Thursday, January 20, 2011

QURAN DAN HADIS




TIDAK BOLEH SERTAI AGAMA KAFIR

Katakan (wahai Muhammad s.a.w.): Hai orang – orang kafir!
Saya tidak akan menyembah apa yang kalian sembah.
Dan kalian tidak mahu mnyembah – Allah – yang saya sembah.
Dan saya tidak akan beribadat secara kalian beribadat.
Dan kalkian juga tidak mahu beribadat secara saya beribadat.
Bagi kalian agama – kafir – kalian, dan bagi saya, agama - Islam.
- Al kafirun: 1 - 6

NOTA

Ayat – ayat Quran di atas mengajar kita, bahawa Allah tidak membenar – melarang – orang Islam menyertai agama lain dari agama Islam dan menyertai ib adat mereka.
Larangan menyertai agama lain dari Islam, bererti setiap orang Islam tidak boleh menyertai orang – orang kafir mengadakan majlis merayakan agama atau berhala mereka. Tidak boleh memakan jamuan yang bertujuan merai dan merayakan agama bukan Islam. Tidak boleh memuji dan mengucap selamat kepada agama – agama lain dari agama Islam.
Allah tidak sahaja melarang menyertai agama – agama lain dari agama Islam, bahkan Allah melarang sembahyang dalam masjid yang dibina oleh orang – orang munafi dan kafir.
Fahamia firman Allah mengenai larangan sembahyang dalam masjid yang didirikan oleh orang munafik dan kafir, berikut ini:
Orang – orang – munafik – yang membina masjid dengan tujuan membahayakan – keselamatan orang Islam – danmenguatkan – keingkaran – mereka sendiri -, dan – menguatkan – keinginan mereka sendiri - serta memecah belahkan perpaduan orang – orang yang beriman, dan juga – untuk dijadikan tempat) intipan bagi mereka yang memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata, “ tidaklah yang kami mahu (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata – mata”, padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguh mereka mereka berdusta.
Jangan anda – Muhammad s.a.w. - sembahyang dalam masjdi itu selama – lamanya ... – At Taubah: 106, 107.

PENJELASAN

Masjid Dirar ini dibina oleh orang – orang munafik – kafir – di satu kawasan kira – kira 2 kilometer dari masjid Quba. Mereka mendirikan masjid tersebut pada hari – hari Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar As Siddiq tiba di Quba, Yathrib – Madinah – dalam melakukan hijrah dari Makkah ke Yathrib – Madinah, pada awal Muharram, tahun pertama Hijrah.

HADIS

HARAM BERPAKAIAN

Dari Abu Hurairahr.a.,katanya: Rasul Allah Muhammad s.a.w. melaknat orang lelaki yang memakai pakaian orang perempuan, juga melaknat orang perempuan memakai pakaian orang lelaki.
– Perawi: Abu Daud

No comments: