Oleh: Mokhtar Petah
Jika Kerajaan Malaysia pimpinan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak men gikut kehendak sebilangan kaum beragama Hindu membatalkan rancangan menjadikan novel ’Interlok’, karya Sasterawan Abdullah Husain sebagai buku teks sastera di sekolah – sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, bererti Kerajaan lemah dan tunduk kepada golongan anti Melayu.
Demikian pengertian dari beberapa ucapan para cendekiawan, sasterawan, seniman filem dan para wakil dari 38 bertubuhan bukan kerajaan (NGO), di rumah Ganbungan Penulis Nasional - GAPENA, di Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, pada petang Sabtu 15 Januari lalu.
Ucapan – ucapan yang diluahkan dalam perhjimpunan tersebut, secara keras ditujukan kepada sebilangan pemimpin dan orang – orang India berasgama Hindu yang telah menunjukkan tentangan terhadap novel ’Interlo’ di negara ini.
Mereka menyabut, orang - orang India beragama Hindu yang hidup di bumi India mempunyai kasta – kasta. Sebilangan orang – orang India yang dalam kasta paling rendah, telah dibawa oleh penjajah Inggeris ke Tanah Melayu untuk menjadi buruh jalan raya, ladang getah, angkat najis dan sebagainya, telah berubah menjadi mulia dan tidak berkasta.
Begitulah sedikit catatan dalam novel ’Interlok’ yang menjadi kemarahan sebilangan orang keturunan India beragama Hindu di negara ini.
Perhimpunan Ketua dua GAPENA, Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar dan Setiausaha satu Gabungan itu, Pro. Madya Datuk Hj Zainal Abidin Borhan dan beberapa orang Cina dan India yang menyokong novel ’Interlok’ dijadikan buku teks.
Perhimpunan itu telah mengeluarkan resolusi memprotes yang dihantar kepada Perdana Menteri, Najib Razak, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para menteri kabinet.
PERHIMPUNAN MEMPROTES MEMPOLITIKAN
INTERLOK
Perhimpunan memprotes mempolitikkan Interlok yang dihadiri oleh 38 pertubuhan bukan krajaan – NGO - pada hari ini 15 Januari 2011 – Sabtu -, di pekrangan Rumah Gapena, JKR 734, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, telah berbincang dan bersepakat untuk membuat keputusan, bahawa karya novel yang telah disaring dan dipertimbangkan oleh pelbagai lapisan Jawatankuasa di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebuah karya yang mempunyaiintegriti sebagai hasil karya Sasterawan negaras Datuk Abdullah Hussein.
Maka perhimpunan hari ini memutuskan resolusi – resolusi berikut:
1. Perhimpunan menoloak sebarang tuduhan bahawa Interlok
Adalah sebuah novel yang menghina masyarakat Tamil.
2. Perhimpunan menolak sebarang cadangan untuk menarik balik menggunaan novel Interlok seabgai teks Komsas di sekolah menegah.
3. Menolak sebarang cadangan untuk meminda sebarang teks dalam novel Interlok.
4. Mempertahankan kebebasan penuolis untuik menulis dan pengucapan sastera dalam rangka perundangan.
5. Perhimpunan memandang serius golongan Tamil mempolitikkan karya sastera Sasterawan negara ini serta mengancam kerajaan berkaitan perkara itu.
6. Perhimpunan berpadangan, bahawa tindakan untujk mempolitikkan bahasa – bahan sastera adalah perebuatan yang salah dan penganjujrnya harus diambil tindakan undang – undang kerana boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.
7. Perhimpunann juga menuntut pemimpin – pemimpin yang mempunyai jawatan tertinggi dalan kerajaan haruslah dipecat jawatan mereka kersana mencetuskan salah sangka, pra sangka dan pergolakan antara kaum.
8. Perhimpunan menuntut agar Menteri, di Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap sebarang usaha dan perbuatan yang mencabar keamanan dan ketenteraman awam.
No comments:
Post a Comment