GADIS MELAYU DAN PADERI
Kota London berbungkus dalam kabus dingin. Udara hari minggu itu, sejuk. Bedi. Sebedi salju di Askimo. Dinginnya menjilat kulit manusia hingga ke tulang sumsum. Matahari di dada langit laksana kuning telur ayam masak mata kerbau. Dalam dingin begitu patung di kemuncak menara Trafalgar Square seperti menjerit. Meraung kedinginan.
Tower Bridge yang terentang atas dada sungai Thames dalam pelukan kabus putih. Atas jalan batu dingin di bawah menara itu, beratus-ratus orang pelancong lelaki dan perempuan kecil, besar, tua dan muda berjalan kaki berjejal-jejal. Hilir mudik. Mereka itu datang dari seluruh pelosok dunia.
Jalan raya, Tooley Street, Upper Thames Street, Southwark Street, Stamford Street dan beberapa batang jalan lagi bagaikan menjerit. Sesak nafas dilatam tapak kaki ratusan manusia pelancong. Pengembara-pengembara mencari keindahan alam ciptaan Tuhan.
KUAT CITA - CITANYA
Mereka dalam pakaian tebal laksana kumpulan beruang berjalan atas jambatan -jambatan yang merentangi dada sungai Thames; jambatan London, jambatan Southwark, jambatan Blackfriar’s, jambatan Waterloo, jambatan Westminster dan jambatan Lambeth.
Gadis Melayu, Namlatun Sa’diah. Bertubuh genit. Sepasang matanya yang cantik, laksana bintang tengah malam. Hidungnya mancung. Sepasang bibir panjang nipis basah. Luas mulutnya. Cuping telinganya yang lebar, mungkin kuat cita-citanya. Dia sedang berdiri menggigil dalam pakaian tebal di bawah Tower Bridge. Nama penuhnya Namlatun[1] Sa’diah binti Nawawi. Gadis dari kampung Kelip-Kelip, Batang Berjuntai, Selangor. Bapanya keturunan Jawa. Ibunya berdarah Bugis.
Sejak tadi dua bola mata Namlatun Sa’adiah mengembara ke sekitar kawasan pelancongan itu. Meniti atas permukaan air sungai Thames yang jernih dan bedi. Indahnya pemandangan di Kota London. Sejenak kemudian dua bola matanya tersangkut pada sebuah bot yang sedang belayar atas permukaan sungai Thames, di bawah jambatan tempat dia sedang berdiri.
Pada ketika itu Namlatun Sa’adiah lantas teringatkan wajah sungai di negerinya. Ingatannya menjengkau kepada Sungai Batang Kali, Sungai Bernam, Sungai Klang dan Sungai Gombak.
KEMUNGCAK GEREJA
Dengan dua puntung lengangnya dia mendakap dadanya sendiri. Sambil menarik nafas panjang, dua bola matanya terhumban ke kemuncak gereja dalam kabus kenjulang langit. Nafasnya ditarik panjang. Panjang. Suara paderi Albert London terngiang- ngiang dalam otaknya.
“…Isa telah mati, kena salib, …dia dibunuh...,”suara paderi Albart London
“Isa putera Maryam telah mati…,” suara Albat London.Sedih.
“ …disalib pada kayu palang, …,” suara Albart London lembut seperti suara orang munafik akan dibunuh.
“Buktinya sampai kini…, tengok di pucak menara gereja – gereja kami ada salib, cross, …di seluruh Bandaar London, England…, Francis, …di mana-mana sahaja negara Kristian ada salib, ada cross…,” Albart London brcakap seperti berceramah.
“Orang pakai bow, simbul salib, tali leher …, simbul Isa mati kena salib…,” suara paderi Albart London lembut.
Paderi Albart London merenung wajah Namlatun Sa’adiah yang ayu. Dua ulas bibirnya merah basah. Sepasang pipi berlesung pipit. Hidung mongel. Dagu bagai lebah bergayut. Nafsu jantan sang paderi melonjak. Menjulang. Marak laksana puncak api membakar unggun kering.
MERUAN PEREMPUAN
Nafsu paderi Albert London seperti nafsu paderi-paderi yang telah memperkosa ramai birawati di serata dunia. Hatinya tidak jujur lagi. Pada waktu itu peribadi jantannya menjadi helang sedang menghadapi bangkai haiwan tepi rimba. Namlatun Sa’sdiah berwaspada terhadap lelaki itu. Dia sedar; ada lelaki berhati wali. Ada lelaki berhati syaitan. Sukar baginya untuk mengenali yang mana wali dan yang mana syaitan. Maruah dirinya mesti dijaga. Maruah perempuan Melayu mesti dikawal. Maruah wanita Islam mesti dipertahankan.
“Muhammad telah mati…, dia mati demam panas…,” kata paderi Albert London lagi.
“Kristian agama benar, agama Tuhan…, tetapi,…Islam agama kuno, agama ciptaan Muhammad anak yatim piatu di rimba batu ...,” jerkah Paderi itu bagaikan memecahkan sepasang lubang telinga Namlatun Sa’adiah.
“…Islam agama extreme, …orang - orang Islam extremist ... , terrorist…, insurgent…,” suara padri itu seperti racun terluah dari mulutnya.
“Bohong, kamu bohong…, paderi bohong…, Nabi Isa tidak mati, …yang kena salib bukan Nabi Isa…,” jerit hati Namlatun Sa’adiah di bawah Tower Bridge itu.
Namlatun Sa’adiah teringat akan ajaran guru agama di sekolah menengahnya, di Kuala Selangor, Ustaz Zainal Salleh.
Ustaz Zainal Salleh menyebut erti ayat Quran, dalam surah An Nisa: 157: “... perkataan mereka: Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih anak Maryam utusan Allah. Dan sebenarnya mereka tidak membunuhnya (Isa) dan tidak menyalibnya (memakukannya di kayu palang) , tetapi hanya penglihatan mereka sahaja. Bahawa orang – orang yang berselisih faham tentang itu, sebenarnya masih dalam keadaan ragu – ragu, mereka tidak mempunyai pengetahuan (yang pasti) – tentang perkarea itu - , hanyalah menurut persangkaan. Mereka tidak yakin telah membunuhnya (Isa).”
ORANG KRISTIAN
Ustaz Zainal Salleh menyebut lagi akan ayat 158, dalam surat yang sama: “Tetapi Allah telah mengangkatnya (Isa) kepadaNya dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana.”
“…Nabi Isa tak mati kena salib, tak kena bunuh, dia telah diangkat Tuhan ke atas, orang yang dikatakan Nabi Isa oleh orang-orang yang memusuhinya, bukan Nabi Isa ..., bukan Al Masih...,” jelas Ustaz Zainal Salleh.
Jelas Ustaz Zainal Salleh lagi, “ Dalam Lukas 23: 53, kitab Injil yang tidak asli menerangkan, Nabi Isa disalib beberapa jam sahaja, kemudian diturnkan, di bawah oleh seorang yang bernama Yusof, diletakan dalam lubang seperti kubur yang luas dan di atasnya ditutup dengan batu.”
“Kemudian, kononnya Nabi Isa bangun semula dan pergi ke Galelia. Sebab itu orang – orang Kristian ragu – ragu tentang kematian Nabi Isa, kerana tidak mungkin dalam beberapa jam sahaja dia mati, dalam Markus 15: 44 Pilatus sendiripun hairan mendengar cerita Nabi Isa telah mati,” tambah Ustaz Zainal Salleh.
Kemudian Ustaz Zainalk Salleh memberitahu para muridnya, bahawa rang-orang Kristian sekarang tidak ikut Nabi Isa lagi, …mereka percaya Nabi Isa anak Allah, macam orang Yahudi kata Uzair anak Allah…, seperti dalam surah at TaubahAllah nombor 30.
Sambil mengingatkan murid – muridnya kuatkan iman, dia bermenegaskan, “Allah tak ada anak, tak ada sekutu-Nya.”
“…tapi orang-orang Kristian terlalu memuja Nabi Isa palsu, yang kena salib tulah…, mereka jadi kafir musyrik, macam orang-orang Yahudi…, mereka menyengutukan Allah dengan makhluk-Nya,”tegas ustaz Zainal Salleh lagi.
MENUKAR AGAMA
Ustaz Zainal Salleh telah membaca sepotong ayat Quran, ‘…orang-orang Yahudi kata Uzir anak Allah, …orang Kristian kata Al Masih anak Allah… itulah perkataan dari mulut mereka (sahaja), menyerupai perkataan orang – orang kafir pada zaman dahulu ...’[2]
“Kalau kata Allah ada anak, …itu sekutukan Allah,…orang sekutukan Allah, kafir…, musyrik,” ustaz Zainal Salleh mengakhiri penerangannya.
Pada petang semalam Namlatun Sa’adiah telah bertemu dengan Albert London. Mereka telah bertemu di bawah naungan St.Paul Cathedral. Dia telah memaklumkan kepada paderi muda itu akan hasratnya hendak menukar agamanya. Jadi perempuan murtad. Berhijrah dari agama Islam kepada agama Kristian.
Gadis mentah iman seperti Namlatun Sa’adiah belum kukuh jiwa Islamnya. Tidak tahan diuji Allah. Kerana hatinya berserabut. Kusut bagaikan pukat nelayan tersangkut pada reba dan dura dalam tasik, lalu dia menyangka dalam agama paderi itu ada ketenangan. Dapat mengubat hatinya yang duka lara. Sesunguhnya, Namlatun Sa’adiah tidak sedar, hanya orang bodoh yang menyangkakan dalam agama paderi itu ada ketenangan.
AGAMA ISLAM
Namlatun Sa’adiah menyangka, bahawa dalam agama Kristian boleh menyelesaikan segala serabut dan semua yang kusut. Kerana duka dan laranya, dia telah tidak nampak dalam agama Islam ada hikmat mengajar menyelesaikan perkara yang kusut. Walau sekusut mana sekali pun.
Gadis Melayu dari Batang Berjuntai, Selangor dan paderi Albert London telah duduk atas bangku kayu dalam udara dingin, dalam kawasan gereja itu. Mereka telah bercakap mengenai agama Kristian dan agama Islam.
Albart London orang Australia, bekerja mubaligh sambilan di sebuah gereja di Bandaraya London. Namlatun Sa’adiah sedar paderi itu sedang mempengaruhinya supaya dia meneruskan nekadnya untuk murtad. Paderi itu tidak pentingkan sama ada Namlatun Sa’adiah murtad atau tidak. Namlatun Sa’adiah menganut agama Kristian atau agama apa pun tidak penting. Yang penting bagi paderi itu ialah tubuh Namlatun Sa’adiah. Paderi itu mahu meratah daging-daging lembutnya. Macam helang hindik di Batang Berjuntai melahap bangkai ayam. Macam biawak dan beriang di tepi sungai Bernam melulur bangkai busuk. Macam ereng di Kuala Selangor menyiat dan menelan bangkai babi dan bangkai anjing.
Tunjang pokok nafsu paderi itu, mahukan perempuan Melayu’ di sisinya itu menjadi mangsanya. Paderi itu mahu melapah tubuh Namlatun Sa’adiah seperti dia telah melapah tubuh seorang birawati di Angola, pada tahun lalu.
TAUBAT NASUHA
Dua bola mata Namlatun Sa’adiah terhumban kepada kemuncak istana lama. Dari sana tercamapak pula bola matanya kepada patung Maryam atau bidadari bersayap di kemuncak Istana Buckingham. Dia senyum. Dua bola matanya jatuh atas permukaan air sungai yang bersinar-sinar lembut itu. Pada detik-detik begitu Namlatun Sa’adiah tersedar. Dia disedarkan oleh fikiran dan imannya sendiri. Dia bertaubat. Taubat Nasuha. Dia tidak akan menukar agamanya dengan agama paderi itu. Tidak akan murtad!
Sebelum bertemu paderi Albert London, hati Namlatun Sa’adiah sedih. Rawan. Hiba dan dibelit oleh kerunsingan. Hati perempuan yang hampir putus asa. Hatinya lara kerana putus cinta dengan kekasihnya, Mustafa, seorang politikus Melayu. Dia terkapai-kapai dalam arus kecewa. Namlatun Sa’adiah berada di pinggir kekafiran yang tidak menentu. Bertindak bodoh. Sebodoh manusia betina yang berjalan di tengah khalayak sambil mendedahkan perut dan pusatnya.
Kata-kata hikmat guru agamanya, Ustaz Zainal Salleh telah menginsafkannya. Wajah Ustaz Zainal Salleh dalam otaknya telah mengukuhkan semula kota imannya. Dia hanya perempuan Melayu yang cacat iman seperti dedaun dimakan ulat.
“…abang, …abang, …abangke yang bom…tub di stesen Adgware Road tu…,.bas tu…?” Tiba – tiba Namlatun Sa’adiah bertanya dengan hatinya yang lara kepada kekasihnya, Mustafa.
(Dipetik dari naskhah manuskrip novel, Kelap – Kelip Di Kota London, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment