Saturday, December 24, 2011
KISAH PEMIMPIN
KALAM AYAH DAN RASUAH
Saya adalah di antara penulis dari orang Islam yang amat sedih - mengakir air mata - sebaik - baik mendengar berita bekas Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Menteri Besar , Dato' Seri Mohd. Khir Toyo, telah dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, kerana kesalahannya 'telah melakukan apa yang dinamakan rasuah', pada masa beliau berkuasa.
Saya lantas teringat akan kalam ayahnya, "Kalau anak saya tu tak amanah..., tak tanggungjawab kepada negeri ni, saya sumpah, dia tak akan selamat hidup"
Setelah beberapa minggu Mohd. Khir Toyo memegang jawatan Menteri Besar Negeri Selangor, saya telah menghubuni beliau untuk menulis sebuah buku kisah tentang dirinya sebagai pemimpin yang perkenankan oleh Sultan Selangor dan semua rakyat terutama orang Melayu negeri tersebut, dan beliau bersetuju.
TEMU BUAL
Pada satu hari, saya bersama rakan beliau, guru sekolah menengah, Encik Muslimin Fadhil bersama isterinya dan isteri saya, telah menemui bapa Mohd. Khir , di terataknya, di permatang tengah sawah, di Sungai Burung, Tanjung Karang.
Saya telah melakukan temu bual dengan bapa dan ibu Mohd. Khir Toyo, iaitu seorang lelaki yang berasal dari Jawa, telah berhijrah ke Semenajung ini setlah bekerja sebagai buruh Jepun.
Dalam perbualan kami itu, sang ayah gembira dann bersyukur kepada Allah, kerana anak lelakinya telah memegang jawatan Menteri Besar Negeri Selangor.
"Saya syukur, al hamdulillah, kerana dengan kudrat dan iradatNya, anak saya itu telah diangkat menjadi menteri besar....,"katanya.
Sambili merenung kelarai tikir dihujung lutunya, dia berkata tegas: "Kalau anak saya tu tak amanah ...,tak tangungjawab ..., saya sumpah, dia tak akan selamat hidup."
CENDAKIAWAN MELAYU
Pada malamnya, saya menghadiri majlis jamuan makan malam yang diadakan oleh Mohd. Khir Toyo untuk rakan - rakannya yang sama menuntut di sekolah menengah Tanjung Karang. Jamua itu diadakan dikediaman Menteri Besar. Saya dan isteri serta Encik Muslimin Fadhil dan isteri dijemput sama.
Rakan - rakan Mohd. Khir Toyo terdiri dari para cendekiawan Melayu. Mereka berjawatan tinggi kerajaan dan dalam syarikat - syarikat besar di negara ini.
Untuk mengisi segala pandangan, idea dan sebagainya dari Mohd. Khir Toyo, saya telah menemu bual beliau dari jam 11.00 malam hingga hampir jam 4.00 pagi. Saya juga telah menemui buala beberapa orang rakanya.
Dalam buku itu saya masukkan juga segala kata - kata gembira dan nasihat dari rakan - rakannya kepada beliau. Mereka menasihatkan beliau agar menjalankan amanah kepada negeri dan rakyat.
Kira - kira tiga minggu, saya telah selesai menulis buku tersebut. Satu salinan draf buku itu saya serahkan kepada Encik Muslimin Fadil untuk diserahkan kepada Mohd. Khir.
NASIHAT RAKAN
Draf buku tersebut kemudiannya diuruskan oleh setiausaha politik , iaitu menokok tambah mana - mana yang perlu.
Kira - kira dua bulan kemudian, saya telah menarima drar buku tersebut, tetapi telah diolah keseluruhannya dan semua nasihat rakan - rakan Mohd. Khir Toyo dalam buku tersebut dihapus(buang)kan sama sekali. Dalam buku itu terlalu banyak bujian san sanjung kepada beliau.
Saya memberitahu kepada Encik Muslimin Fadhil, bahawa saya tidak setuju dengan draf buku itu yang dibuat oleh Setiausaha Politik dan saya tidak mahu diterbitkan.
Buku itu tidak diterbitkan.
Allah dengan kuasaNya. Setelah mengetahui Mohd. Khir Toyo dikenakan hukuman salam dan penjar setahun, saya amat sedin dan mengalir air mata. - Mokhtar Petah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment