Friday, December 9, 2011

POLITIK

 
ORANG TUA BERTANYA SAYA

Pada petang tadi, seorang lelaki tua, lebih tua dari saya, usianya 86 tahun, telah bertanya kepada saya begini: "Boleh berritahu saya, apa bezanya parti - parti politik di negara kita ini, iaitu yang mana Islam, kapitalis, sosialis dan komunis?"
Saya menjawab:
1 -  UMNO, parti politik berdasarkan kepada kebangsaan atau nasionalis (Melayu) dan kapitalis, tetapi tidak berpegang kepada kapitalisme. Oleh demikian, ia menolak secara tega negara Islam. Ia mengggunakan hukum - hukum dalam Islam  yang lain dari hudud.  Kerana pegangan dasar kapitalisnya, kalau mengguna hukum hudud, negaranaya akan rugi.
Pada hakaikat UMNO sama dengan parti - parti politik kapitalis di England, Amerika Syarikat dan negara - negara Arab dan lain. Tetapi, ia tetapi berpegang kepada Islam secara moderet.
UMNO bergantung harap akan kekuatan bangsanya kepada kedaulatan Raja, seperti Britis, beerapa negara Arab dan negara - negara monarke yang lain.
2 -  PAS, parti politik yang berdasarkan Islam atau berpegang kepada Islamisme. Perjuangannya mengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya, iaitu membentuk negara Islam, negara Islam berdaulat - sama ada ada Raja atau tidak. Hanya Quran menjadi sandaran atau pegangan.
PAS tidak berpegang kepada kebangsaan yang sempit. Ia menerima apoa bangsa jua menjadi rakyat negara ini dan menyertai pemerintahan negara asalkan mereka beragama Islam dan mengikut syarat - syarat yang ditetapkan oleh negara.
MCA dan MIC dua buah parti berdasarkan kapitalis dan berpegang kepada nasinalis sempit.
PAS menolak kapitalis dan kapitalisme dan teguh dengan pegangan ' keadilan' dan berperikemanusiaan.
Parti Keadilan Rakyat, tidak berpegang kepada kebangsaan yang sempit dan berdasarkan sosio - demokrasi.
DAP seperti Parti Keadiklan Rakyat juga.
Kedua - dua parti politik itu walaupun tidak mementingkan Islam, tetapi disegi sosial dan keadilan rakyat boleh bekerjasama dengan parti yang menganus Islmisme.
GERAKAN, parti politik yang pada mulanya berdasarkan sosio - demokrasi, seperti DAP dan parti politik di Siangapura, PETIR atau PAP.
Melayu akan selamat jika mereka berpegang teguh kepada negara Islam dan Perlembagaan berd asarkan Al Quran.
Orang tua yang bertanya saya itu senyum dan menyatakan puas hati.

No comments: