Wednesday, December 21, 2011
NAKANAN PAGI
MAKANAN ORANG SEGAN
Mungkin belum ada orang yang telah memasak makan seperti saya. Mungkin ada juga. Tetapi yang nyata, saya telah lakukan memasak ' makanan segan' yang saya namakan.
Serunding daging dan serunding ikan dibuat dan dikeluarkan oleh orang Melayu Pantai Timur - Kelantan, Terengganri Pahang yang bersempadan dengan kawasan Negeri Terengganu.
Pada masa ini orang - orang Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu dan kawasan Pahang bersempadan dengan Terengganu telah tinggal bertebaran di negeri - negeri seluruh negara ini, maka, di mana - mana sahaja mereka memuat serfunding untuk makan sendiri dan untuk dijual.
Saya dan isteri diberi serunding daging dan serunding ikan oleh rakan - rakan dari Keklantan.
Pagi tadi, isteri saya menghadiri mensyuarat di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. Saya hendak makan pagi, segan pergi ke kedai atau warong. Maka saya membuat 'makanan segan', iaitu, saya gaullkan tepung gandum dengan serunding ikan. Masukkan air dan kacaukan hingga jadi cair pekat seperti untuk membuat lempeng tepung atau seperti roti pelata.
Saya sapukan kuali dengan minyak zaitun dan saya masa lempeh kuih itu.Kemudian saya balikkan beberapa kali hingga agak garing.
Kemudian saya seorang diri memakannya. Pada waktu makan hati saya diragut sedih kerana teringatkan Allahyarhamah ibu saya, pada masa hayatnya, sekitar tahun 1934 hingga akhir hayatnya, sering membuat lempeng tepong dengan pisang. - Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment