Friday, December 30, 2011

MARAHKAN PEMIMPIN

                                
                

                                  KERANA SPRM PEMIMPIN DIMARAHI

Pada pagi ini saya didatangi oleh dua orang dari parti politik di bawah Dato' Seri Najib Tun Razak, mereka membawa wajah warna marah atau orang kurang sabar, kerana marahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau telah melahirkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan menjatuhkan pemimpin - pemimpin Melayu.
"Ini angkara Dolahlah, kalau tak kerana dia tak ada SPRM, hanya ada BPR, yang tak dapat menjatuhkan pemimpin - pemimpin Melayu,"kata seorang dari dua orang itu.
"Dolah meninggalkan neraka kepada pemimpin - pemimin Melayu,"katanya.
Saya diam. Saya tidak mahu bercakap dengan politikus - politikus panas baran atau tidaak sabar. Dan saya yakin di antara sebab orang - orang UMNO tidak sukakan Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau mewujudkan SPRM.





           

No comments: