Sunday, June 3, 2012


Cerpen

                                        SURAU TEPI TASIK

                                       Oleh: Mokhtar Petah

Senja di daerah makmur, Tasik Mak Banun. Ribut dan hujan mengamuk. Petir dan kilat sabung menyabung. Air tasik itu menjadi ombak besar. Gelombang . Pepohonan di sekitarnya ada yang tumbang. Patah relah. Tercabut pangkal dan tunjang dan hilang diterbangkan ribu entah ke mana. 
Sebuah surau dua tingkat baru kira - kira dua bulan siap di bina , di tepi tasik itu, Roboh. Ranap. Bombongnya dan atapnya dari batu genting di terbangkan ribu dan bertaburan dalam tasik tersebut. Seluruh tingkat bawahnya, termasuk perpustakaan dan perabot tenggelam dalam bumi.
Kejadian itu seperti kisah zaman silam. Zaman umat manusia memerangi para Rasul Allah. Ribut pasir.Batu bara dan pana membelah bumi. Hartawan Qarun bersama mahligai dan harta bendanya ditenggelam bumi. Peristiwa itu seperti berulang lagi pada senja tersebut.
PADAT DAGING
Dewan yang dikhaskan kepada jemaah wanita dalam surau itu tenggelam dalam bumi di situ. Hartawanita, Datuk Eliza binti  Mat Tuah yang sedang menunggu ketibaan para ahli jemaah sejenis dalam dewan itu untuk sembahyang fardu Maghrib, telah mati di situ. Tubuhnya yang padat daging itu, ditemui dalam tanah lumpur, bawah lantai surau tersebut. 
Sejak pada malam itu hingga dua hari kemudian para sahli jmaah surau tersebut bersama anggota - anggota polis, tentera, bomba, ahli - ahli beberapa badan sukarelah telah menemui mayat  Datuk Eliza yang telah busuk itu.
     Kepala gadis yang  kaya raya dan dermawati itu pecah. Leper. Tubuhnya terputus dua. Leper. Puntung - puntung kaki dan tangannya, putus berkatam - katam. Leper jua. 
TANAH WAKAF
Para anggota Pasukan Penyelamat terjumpa sebuah caping  dan seutass rantai emas di kelangkang Datuk Eliza yang leper itu.
    Surau yang cantik itu  dibina atas sebidang tanah wakap surau dan masjid, milik jabatan agama Islam dan adat istiadat Melayu negeri. Semua wang  untuk membina surau itu didermakan oleh Datuk Eliza.
     Datuk Eliza anak tunggal kepada hartawan Mat Tuah, di mukim Durian Pipit Uban. Kerana Mat Tuah bersahabat dengan seorang Inggeris – Yudi, pengurus ladang getah, dalam daerah itu, maka puterinya, Eliza yang lulus tingkatan enam, telah berjaya melanjutkan pelajarannya, dalam jurusan undang – undang, di sebuah universiti terkemuka, di Bandaraya London.
WANITA MELAYU
Di universiti itu juga Datuk Eliza menuntut ilmu ekonomi, bagi melayakkan diri menjadi seorang wanita Melayu yang berjaya dalam bidan perusahaan dan perdagangan setelah tamat dari universiti itu nanti.
Apabila  Eliza telah tamat menuntut di universiti tersebut, dia telah menjalankan latihan amali di sana selama setahun. Sepanjang tahun menjalankan latihan amalinya, dia telah menelan pendapat wanita – wanita di sana, iaitu wanita zaman modan tidak boleh menjadi isteri taatkan suami, meleyan suami, menjaga harta suami seperti yang ditentukan dalam agama Islam.
“Wanita mesti mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki ..., tidak boleh ikut Islam ..., tidak boleh terima pendapat Nabi Muhammad ..., kolot ...,” kata ativis pergerakan wanita di sana, Prof. Sara Millon.
HUKUM ISALAM
“Kita boleh bekerja, berniaga ..., mencari kekayaan dengan apa cara jua ..., jangan hiraukan hukum Islam ..., itu karut ..., kita akan jadikan kita mundur kalau ikut Islam ...,” kata Sara Millon.
    “... ada syurga, tak ada neraka ..., kita mesti cari kekayaan, walau pun dengan tubuh kita sendiri ...,” tambah Prof. Sara Millon.
               Eliza telah menerima pendapat wanita yang memegang tiga ijazah Ph.D itu. Wanita tersebut seorang profesor sosiologi dan sains politik. Dia juga termasuk dalam golongan isteri Nabi Luth, iaitu mengamalkan lesbian.
KELAB MALAM
Setelah kembali ke tanah air, Elisa telah menjalankan berbagai perusahaan dan perniagaan. Dia memiliki saham dalam syarikat kolab malam, syarikat impot arak, syarikat hiburan - tarian, nyanyian, lakonan dan perfileman.
         Di kalangan wanita – wanita muda dan gadis – gadis cantik yang mengenapikan hukum – hakam agama Islam, emngakui Datuk Eliza seorang perempuan yang baik dan berperikemanusiaan kerana telah menolong mereka mendapat kemewahan dengan memperdagangkan tubuh kepada para lelaki yang kaya raya.
         “ ... dia tu ibu ayaklah ..., tapi dia tolong kita ..., kita boleh pakai kereta ..., hidup senang lenang kerana pertolongan dialah ...,” kata Sarina penyanyi dan pelakon drama.    
PERBUATAN ZINA
 Walau seorang ustazah telah memberitahu Eliza; peniagaan lagu - lagu wanita, tarian, lakonan dalam filem dan drama seperti berniagaan perbuatan zina, tetapi dia tidak pedulis. Dia menganggap ustazah itu kolot. Sebaliknya dia setuju dengan pendapat pertubuhannya, iaitu ‘Badan Wanita Islam Antarabangsa’, bahawa manusia tidak boleh menentukan halal atau haram. Hanyalah menjadi penentu segala - galanya.
          Kadang – kadang Eliz melakukan perzinaan dengan orang – orang kenamaan, para pelancong yanng kaya raya dan para lelaki hartawan dengan tujuan mendapatkan wang dan kekayaan.
 Kira – kira tida tahun kemudian, setelah dia melakukan hubungan dengan seorang Orang Besar sebuah negeri, dia telah menerima gelaran ‘Datuk Peduka Maha Maya’ dari negeri tersebut. Maka namanya telah beerpangkalkan datuk – Datuk Eliza.
HUJUNG USIA
 Datuk Eliza telas membulatkan tujuan.Memaraskan tujuan. Menolak kebiasaan bagi manusia, maka dia tidak mahu bersuami sampai ke hujung usia. Ada suami menyusakan dirinya. Tidak bebas.
           Seperti kebanyakan hartawan Melayu suka menderma dan berbuat kebajikan.Menderma kepada masjid dan surau. Anak Yatim dan mereka yang dicekek kesusahan dan derita, maka Datuk Eliza telah banyak mendermakan wangnya kepada jalan kebajikan.
 Salah satu dari banyak dermanya, ialah derma kepada pembinaan surau tepi tasik. Lebih dari satu juta wangnya didermakan bagi pembinaan surau tersebut. Tidak ada seorang pun dari ahli jemaah itu yang mengetahui daripada mana sumeber kekayaannya. Dari sumber mana wang yang lebih satu juta itu didermakan kepada pembinaan surau itu.
SEBESAR DEBU
Kalau pak imam, noja dan para ahli juemaah itu telah mnengetahui akan sumber dan jalan yang menjdikan Datuk Eliza kaya raya nescaya mereka tidak akan sembahayang dan beribadat dalam surau tersebut.
Surau itu sama dengan Masjid Dhirar  yang telah dibina oleh orang – orang munafik, tidak jauh dari masjid Quba, pada bulan Muharama, tahun pertama hijrah Nabi Muhammad dari Makkah ke Yatrhib (Madinah).
Allah mengetahui segala amalan hamba – Nya, walau sebesar debu atau zarah sekalipun. Allah sedia menerima tobat dari hambanya yang telah melakukan kesalahan atau dosa. Begitu juga Allah  mengetahui segala amalan buruk dan baik Datuk Eliza.
          Tidak ada siapa pun yang mengetahui sama ada Allah telah menerima tobat Datuk Eliza atau tidak. Tetapi para jemaah dan umat manusia di seluruh negara ini telah mengetahui, wanita koporat, Datuk Elizah telah mati dalam timbusan surau tepi tasik yang diubina dengan wang yang didermanya.*
       (Tamat)
           
* Cerpen ini diulang siar.


No comments: