Saturday, December 17, 2011
PENA
SAMBUTAN 50 TAHUN PENA
Pada malam tadi, dalam majlis jamuan 'sambutan 50 tahun PENA - Persatuan Penulis Nasional , di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada ketika menatap wajah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sedang berucap dalam majlis tersebut, saya teringatkan ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
"Encik Mokhtar Petah, penulis penasihat kepada pemimpin negara dan pembuka mata rakyat untuk kenal keadilan dan kemanusiaan sejagat,"kata Tun Razak kepada saya pada tahun 1970 - an, di Rumah Rehat, Taiping pada satu malam.
Saya dan isteri, Sitti Haishah binti Abdul Rahman telah hadir dalam majlis tersebut atas anama ahli PENA seumur hidup dan diundang oleh PENA.
Dalam majlis tersebut ramai penulis lama - tua - sebaya dengan saya, iaitu berusia antara 50 - 85 tahun.
Pada waktu makan, saya berkata kepada dua orang penulis sebaya dengan saya: "kita ini tak lama lagi akan dapat jemputan ke syurga, kita semua penulis Melayu (Islam) berkumpul di sana pula,"kata saya.
Mereka ketawa pendek.
"Kita akan masauk syurga seperti dijanjikan Allah, setiap yang beriman akan masuk syurga n...,"kata saya.
Pada waktu akan berangkat pulang, Najib berjalan dalam kerumunan para hadiri. Isteri saya hilang dari sisi saya.Sebenatar kemudian dia datang dengan mengilit buku uang ditulis oleh Najib, Driving Transformation ( Menjurai Transformasi. Rupa - rupanya isteri saya itu telah meminta Najnib menandatangani atas muka dalam buku tersebut. - Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment