Bagi tiap – tiap umat manusia, Kami adakan syari’at – undang – undang – yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah para ahli syari’at – undang – undang yang lain membantah anda dalam urusan syari’at anda; dan serulah (hai Muhammad s.a.w.) umat manusia kepada agama Allah anda, kerana sesaungguhnya anda berada di atas jalan yang lurus.
Dan jika mereka menemukakan bantahan – bangkangan – kepada anda, maka kataskanlah: Allah amat mengetahui akan segala apa yang kalian lakukan.
Allah akan menghukumkan di antara kalian semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kalian berselisih faham padanya.
– Al Haj: 67, 68, 69.
Setiap individu Islam dan umat Islam yang bernegara sendiri – tidak dijajah oleh penjajah atau jiwa dan fikira dijajah oileh manusia penjajah – mesti – wajib – menegakkan syari’at – undang – undang ciptaan Allah – dan menolak undang – undang ciptaan manusia – manusia yang beragama lain dari Islam.
Malaysia, negara Melayu mengikut sejarah; wajib mengguna pakai syaria’at - undang – undang yang diciptakan atau ditunjukkan Allah dalam Quran dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sunnah atau hadis.
HADIS
MENGHINA RAKAN
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Cukulah bagi seseorang itu mendapat kejelekan – kehinaan diri – apabila (kerana) dia menghina – memburuk, menfitnah, mengumpat dan lain – kepada seseorang rakannya sesama beragama Islam – yang taat kepada Allah dan tidak menentang hukum – hukum Allah.
– Perawi: Abu Hurairah
-------------------------------------------------------------
FIKIR SETAPAK
SEMBANG GADIS - GADIS UNIVERSITI
Di Syberjaya, pada satu malam. Empat gadis Melayu mahasiswa universiti, sedang duduk menghadapi meja dalam sebuan restoran. Mereka bercakap - cakap:
1 - "I anak orang miskin, bila dah tamat universiti, dapat kerja, I tak nak kahwin cepat, I nak bantu ibu bapa I di kampung, dua adik I masih belajar di sekolah menengah."
2 - "I tak nak kahwin, tak best kahwin, nak injoi, kalau ada boy friend mungkin jadi suami sambilan I, dan tak seronok dengan dia, I sambar lelaki lain, dapat yang kaya lagi bes."
3 - " ... bila I dah dapat kerja, I nak kahwin, nak belajar ilmu agama Islam, nak kahwin, .., I nak anak banyak, sedikit anak rugi huiduk I ..."
4 - " I, ha, ha, ha, bila dah kerja, I tak nak kahwin, nak hidup bujang, nak simpan duit, nak kaya, lepas tu I beribadaty kepada Allah ..., bila I mati, harta I serahkan kepada baitul mal atau badan p- badan kebajikan, di akhirat I tak ada dosa lawan suami, dosa tegah suami madukan I, dosa tak ajar anak - anak beriman ..."
-----------------------------------------------
MENGENANG MASA SILAM
PARA POLITIKU BERKALIBAR
Anwar Ibrahim telah memperlihatkan dirinya seorang yang berideologikan Islam semenjak dia menutut di Universiti Malaya dan memipin ABIM. Kemudian dia telah ikut berjuang bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd. Nor dalam PAS. Selain dari dia telah berikrar (mungkin bayyui’ah) dengan pihak parti Islam itu, dia telah berucap dalam beberapa perhimpunan parti tersebut.
Apabila Anwar Ibrahim meninggalkan PAS dan menjadi orang kanan Dr Mahathir Mohamad, ‘gelombang Anwar Ibrahim’ telah meredah dan merempuh segala, kuat dan menakjubkan semua. Ramai para politikus berkaliber dan berjasa dalam UMNO pada masa itu termasuk Abdullah Badawi, telah ‘terkapai-kapai mengayuh biduk kecil dalam gelombang besar’ Mahathir dan Anwar.
Kalau Abdullah Badawi hanya berharapkan biduk kecil dengan dayung pendek dan tidak bergantung kepada Allah, tentulah dia telah tenggelam dalam gelombang itu dan terbenam seperti seketul batu ke dasar laut.
Pada masa Abdullah Badawi berkedudukan Menteri Pelajaran dan kemudian Menteri Pertahanan, aku tidak pernah melawatnya, tetapi pada masa dia disingkirkan oleh rakannya sendiri, Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain, aku selalu mengunjungi beliau, di pejabat perniagaan keluarga isterinya, di Bangunan Pernas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
ANAK DAGANG
Setiap kali kami bertemu, kami tidak bercakap banyak mengenai hal ehwal politik. Kami bercakap mengenai agama Islam, keluarga dan perkara yang bersifat persahabatan cuma.
Pada masa Abdullah Badawi tersisih dari rakan-rakan seperjuangannya, terlalu ramai orang-orang korporat yang ibarat ’ keluang menanti buah bacang masak’, sentiasa memuja dan menyanjung Anwar Ibrahim sebagai ’Pak Sheikh’. Mereka telah ’menjerkah’ dan kalau boleh hendak menerjah Abdullah Badawi jauh ke belakang. Biar beliau menjadi ’anak dagang’ dalam arena politik tanahairnya sendiri, seperti pantun Melayu:
kajang tuan kajang berlipat,
kajang saya mengkuang layu,
dagang tuan dagang bertempat,
dagang saya menumpang lalu.
Pada masa itu hampir semua rakan Anwar dari Malay College Kuala Kangsar, dalam ABIM dan UMNO Negeri Pulau Pinang, kelompok Melayu Madani yang telah lahir bersama Muhammad bin Haji Mohd. Taib, di Shah Allam, telah memandang Abdullah Badawi sebagai ’musuh politik Pak Sheikh’ dan dia mesti disingkirkan seperti Hang Tuah dibawah kuasa Sultan Melaka.
’....saya telah dijemput kemesyuarat yang diadakan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Melayu Malaysia (DPPMM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di pejabatnya, di Kompleks Damai.
Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa dewan itu dan beberapa orang yang tidak menjadi ahlinya telah dipengerusikan oleh Ketua Dewan itu, Datuk Izat Emir dan diapit oleh Dr Tajuddin Jali. Datuk Izat Emir telah mengumnumkan tujuannya, supaya Dewan tersebut mengadakan satu jamuan (jual meja) untuk meraikan dan membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Majlis itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di pinggir Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Dengan menggunakan idea Datuk Izat Emir, kad jemputan hendaklah dihantar kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abdullah Badawi dengan meminta beliau membayar harga meja. Beliau juga ditetapkan akan duduk di dalam majlis bersama orang ramai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan orang-orang yang diraikan duduk di atas pentas khas bersama Datuk Izat Emir, Dr Tajuddin Jali dan beberapa orang lagi.
Apabila majlis jamuan itu berlangsung, saya mendapat tahu Datuk Abdullah Badawi telah tidak hadir.’
Pada hari-hari mendung bagi Abdullah Badawi, beberapa orang politikus yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah bercakap denganku dalam coffee house, di sebuah hotel, di Jalan Raja Laut, Kuala Lujmpur. Seorang dari mereka telah berkata, ”kita kena singkir Dollah, kita sokong Pak Sheikh (Anwar)...”.
”Mengapa, ...kan dia tu orang lama dalam UMNO kalau dibandingkan dengan Pak Sheikh...?”Aku bertanya.
”Ia, lama, ...tapi dia tak ada penyokong, lemah...,”katanya.
”Ia, dia lemah, tak ada idea ..., tak macam Pak Sheikh,”kata yang seorang lagi.
”...terpulang, tapi saya mau kedua-duanya, ...mereka penting bagi Malaysia modern, ”kataku. Mereka ketawa kelat. Aku tahu mereka mengejek.
”...Dolah tak Islamic..., tapi Pak Sheikh pemimpin terkenal di kalangan belia Islam seluruh dunia,” kata seorang politikus muda dari Pulau Pinang.
”Pandangan politik saudara tak sama dengan saya, saudara orang baru dalam arena politik Malaysia, ... saya orang lama, ... saya kenal orang-orang politik di negara ini,”kataku.
”...maksud saudara?”Dia bertanya.
”Orang masyhur sahaja tak cukup untuk memimpin, ...mesti ada pegangan hidup, agama, sabar dan tidak ada sikap menjatuhkan orang lain,” jawabku.
”...betul, tapi itu pendapat saudara, kerana saudara penulis yang menyokong Dollah,” kata seorang lagi.
”...saya sokong Dollah dan sokong Anwar, tapi kalau Anwar hendak menjatukah Dollah, saya tak sokong Anwar...,”kataku pula.
SEORNG PENULIS
Semenjak hari itu, mereka dan beberapa orang penulis politik yang menyokong Anwar Ibrahim tidak lagi mesra denganku. Mereka telah menyifatkan aku seorang penulis ketinggalan zaman dan cetek pengetahuan politik.
’Sejak Anwar Ibrahim disintuklimau oleh Mahathir sebagai menteri kabinet kedudukan Abdullah Badawi menjadi sedikit cemas. Abdullah bimbang kerana stail politik Anwar berlainan dengan rentaknya.
Dia juga bimbang kerana Anwar juga datang dari Pulau Pinang. Ini bermakna Dollah akan terus menerus berentap dengan Anwar untuk menjadi tokoh yang dihormati bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.
