Semenjak tahun 1050, iaitu setelah saya menghumbankan diri dalam lembah dunia penulis - berita, artikel, sajak, cerpen dan buku - buku; novel, politik, pengetahuan agama Islam, biografi, sejarah dan lain -, nama saya dikenali oleh kawan - kawan dan para pembaca, dari Sultan, Perdana menteri hingga kepada pekerja bandar , pekerja sawah dan penoreh getah. Kini pada usia lebih 76 tahun masih ada rakan - rakan.
Rakan ramai, Isteri dua, berpisah seorang. Anak 7 orang, semua lelaki. Menantu lebih ramai dari bilangan anak. Cucu lebih 16 orang.
Sesungguhnya, jika cucu saya - puteri kepada anak saya yang sulung, Khairul Anuar - , Fatimah Az Zazhara, melahirkan anak sulungnya pada hari ini, esok atau beberapa hari lagi, maka saya akan naik pangkat lagi, iaitu bergelar 'moyang' dan mempunyai 'cicit' pertama atau cicit sulung.
Paya di barat tebing berteluk,
Lurah mana ke atas selatan;
Saya ibarat sepohon pokok,
Bertuah, tidak rambutan jantan
Siapa kata peria tak pahit,
Cuba ambil buat kerabu,
Siapa kata saya tak baik,
Cuba ambil buat menantu.
Asah tajak bersama parang,
Ada keri* tidak berlanggu;
Usah diharapkan anak orang,
Awak sendiri kubur menunggu.
* Bukan Keris. Keri, tajak kecil untuk mencuci anak - anak rumput.
No comments:
Post a Comment