SYAITAN DAN MANUSIA
Wahai anak – anak Adam – Nabil Adam alaihis salam - , janganlah kalian diperdaya oleh syaitan sebagaimana ia – syaitan – telah mengeluarkan kedua ibu bapa – Nabi Adam a.s. dan isterinaya Hawa – kalian dari syurga, sambila ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua – Adam dan Hawwa – untuk memperlihatkan kepada mereka; ’aurat mereka ( yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumanya – ibli dan lain - melihat kelian dengan keadaan kalian tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya, Kami – Allah – telah menjadikan syaitan - syaitan itu teman rapat bagi orang – orang yang tidak beriman – kepada Allah.
Dan - mereka yang tidak beriman itu - apabila mereka melakukan sesuatu perbuatna yang keji , mereka berkata: ” Kami mendapati datuk nenek kami mengerjakannya. Dan Allah memerintahkan kami mengerjakannya.” Katakan – Hai Muhammad s.a.w. - : Sesungguhnya allah tidak sekali – kali menyuruh melakukan perbuatan yang keji. Patutkah kalian mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kalian tidak mengetahuai – jahil - .
- Al A’araf: 27, 28.
NASIHAT RASUL ALLAH
– Perawi: Imam Bukhari
---------------------------------
FIKIR SETAPAK
RASUAH
Saya telah bercakap dengan seorang bekas pegawai tinggi kerajaan. Hasil percakapan tersebut, saya ringkaskan seperti berikut:
1 - Amalan rasuah amat sukar dihapuskan, mungkin ada di antara mereka dalam
arena pencegah
rasuah juga melakukan rasuah.
2 - Rasuah telah menjadi amalan budaya sejak zaman 'Ketuansan Melayu' dan
penjajah Inggeris.
4 - Rasuah berlaku kerana kerajaan membayar gaji rendah kepada pegawai dan kaki
tangannya.
5 - Rasuah tidak tidak akan terhapus selagi orang ramai tidak faham hukum Islam dan
tidak takutkan Allah.
6 - Rasuah dilakukan oleh para kaki tangan kerajaan kerana mereka tahu beberapa
pemimpin kerajaan
di perintakt negeri dannegara melakukan rasuah dengan kaedah berbeza - beza.
7 - Rasuah dilakukan oleh mereka yang begaji besar, seperti wakil rakyat dan menteri,
di sebabkan nafsu.
8 - Rasuah akan terus berlaku selagi ada projek - projek kerajaan yang besar dan kecil
dan dengan cara tender danrunding terus.
9 - Rasuah dilakukan oleh paling ramai pegawai dan kaki tangan wanita.
10 - Jika di siasat dengan teliti, dalam JAKIM, Tabung Haji dan jabatan - jabatan
Islam dan Adat IstiadatMelayu ada berlaku rasuah.
Perhatian.
Bekas pegawai itu berpendapat: Seseorang Menteri Besar dan Pengerusi Exco Tanah dan apa - apa exco kerajaan negeri, jika dia membenarkan harga tanah yang biasanaya RM20.00 sekaki poersegi, di kurangkan kepada separuh harga kerana tanah itu ada kepentingannya atau anggota - anggota exco, maka, yang demikian itu juga rasuah.
Boleh dimasukkan dalam lingkungan rasuah, jika seseorang menteri pergi ke luar negara atas kepentingan parti politiknya, iaitu bukan keopentingan kerajaan, mengguna atau menaiki kapal terbang milik kerajaan.
Parti - parti yang ada kepentingan kerajaan memberi hadiah, hadiah kain pelikat atau kain baik, bantuan dan menhyegerakan projek kepada orang ramai dalam kawasan mengundi pada masa pilihan raya dijalankan, adalah perbuatan rasuah juga.
No comments:
Post a Comment