Wednesday, January 12, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

UJIAN ALLAH DAN ALLAH HAMPIR

Adakah kalian menyangka bahawa kalian akan masuak syurga, padahal belum sampai kepada kalian – ujian dan cubaan – seperti yang telah berlaku ke atas orang – orang yang terdahulu daripada kalian? Mereka telah ditimpa kepapaan – kemusnahan harta benda dan sebagainya – dan serangan penyakit, serta dogoncang – oleh ancaman bahaya dari musuh - , sehingga bersabdalah Rasul – pessuruh Allah – dan mereka yang beriman yang ada bersamanya – rasul - : Biklakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuailah, sesaungguhnya pertolongan Allah itu dekat - asalkan kalian bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.
– Al Baqarah: 214

Apabila hamba – hamba Aku – Allah - bertanya kepada anda – Muhammad s.a.w. mengenai Aku – Allah - , - beritahu kepada mereka - : Sesungguhnya Aku – Allah – sentiasa hampir – dengan mereka - ; Aku - Allah – perkenankan doa – permohonan – orang – orang yang memohon apabila mereka memohon kepada Aku – Allah - . Maka hendaklah mereka menyahu seruan Aku – Allah - , - dengan mematuhi perintah Aku – Allah – dan mereka hendaklah beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik dan betul.
– Al Baqarah:186

HADIS
KETURUNAN
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memberi peringatan: sesiapa yang mengaku – sebagai nasab atau keturunan – kepada orang yang bukan bapanya, sedangkan dia – atau bapanya - mengetahui bahawa orang itu memang bukan bapanya, maka haram baginya – masuk – syurga.
– Perawi: Semua ahli Hadis mengakuinya
.

NOTA
Dari peringatan hukum inilah diharamkan anak – anak angkat, lelaki dan perempuan menggunakan bapa angkat mereka sebagai bin atau binti, iaitu bapa kandung.
Setiap gadis yang bernikah dengan menggunakan bapa angkatnya sebagai bapa kandung atau walinya, maka perkahwinan itu tidak sah. Jika diteruskannya juga, maka hasil dari nikah itu adalah zina.

-------------------------------------------------

FIKIR SELANGKAH

TEGAHAN ORANG KAFIR

Sesebuah organisasi orang Islam yang berjuang untuk menjadikan negaranya sebuah negara Islam, iaitu negara yang menjalankan sistem atau undang - undang mengikut Quran dan Sunnah dan diakui negara yang diredai Allah, maka, jika kerana mengutamakan ' perpaduan rakyat', mereka mematuhi tegahan orang - orang kafir dalam negara itu dari menubuhkan negara Islam, maka mereka - orang - orang dalam organisasi orang Islam itu, tidak sahaja lemah dan bacul bahkan mereka adalah menjadi musuh Allah dan perjuangan mereka sama dengan perjuangan orang kafir yang sentiasa memusuhi Allah dan menentang agama Allah - agama Islam.
Perjuangan menegakkan negara Islam mestilah ada pada tiap tiap dalam diri individu itu:
1 - Kekuatan iman dan taqwa kepada Allah.
2 - Berani berjihad demi menegakkan negara Islam.
3 - Tidak pentingkan perpaduan rakya - umat Islam dengan bukan umat
Islam - jika Islam akan binasa.
4 - Perpaduan rakyat - umat Islam dengan bukan umat Islam - tidak
penting kalau orang kafir menegah ditubuhkan negara Islam.
5 - Orang - orang kafir menegah umat Islam menubuhkan negara Islam
dalam negara pusaka umat Islam itu sendiri, maka mereka - orang - orang kafir - itu adalah musuh umat Islam dan menentang agama Islam.

No comments: