Saturday, December 17, 2011
POLITIK
ULAMA DAN PEMERINTAH
Negara Islam - negara yang mengikut dasar negara pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. , iaitu al Quran menjadi petunjuk dan pembimbing, para ulama dengan pemerintah adalah laksanan aur dengan tebing- roboh tebing aur tumbang, tumbang aur tebing runtuh, tetapi dalam negara kapitalis dan sosialis ulama dan pemerintah laksana renggang dan bermusuhan.
Negara kita, Malaysia, belum boleh dinamakan atau dimertabatkan negara Islam. Ia hanya sebuah negara orang Islam. Kebanyakan dari Perlembagaan dan undang - undangnya masih mengikut acuan British yang berasal dari Rom tua.
Maka, jika ulama yang mengikut atau menyokong parti yang memperjuangankan Islam sebagai addin dan menegakkan negara Islam, maka, mereka tidak boleh disifat atau dianggap fanatik atau taksub. Anggapan demikian adalah salah.
Seseorang yang beragama Islam, sama ada menyokong atau menyertai parti politik yang berjuang menegakkan negara Islam dan menpetahankan keyakinan untuk mengikut hukum - hukum dalam Quran, seperti hukum - hukum yang termasuk dalam simpulan hudud, dia bukan panatik dan bukan taksub.
Para ulama di negara ini, terutama para mufti, eloklah menasihati para pemimpin di negara ini, supaya tidak menyifatkan seseorang dengan perkataan yang berlawanan dengan Islam. Mungkin orang jahil dan orang bukan Islam mendengar ucapan pemimpin demikian, bertepuk tangan, gembira dan menyanjung pemimpin tersebut, tetapi bagi mereka yang arif tentang Islam dan kukuh iman kepada Quran, menyifatkan kata - kata demikian salah dan tidak sepatutnya dikeluarkan.
Maka, saya harap, negara kita, negara umat Islam yang berkongsi dengan orang - orang bukan Islam ini, para ulama eloklah bekerjasama dengan pemerintah selagi pemerintah itu tidak menentang umat Islam yang mahu atau berjuang untuk menegakkan Negara Islam. - Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment