Wednesday, June 13, 2012


TERKENANG


                     UNGKIT BANGSA MELAYU

Tragedi 13 Mei 1969   yang telah memakan banyak kurban manusia di kawasan Kampung Baru dan Chow Kit, Kuala Lumpur telah menjadi catatan hitam dalam sejarah Malaysia. Tragedi itu dapat menjadi satu ’batu bersurat pengajaran’ kepda rakyat Melayu yang terdiri dari berbagai-bagai ketgurunan ini.
Kira-kira dua bulan sebelum tragedi itu berlaku, aku telah menghadiri satu perjumpaan yang telah diadakan oleh Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) pada satu malam, di sebuah bangunan dalam Bandar Ipoh. Pada malam itu tidak ada wartawan yang dijemput hadir dan perjumpaan itu tertutup kepada media.
Walaupun aku seorang wartawan, tetapi kerana aku bersahabat dengan beberapa orang tokoh penting dalam parti itu, di antaranya S.P.Seenivasaga (presiden), D.R. Seenivasagam (setiausaha agung) dan anggota-anggota, Shamsuddin Harun, Kong Kok Yat dan P.Patto, maka telah dijemput hadir. Mereka telah meminta aku tidak membocorkan segala sesuatu dalam perjumpaan itu kepada akhbar.
Pada malam itu beberapa orang anggota PPP yang terdiri dari bukan Melayu, telah berucap dengan penuh sentimen politik dan perkauman. Mereka telah mengungkit perkara-perkara yang sensitif pada orang Melayu, seperti berikut:
Hak istimewa bangsa Melayu sebagai ketuanan negara ini.
Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
Agama Islam menjadi agama rasmi negara.
Selain dari itu ada di antara yang berucap itu telah menghina orang Melayu dan mencaci agama Islam. Aku melihat beberapa orang Melayu yang menganggotai parti itu senyum kelat mendengar ucapan rakan-rakan  mereka.
Aku yang menjadi tetamu mereka, telah didesak oleh perasaan khuatir sesuatu kemungkinan akan berlaku kemudiannya, kerana bangkitan mereka itu boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan akan berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Beberapa hari kemudian beberapa orang bukan Melayu dalam parti-parti pembangkang di Kuala Lumpur telah menggunakan  perkara yang sensitif seperti diatas sebagai isu- isu menyanggah dan menentang kerajaan.
Pada malam sebelum berlaku 12 Mei 1969, aku berada dalam bandar Ipoh, iaitu setelah menunaikan sembahyang di surau polis Pekan Baru. Satu perarakan yang dianjurkan oleh PPP kerana menyambut kemenangan calon-calon parti itu yang yang telah menang dalam pilihanraya.
Lebih lima ratus orang-orang bukan Melayu telah menaiki lori-lori dan barakdi jalan raya di hadapan kediaman Menteri Besar Perak. Mereka telah melaungkan kata-kata kesat kepada pemimpin kerajaan negeri itu.  
Pada 13 Mei, seorang rakanku di Kuala Lumpur telah menelefon aku dan memberitahu, bahawa dia dan rakan-rakannya akan berjuang habis-habisan kerana orang-orang bukan Melayu telah menghina bangsa Melayu dan mempertikaikan kesucian agama Islam.                                      
Walaupun tragedi yang telah berlaku di Kuala Lumpur tidak merebak ke Ipoh dan di seluruh negara, tetapi pada umumnya orang-orang Melayu telah memandang sebelah mata kepada orang-orang keturunan lain akibat daripada mereka memainkan isu mengungkit ’bangsa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam’. *

* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.

No comments: