkan halk ketuananan Melayu lagi dan orang Melayu pula tak usahlah membanggakan ‘ketuanan Melayu’ kerana perkara itu akan menimbulkan sesuatu yang tidak baik kepada negara dan rakyat.
Yang amat penting, semua kaum (mengikut perlembagana) hendaklah bekerjsama dengan jujur atau Ikhlas, pupukkan rasa persaudaran dan memikul tanggungjawab bersama untuk memaju dan menjaga keamanan Negara ini.
Berfikirlah secara orang berpengetahuan, iaitu , ‘ Dimana langi dijujung disitu bumi dipijak.” Orang Melayu belalah diri sendiri agar tidak menjadi manusia merempat di bumi sendiri dan orang-orang dari keturunan lain, jagalah perimbangan hidup; jangan tamak atau haloba, sehingga mengakibat rasa tidak senang di kalangan orang Melayu.
Kita tidak mahu ada ‘Yahudi baru’ di bumi Melayu ini.
(Tamat)


1 comment:

Anonymous said...

Setuju kenyataan Ketuanan Melayu kini tidak relevan, dan perlu direlevankan semula. Sebab dalam banyak hal dah jadi Ketuanan Imigran/asing. Akibat kelalaian pemimpin yang leka.

Realiti ini perlu disedari dan diambil langkah bererti oleh kalangan Melayu. Hakikatnya di negara ini, ketuanan Melayu yang perlu diserlahkan.

Kerana ini Tanah Melayu yang tentunya berkerajaan Melayu, maka rakyat Melayu yang pelbagai kaum mesti kembalikan martabat dan ketuanan ini.