Dollah tidak gentar menghadapi Anwar. Walaupun Dollah tersingkir dari kabinet Mahathir namun dia masih dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden parti dan meraih jumlah undi kedua terbesar.Anwar hanya memperolehi kira-kira 1067 undi, Dollah 953 undi, Sanusi 750, Wan Mokhtar 735, Muhyiddin 582 dan Rahim Tamby Chik 452 undi.Kelebihan undi Anwar dari Pak Lah Cuma 114 undi sahaja- suatu jumlah bukanlah terlalu besar.
Apakah kelebihan Dollah yang tak ada pada Anwar? Dollah anak seorang ulama terkemuka di Utara.Datuknya, Haji Abdullah Fahim pernah jadi murid(?) guru Sekolah Arab Idrisiyah, Bukit Chanan Kuala Kangsar. Datuknya seangkatan dengan ulama Kelantan, Tok Kenali.Malah Tok Kenali dengan Tuan Haji Abdullah Fahim rakan seperjuangan dalam bidang pengajian Islam.Dollah juga mengikuti jejak langkah datuk dan ayahnya di bidang pengajian Islam bukan dipondok (di sekolah Daeratul Maariful Wataniyah, Kepala Batas, pada sebelah petang-mp) tetapi di universiti Malaya. Dengan kata lain, Dolah dilahir dan dibesarkan dalam keluarga ulama.’
Semenjak aku mengenali Abdullah Badawai pada zaman dia masih penuntut sekolah menengah High School Bukit Mertajam hingga pada masa dia telah berdiri sebagai menteri kabinet dan dijatuhkan ke bawah oleh Dr Mahathir Mohamad, kerana Perdana Menteri itu ’ sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’, dia adalah seorang yang sabar, tawakal dan tidak suka menyalahkan orang lain. Hanya, ”Allah ada,” katanya. Allah sahaja tempat dia bergantung.
HANG TUAH
Dalam keadaan Abdullah Badawi seperti bola yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir Mohamad ke tepi padang, aku telah menjangkakan, bahawa UMNO telah mengulangi reka-sejarah Hang Tuah dengan Sultan Melaka, ’mula sayang, mentatang, kemudian benci, menerajang’.
Aku berpendapat, dalam arena politik orang Melayu dan orang Islam berpolitik dan tindak tanduk seperti Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim mestilah dielakkan. Politik yang demikian merugikan negara dan rakyat.
Pada tahun 1987 aku telah menulis sebuah buku mengenai Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib, berjodol ’Perak di Bawah Pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ramli Ngah Talib’ dan diterbitkan oleh syarikat Karya Bistari Sdn Berhad, syarikat rakan Anwar Ibrahim, iaitu Encik Fahim Haji Yaakob dan saudara-saudaranya.
Seminggu kemudian aku telah menyerahkan sebuah manuskrip buku tulisanku mengenai Anwar Ibrahim kepada pihak syarikat itu untuk diterbitkan. Dalam buku itu aku telah meramalkan Anwar Ibrahim tidak akan berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri melalui UMNO.
SIKAP GELOJOH
Pendapatku dalam buku itu sama dengan pendapat Ghazali Shafie – King Gaz - , pada masa dia memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dulu. Pada masa itu Anwar Ibrahim dengan para mahasiswa telah mengadakan demostrasi di Kuala Lumpur, iaitu sikap gelojoh Anwar Ibrahim tidak menolong dirinya naik sebagai pemimpin nombor satu sebaliknya kawannya sendiri akan menjatuhkannya.
’Barangkali pada masa akan datang watak-watak yang terkemuka di gelanggang politik mahasiswa seperti Anwar Ibrahim atau saudara Syed Hamid akan menerbitkan fikiran mereka di dalam oto-biography mereka. Di situ kita mungkin boleh mendapat tahu dengan lebih jelas lagi tentang kisah yang telah berlaku dari segi pemandangan khusus bagi tiap-tiap seorang itu.”
Apabila buku yang aku telah tulis itu siap ditaip-seting, Encik Fahim telah memberitahu kepadaku, bahawa buku itu mungkin tidak dapat diterbitkan kerana ramalanku tentang Anwar Ibrahim tidak betul. Dia telah meminta aku membuangkan beberapa para mengenai perkara tersebut. Tetapi aku tidak setuju dan aku meminta pulangkan manuskrip buku itu kepadaku. Encik Fahim meminta tangguh dalam seminggu, kemudian manuskrip buku akan dipulangkan kepadaku.
Sebaik-baik cukup tempoh seperti yang dijanjikan oleh Fahim, aku telah pergi kepejabatnya untuk mengambil manuskrip buku itu. Encik Fahim tidak ada di pejabatnya. Orang kanan Encik Fahim telah memberitahu kepadaku yang manuskrip buku itu telah dihantar ke pejabat Karangkraf.
Aku telah pergi ke pejabat Karangkraf, beberapa orang termasuk anggota sidang pengrang syarikat tersebut, Tuah Iskandar, telah mencari manuskrip buku itu, tetapi menuskrip itu dan semua salinan yang telah ditaip-seting telah hilang.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment